Terapung Di Atas Kubur
SETELAH berjaya menawan anak muda dalam jumlah yang ditetapkan. Dia (wanita yang mahu mengekalkan kecantikan) akan mandi air halia pada waktu tengah malam, selama tiga bulan disamping makan jenis-jenis pucuk tertentu. Selama tiga bulan juga tidak boleh menjamah nasi kecuali buah-buahan terutama pisang, betik, mentimun bendang. Pokoknya, jangan makan buah-buahan yang terlalu masam atau terlalu manis.
Apakah si mati mengamalkan semuanya ini? Sebelum Sham, entah berapa ramai anak muda belia menjadi suaminya. Ke mana dia membawa sejumlah wang yang begitu banyak.
Barangkali wang tersebut digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk mempengaruhi anak-anak muda supaya tertarik padanya yang sekaligus menjadi suaminya. Kenapa wajahnya begitu menakutkan setelah nyawanya bercerai dengan badan. Semua persoalan yang berlegar- legar dalam kepala datuk, tidak menemui jawapan yang khusus.
"Kita buat di sini saja. Itulah permintaan suaminya."
"Ahh " sahut datuk.
Dan semua yang bermain dalam tempurung kepalanya lenyap. Pak Imam segera mengatur persiapan, menentukan di mana jenazah harus diletakkan, di mana pula para jemaah harus berdiri. Apa yang direncana dan disusun oleh Pak Imam tidak mendapat bantahan daripada datuk.
"Kalau sudah setuju, biarsaya jenguk ke dalam, apakah jenazah sudah dimandikan dan dikafankan."
"Jangan begitu kawan," kata Pak Imam sambil merenung biji mata datuk. Mereka segera berbalas senyum. Tanpa membuang masa, Pak Imam segera menghilangkan diri di balik kain tabir yang memisahkan ruang tengah dan ruang dapur. Di situlah jenazah dimandikan.
"Kenapa Imam?"
Suara datuk cemas melihat kemunculan Pak Imam dari balik tabir dengan wajah yang pucat.
"Tak ada apa-apa."
"Mustahil tak ada apa-apa. muka kamu pucat. Gerak geri kamu lain macam saja nampaknya."
"Begini," Pak Imam tepuk bahu datuk.
Kemudian, mereka bergerak ke tepi jalan jendela. Sama-sama merenung ke luar, melihat cuaca petang yang kian redup. Orang-orang kampung duduk berselerakkan di halaman, bersedia memberi bantuan bila diperlukan.
"Apa yang mahu kamu cakapkan imam.?" Tanya datuk.
"Begini, Hajah Safiah beritahu, semasa jenazah dimandikan, dari lubang hidungnya keluar semacam nanah. Dari lubang pusatnya pula keluar dari sejenis benda halus sebesar benang, berwarna hitam bila jatuh atas batang pisang terus bergerak-gerak macam cacing tanah masuk ke batang pisang dan keluar semula lalu menggigit kulit mayat dalam jumlah yang banyak.
Bila kena air, benda aneh itu hancur menjadi air yang berwarna hitam, macam air limbah dan baunya sungguh busuk. Dari mulutnya keluar buih ombak laut. Mujurlah, semuanya berjaya di atasi oleh Hajah Safiah dan kawan-kawannya," jelas Pak Imam sambil menelan air liur. Wajahnya nampak gusar sekali.
"Sudah dikafankan?" Tanya datuk.
"Sudah."
"Syukurlah, diharapkan selepas ini, tidak ada kejadian yang ganjil terjadi," datuk melahirkan harapan.
Saya harap pun begitu juga."
Sekarang ni, bolehlah Pak Imam buat pengumuman menjemput sesiapa yang sudi ikut sembahyang jenazah."
Terima kasih kerana mengingatkan saya." balas Pak Imam.
PELAWA
DARI muka jcndcla Pak Imam buat pengumuman, mempelawa sesiapa yang sudah mengambil wudk untuk bersama-sama menyembahyangkan jenazah. Pelawaan ilu mendapal sambutan yang amal menggalakkan. Dan sembahyang jenazah pun bermula.
Suami simati menangis, dia tidak menyangka orang-orang kampung masih mahu menolongnya. Selama ini, dia beranggapan orang-orang kampung memandang serong padanya dan dia datang ke masjid kerana mahu mencari dukun atau pawang bagi mengubati sakit isterinya.
"Kenapa menangis, relakan isteri kamu pergi. Dari Allah dia datang kepada Allah dia kembali," Kata Ketua Kampung pada suami simati yang menangis tersedu," iringkan pemergiannya dengan doa," sambung Ketua Kampung. Suami si mati segera memeluk tubuh Ketua Kampung.
"Saya menjauhkan diri dari orang-orang kampung kerana menurut kata isteri saya," suami si mati mengadu pada Ketua Kampung.
"Apa katanya?" desak Ketua Kampung.
"Katanya, orang kampung memulaukan dirinya dan saya."
"Sekarang kamu lihat sendiri, siapa yang betul. Sudahlah, mari kita tunggu jenazah turun," pujuk Ketua Kampung.
Suami simati pun akur dengan nasihat Ketua Kampung.
Jenazah pun diturunkan dari rumah dan terus diletakkan dalam pengusung. Penutup pengusung yang dibalut dengan kain bertulis dengan ayat-ayat suci.
Ketua kampung memilih dua belas orang pemuda yang berbadan tegap dan sasa. Mereka akan mengusung jenazah secara bergilir-gilir hingga sampai ke liang kubur. Suami simati tidak membantah dengan kumpulan pemuda yang dipilih oleh Ketua Kampung.
"Cuma ada satu permintaan saya tuk ketua," Sham mula bersuara di bawah sinar matahari yang kian mengecil. Di kaki langit kelihatan tompok-tompok awan yang menandakan, dalam tempoh waktu kira-kira dua jam lagi, matahari akan jatuh di kaki langit dan senja pun akan berlenggang turun.
"Apa dia permintaan kamu, cakap cepat."
"Dalam jarak lebih kurang dua rantai mahu sampai ke lubang kubur, saya mahu memikul pengusung jenazah sebelah kanan."
"Kenapa dah dekat baru nak usung jenazah tidak dari mula-mula lagi."
"Itu amanat isteri saya tuk ketua. Kalau saya tak tunaikan. buruk padahnya nanti."
"Kalau itu amanat arwah isteri kamu. kami tak menghalangnya." kata Ketua Kampung.
Sham tersenyum panjang, kepuasan tergambar diwajahnya.
Dialog antara Sham dengan Ketua Kampung diikuti oleh datuk dan Haji Basilam dengan teliti. Bagi datuk, semacam ada sesuatu yang ganjil di atas permintaan suami simati. Mungkin ada muslihat yang tersembunyi. datuk membuat kesimpulan tersendiri.
Pak Imam segera mendekati Ketua Kampung. mereka berbincang tentang sesuatu. Beberapa minit kemudian, Ketua Kampung mengarahkan empat pemuda gagah berdiri di empat penjuru pengusung.
Pak Imam segera mengambil tempat di kepala tangga, kedua-dua belah kelopak bibirnya bergerak. Barangkali dia membaca al-Fatihah. Sebaik saja kelopak bibir Pak Imam berhenti bergerak. Ketua Kampung terus bersuara.
"Angkat pengusung perlahan-lahan, jangan sampai mayat di dalamnya bergerak atau bergegar."
Serentak empat pemuda berbadan sasa terus membongkok, menjalankan tugas yang dibebankan atas bahu mereka. Pengusung tidak bergerak dari tempatnya. Mereka terus mencuba dan hasilnya tidak memberangsangkan.
BERKERUT
MUKA empat pemuda gagah mula bcrkerut, urat-urat leher timbul. Seluruh tenaga dan kekuatan telah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Tetapi entah apa sialnya tiga kali mencuba dan berusaha, semuanya gagal.
Muka sudah merah padam dan peluh mula membintit di dahi dan pipi. Orang yang berada di sekeliling pengusung mula merasa pelik.
Beberapa orang daripada mereka secara sukarela turut membantu. Tetapi, hasilnya tetap gagal.
"Berat sungguh Pak Imam macam ada batu gunung di dalamnya," adu seorang pemuda sambil menunjukkan telapak tangannya yang sudah merah dan terasa pedih.
"Sabar," kata Pak Imam.
Ketua kampung segera mendekatinya. Mereka berbincang sebentar. Haji Basilam dan datuk turut dipanggil untuk untuk berbincang sama. Keputusannya, mereka mengambil alih tugas mengusung jenazah dari empat pemuda gagah.
Orang ramai yang berada di situ menduga semuanya akan berakhir kerana empat orang tua yang kaya dengan pengalaman dan ilmu dijangka akan berhasil mengangkat pengusung. Dugaan mereka meleset, empat orang tua tersebut nampaknya tercungap-cungap. Malah Haji Basilam, Ketua Kampung dan Pak Imam nampak terhoyong hayang macam mahu pitam. Cuma datuk saja tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Macammana pun dahinya berkerut juga.
"Kita tak boleh membiarkan keadaan terus begini, kalau kita tidak bertindak, mungkin sampai maghrib jenazah tidak dikebumikan," kata datuk.
Habis, apa yang patut kita buat?" Tanya Haji Basilam.
"Semua yang ada di sini, sama-sama mengusungnya hingga ke tanah kubur," datuk memberikan formula. Ternyata saranan datuk diterima sebulat suara tanpa ada sebab yang membangkangnya.
Setelah lebih dari seratus orang berpadu tenaga, barulah pengusung berisi mayat itu berjaya dipikul. Semakin hampir dengan tanah
perkuburan, pengusung semakin berat. Lebih dari sepuluh orang yang memikul pengusung mengadu bahu terasa sakit.
Ada juga yang mengadu tulang bahu terseliuh. Tidak kurang juga yang merasa pening dan muntah-muntah. Ketua Kampung menyuruh orang yang berhadapan dengan masalah tersebut supaya pulang saja ke rumah. Dikhuatiri, bila sampai tanah perkuburan mereka akan menghadapi masalah yang lebih serius lagi.
Ketika memasuki jalan kecil menuju kawasan perkuburan, hari semakin suram. Cahaya matahari bagaikan sudah tidak ada lagi, kerana di kiri kanan jalan kecil itu ditumbuhi pokok-pokok besar yang rimbun menyebabkan keadaan sekitar agak samar-samar.
Terdengar bunyi murai tanah yang selang dengan suara gagak dan cengkerik yang seolaholah memberitahu tidak lama lagi senjakala akan menjelma.
Dari kejauhan dalam keadaan yang samar-samar batu nisan yang tegak kaku boleh dilihat. Beberapa ekor burung malas terbang dari satu nisan ke satu nisan sambil berbunyi.
Sesungguhnya suasana begini kurang disenangi oleh Ketua Kampung. Tetapi, apakan daya jenazah wanita itu mesti dikebumikan dengan segera. Kalau dilewatkan atau ditangguhkan hingga esok akan menimbulkan masalah pada orang ramai.
Dalam jarak beberapa ela mahu sampai ke lubang kubur, Ketua Kampung segera memanggil suami simati yang sejak tadi mengekori dari belakang.
"Sila tunaikan amanat isteri kamu," beritahu Ketua Kampung.
"Terima kasih Tuk Ketua."
Suami simati mengambil tugasnya. Sebaik saja kayu pengandar berada di atas bahunya. Wajah suami simati yang muda nampak bertukar menjadi wajah seorang tua yang berusia antara tujuh puluh hingga lapan puluh lahun. Tidak ada sesiapa yang berani menegur tentang perubahan yang terjadi pada suami simati.
"Turunkan di sini."
Pak Imam mengarahkan supaya pengusung diletakkan agak jauh dari lubang kubur bagi mengelakkan lubang di situ rebak. Bila pengusung diletakkan di tanah, wajah suami si mati berubah seperti sediakala. Kain penutup pengusung segera dibuka dan mayat dikeluarkan dengan hati- hati sekali.
"Sambut baik-baik," Pak Imam mengingatkan orang yang menyambut mayat di dalam lubang kubur.
"Baik Pak Imam, jawab mereka serentak.
Dan semua orang yang berada di tanah kubur berbisik sama sendiri, mereka masih memperkatakan tentang diri suami simati.
CEMAS
SETELAH dipastikan oleh Pak Imam bahawa kedudukan mayat dalam kubur adalah betul. Tanpa membuang masa tanah ditebing kubur pun dijatuhkan secara perlahan-lahan. Sebaik saja tanah dijatuhkan menimpa papan keranda secara mendadak papan keranda terbuka. Dan mayat terus terangkat ke permukaan macam ada kuasa ghaib yang menolaknya dari bawah.
Semasa mayat itu terangkat, batu-batu gunung yang sebesar ibu jari kaki orang dewasa muncul dari sebelah kanan dan kiri lubang kubur, seiring dengan itu terdengar bunyi deru angin yang kuat. Apa yang peliknya, dedaun dipepohon yang terdapat dikawasan kubur tidak bergerak.
Dalam suasana yang semakin beransur gelap itu, keadaan di tanah perkuburan menjadi agak kelam kabut. Mayat terus terapung-apung dipermukaan lubang kubur.
Sebahagian daripada orang ramai yang turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan mula cemas dan takut. Kerana tidak tahu menanggung risiko yang lebih buruk mereka segera meninggalkan kawasan perkuburan.
MeIihat keadaan yang haru biru itu, datuk segera menyuruh Pak Imam mengepalkan tanah sebesar penumbuk. Pak Imam patuh dengan arahan datuk. Tanah kubur yang sudah dikepalkan itu segera diserahkan kepada datuk.
"Dari tanah asalmu kepada tanah juga kamu dikembalikan. Sesungguhnya, tiada siapa yang dapat mengatasi kuasa Allah. Tiada siapa yang berhak atas roh ini melainkan Allah jua."
Dan orang ramai yang berdekatan dapat mendengar kata-kata yang datuk ucapkan itu. Kerana mayat yang terapung di udara itu agak hampir dengannya, amat mudah bagi datuk meletakkan tanah yang sudah dikepalkan itu ke atas pusat simati (mayat).
Dengan izin Allah, sccara perlahan-lahan mayat yang terapung di udara mulai menurun. Bunyi deru angin turut berkurangan. Akhirnya, mayat kembali pada kedudukan asalnya dalam lubang kubur.
"Tutup." kata Ketua Kampung.
Seorang anak muda yang secara kebetulan berada di tepi kubur segera mengambil papan (penutup) lalu menutup mayat.
"Timbus dengan tanah cepat-cepat," datuk mengeluarkan arahan.
"Iya, kita segerakan kalau lambat-lambat nanti ada masalah lain yang datang. Lagipun hari sudah beransur gelap, sudah senja," sahut Ketua Kampung sambil mengambil cangkul. Dia turut mengkais tanah, merata kubur. Tidak sampai satu jam, kubur tersebut berjaya ditimbus.
Keadaan sekitar semakin beransur gelap. Nyamuk mula menyerang, bunyi cengkerik makin menjadi-jadi.
Gerak geri Haji Basilam, datuk, Ketua Kampung dan Pak Imam jadi perhatian orang sekitar. Kerana wajah empat insan tersebut nampak tenang dan bersahaja, memberi keyakinan pada orang lain, bahawa tidak akan berlaku perkara yang buruk. Tidak banyak reaksi si mati yang diperlihatkan oleh suami si mati. Dia hanya diam membatu.
"Sham bentangkan tikar di situ." Tanpa membuang masa Sham terus membentangkan tikar mengkuang seperti yang diarahkan oleh Ketua Kampung.
"Eloklah Pak Imam membacanya," kata Haji Basilam.
"Saya pun fikir macam itu juga," sahut datuk.
"Baiklah."
Pak Imam pun melabuhkan punggungnya di tikar mengkuang. Haji Basilam segera mengambil tempat di sebelah kirinya. datuk di sebelah kanan. Sebelah datuk pula ialah Ketua Kampung.
HIMPIT
ORANG yang jumlahnya sekitar lima belas orang (yang lain semuanya sudah angkat kaki, berikutan dengan peristiwa mayat terangkat) segera datuk berhimpit-himpit. Masing-masing tidak mahu berada jauh dari tempat insan (datuk, Haji Basilam, Pak Imam dan Ketua Kampung) yang dianggap sebagai manusia yang mempunyai kebolehan tersendiri. Boleh menyelesaikan masalah yang timbul secara mendadak.
"Sebelum talkin dibaca, saya nak pacak ranting yang di bahagian kepala dan kaki," suami simati mengemukakan permintaan.
"Silakan," jawab Pak Imam.
Suami simati segera mematahkan ranting kemboja di sisinya. Dengan hati-hati dipacakkan di bahagian kepala dan kaki. Tidak sampai lima minit dipacak, daun di ranting terus layu terbakar.
"Jangan pedulikan, jika Sham minta buat itu, jangan dilayan." Bisik datuk ke telinga pak Imam.
"Kenapa?"
"Banyak buruk dari baiknya," balas datuk.
"Baik," angguk Pak Imam.
Disaat pembacaan talkin mahu dimulakan, Sham segera mendekati Pak Imam. Dia mengemukakan permintaan untuk meletakkan sekuntum bunga di atas kubur isterinya.
"Minta maaf Sham,"kata Pak Imam.
"Tapi ini amanat isteri saya."
Pak Imam jadi serba salah. Kalau permintaan dipenuhi, ertinya dia membelakangi pesanan datuk.
"Bagaimana?" Pak Imam renung muka datuk.
"Jangan dilayan, dia sengaja mahu melambat-lambatkan kerja kita, dia ada muslihat," kata datuk dengan nada suara yang tinggi.
"Kamu dengar apa yang dikatakan olehnya Sham.'*'
"Dengar," bentak Sham sambil memandang muka Pak Imam dengan rasa benci yang amat sangat.
Pak Imam membaca talkin. Suaranya yang nyaring bagaikan berlawan dengan suara cengkerik, katak, ungka, kera, burung gagak dan puyuh yang mahu pulang ke sarang. Sebaik sahaja talkin selesai dibaca, hari sudah senja. Keadaan sekitar bertambah gelap. Nyamuk kian ganas menyerang.
'Terima kasih pada yang menolong."
Semua biji mata tertumpu ke batang tubuh suami si mati yang tegak berdiri di bahagian belakang sekali. Suaranya cukup lantang.
"Terima kasih," jawab Ketua Kampung mewakili anak buahnya.
Sebelum meninggalkan kawasan tanah perkuburan, Ketua Kampung memastikan anak buahnya yang hadir di tanah perkuburan cukup bilangannya.
Tidak ada yang kurang. Bagi menghilangkan rasa takut di hati anak buahnya, Ketua Kampung membuat peraturan sendiri. Mereka harus berjalan sebaris.
"Saya minta Haji Basilam menolong saya," Katua kampung cuit bahu kanan Haji Basilam.
"Bantu apa tuk ketua?"
"Jadi kepala jalan."
“Ah perkara mudah,"
Haji Basilam terus berdiri dihadapan.
"Pak Imam di tengah," Ketua Kampung renung muka Pak Imam.
"Boleh," Pak Imam segera mengambil tempatnya. Bila semuanya selesai Ketua Kampung menentukan tempatnya iaitu di belakang suami simati. Manakala datuk berada di belakangnya (Ketua Kampung), dengan erti kata lain, datuk adalah orang yang berada di barisan terakhir.
"Sekarang kita bergerak Pak Imam," jerit Ketua Kampung.
"Ok," balas Pak Imam.
Barisan yang diketuai Pak Imam pun bergerak meninggalkan kawasan perkuburan. Kerana datuk berada di belakang sekali, sebelum melangkah datuk menoleh ke arah kubur untuk kali terakhir. datuk melihat pengusung jenazah yang dibuat dari buluh nampak bergerak-gerak. Kerana kurang yakin dengan apa yang dilihatnya, datuk merenung untuk kali kedua.
Terkapar Di Pangkal Pokok
"SUBHANALLAH, Allah hu akbar."
Itu yang terkeluar dari kelopak bibir Datuk. Dia yakin benar, pandangannya memang tidak salah lagi. Pengusung jenazah itu bergerak serta terangkat separas pinggangnya.
"Ini semua permainan syaitan," rungut datuk sambil meludah sebelah kiri. Dan dia terus mempersetankan tentang pengusung jenazah tersebut.
Perjalanan diteruskan. setiap lima atau enam minit, datuk akan menoleh ke belakang, ternyata pengusung jenazah itu masih mengekorinya. Datuk mengambil keputusan nekad, tidak mahu menoleh ke belakang lagi dan dia sanggup menerima sebarang risiko dari tindakkannya itu.
Bila sampai di gigi jalan besar yang keadaannya tidak sesamar keadaan di kawasan perkuburan, barulah datuk menoleh ke belakang untuk mempastikan apakah pengusung jenazah itu masih mengekorinya. Sungguh mengejutkan, pengusung jenazah misteri itu ghaib entah ke mana.
"Ke mana pula menghilangnya?"
Hati kecil datuk bergolak. Dahinya berkerut.
"Lupakan saja, banyak perkara lain yang mesti aku fikirkan," datuk inembuat keputusan nekad.
Dan di tepi jalan itu juga, tugas Pak Imam sebagai kepala jalan segera berakhir.
Anak buah ketua kampung berpecah dari barisan membawa haluan dan matlamat masing-masing. Ada yang terus pulang ke rumah, ada pula yang menuju ke kedai.
"Kalau begitu, kami minta diri, pulang dulu. Lagi pun hari dah dekat maghrib," serentak Pak Imam dan ketua kampung bersuara.
"Silakan," jawab Haji Basilam.
Mereka pun segera beredar. Tinggallah datuk, Haji Basilam dan Syam di situ dengan wajah yang nampak agak resah.
"Macamana dengan kamu Syam? Nak balik ke rumah atau nak ikut kami," datuk mengajukan pertanyaan kepada Syam yang tercegat ditepi jalan, mendonggakkan muka ke langit melihat gumpulan awan yang bergerak ke arah barat daya. Tiada jawapan yang diluahkan oleh Syam. Dia nampak resah semacam. Tindakannya itu kurang disenangi oleh Haji Basilam.
Kalau dia memberi jawapan segera, ertinya Haji Basilam tidak perlu berada lama di sini. Boleh pulang terus ke rumah.
"Macammana Syam, beri keputusan cepat, kami tak boleh lama-lama disini," Haji Basilam terus mendesak. Syam masih macam tadi, masih membisu dan merenung awan di dada langit.
Mungkin kerana waktu maghrib sudah hampir atau tidak mahu melayani kerenah Syam, Haji Basilam dan datuk mengambil keputusan yang mengejutkan. Mereka terus meninggalkan Syam sendirian disitu.
"Budak tu memang pelik," kata Haji Basilam.
"Biarkan dia," sahut datuk sambil mempercepatkan langkah.
BAWAH
SEMASA datuk dan Haji Basilam melintasi bawah pokok besar, mereka terdengar suara jeritan dari Syam. Langkah terpaksa diberhentikan dan serentak mereka menoleh ke belakang. Datuk dan Haji Basilam mengalami kejutan besar. Sambil menjerit Syam menerkam ke arah mereka, ditangan kanannya terhunus sebilah keris berluk tujuh.
"Dari mana dia dapat keris tu?"
Dalam keadaan yang kelam-kabut itu, Haji Basilam masih sempat mengajukan pertanyaan.
"Itu tak penting, apa yang penting selamatkan diri kamu," balas datuk sambil mencari tempat yang difikirkan selamat untuk berlindung.
Syam yang bagaikan dirasuk hantu terus menerpa ke arah datuk dan Haji Basilam. Dengan tangkas datuk melompat ke kanan, Haji Basilam melompat ke kiri. Syam terlajak ke depan dan kaki kirinya tersepakkan akar pokok besar yang berselirat di muka bumi. Akibatnya, Syam tersungkur di tanah tetapi, secepat kiiat dia bangun. Berdiri tegak dengan sepasang anak mata liar merenung kiri kanan. Keris berluk tujuh tergenggam erat dalam tangannya.
"Kamu, jeritnya dengan wajah geram. Sepasang biji mata yang kemerah-merahan tertumbuk ke wajah datuk. Memang tidak salah dugaan Haji Basiiam, Syam menjadikan datuk sebagai sasaran utamanya.
Serangan yang bertalu-talu, memaksa datuk mengelak dan berlindung di balik pokok besar. Seboleh-bolehnya. datuk tidak mahu bertindak balas, kecuali kalau sudah terdesak. Datuk juga tidak mahu Haji Basilam turun tangan dalam pertarungan ini.
"Haji."
"Kenapa?"
"Jaga diri kamu, perhatikan gerak-gerinya kalau-kalau dia menyerang kamu," dalam keadaan yang kelam-kabut itu datuk masih mengingatkan kawan karibnya.
"Jangan campur dalam urusan ni, biar aku selesaikan sendiri," tambah datuk sambil merendahkan tubuhnya separas tunggul (yang tingginya kira-kira tiga kaki) bagi mengelakkan serangan Syam yang dibuat secara terkaman terbang bersama dengan tendangan kencang serta tikaman bertubi-tubi. Taktik yang dilakukan oleh datuk berhasil, tendangan yang dilepaskan oleh Syam terkena batang pokok renek.
Haji Basilam mengkerutkan dahi kehairanan, walaupun sudah berkali- kali jatuh dan menendang tunggul dan pepokok renek, Syam tidak kelihatan letih, tubuhnya tidak calar-balar. Cuma seluar dan bajunya saja yang koyak rabak.
"Hati-hati haji," untuk sekian kalinya datuk mengingatkan Haji Basilam.
"Iya, aku faham," jawab Haji Basilam sambil berusaha menjauhkan diri dari Syam, terutama ketika Syam melakukan serangan atau terjatuh.
TANDA
HAMPIR dua puluh minit masa berlalu, tidak ada tanda-tanda keletiban pada diri Syam. Malah dia nampak kian bertenaga dan bersemangat. Tidak putus-putus menyerang bersama tikaman bertubi-tubi. Sayangnya, serangan yang dilakukan tidak ada satu pun mengenai tubuh datuk. Syam tidak kecewa dengan semuanya itu. Dia terus menyerang dan menyerang, bagaikan ada tenaga ghaib yang bersatu dalam dirinya.
Ketika matahari kian mengecil di kaki bukit dan suara kuang bertalu- talu, hari bertambah gelap menandakan waktu maghrib sudah hampir benar. ketika itu serangan Syam beransur kurang, makin lama, kekuatannya makin beransur lemah. Keris berluk tujuh dalam genggaman terlepas jatuh terpacak dibumi. Dia sudah kehabisan tenaga.
Akhirnya, Syam jatuh longlai dipangkal pokok besar. Terlentang dengan nafas turun naik, matanya merenung langit. Dedaun tua dari pokok besar jatuh menimpa tubuhnya. Datuk segera mendekatinya.
"Kamu balik saja ke rumah," bisik datuk ke telinganya. Sepasang biji matanya mengerakkan lehernya untuk merenung muka datuk. Dia mengeluh kesakitan.
"Kau pulang saja, Syam," bisik datuk lagi.
Perlahan-lahan dia anggukkan kepala.
"Maafkan saya pakcik," suaranya lemah sekali.
"Aku maafkan kamu, apa yang kamu buat diluar kebolehan kamu Syam."
"Tadi, saya semacam terdengar suara isteri saya menyuruh membunuh pakcik. Saya tak tahu macamana keris boleh berada dalam tangan saya," tutur Syam tercunggap-cunggap.
Datuk menghela nafas dalam-dalam sambil melihat tubuh Syam yang calar balar dan berdarah. Haji Basilam yang berada disisi datuk mengeleng-gelengkan kepala. Waktu maghrib sudah tiba. Sayup-sayup terdengar suara azan dari menara masjid.
"Sudahlah, kami balik dulu," Haji Basilam memberi kata penamat.
"Silakan, lepas pakcik berdua balik, saya balik sendiri ke rumah saya," tutur Syam tersangkut-sangkut.
Haji Basilam dan datuk segera meninggalkan Syam yang terkapar diperdu pohon besar. Hari bertambah gelap dan senjakala pun menutup pandangan. Sampai di rumah datuk dan Haji Basilam membersihkan tubuh dan kemudian mereka tergesa-gesa menuju ke masjid untuk solat Maghrib.
AKHIR
BEGITULAH, Haji Basilam mengakhiri cerita tentang penghuni kubur misteri yang dipanah petir. Seram dan menakutkan. Saya dan Andi Kamarool bertukar pandangan.
"Sungguh menakjubkan," jawab Andi Kamarool.
"Itulah kuasa Allah," jawab Haji Basilam.
"Saya tidak memberikan sebarang komen kerana saya menumpukan perhatian pada cahaya matahari yang bersinar terang, menerangi scbahagian daripada ruang tamu yang kami duduki.
Saya menggeliat, pinggang mula terasa lenguh dan daging punggung terasa macam kebas, mungkin disebabkan terlalu lama duduk. Bagi mengatasi masalah tersebut, saya terus bangun dan bergerak ke ambang pintu dan berdiri disitu, me renung ke halaman rumah. Dan saya dikejutkan dengan kedatangan tetamu yang tidak diundang, seorang lelaki bermata tajam.
"Pakcik berdua ada di rumah," dia mengajukan pertanyaan sambil lercunggap-cunggap di kaki tangga.
"Ada."
Sekujur tubuhnya saya tatap. Dia nampak resah semacam dan tidak mahu merenung muka saya. Entah macammana, secara mendadak saya teringat lelaki itulah yang mengacukan buku lima ke batang hidung saya, semasa berada dikubur yang dipanah petir tempoh hari.
"Saya Syam."
Dia memperkenalkan diri, mungkin dia berbuat demikian kerana saya bersikap tidak ambil berat tentang kehadirannya.
"Humm……… ," balas saya.
"Saya nak jumpa pakcik berdua."
Saya segera mengangkat kedua belah sayap bahu sambil gelengkan kepala. Dia nampak kecewa sekali dengan tindak-tanduk saya itu. Dia bagaikan tahu yang saya tidak mahu memberikan kerjasama padanya.
Tanpa diduga, Haji Basilam muncul dan berdiri di sebelah kanan.
"Haaa, inilah Syam yang aku ceritakan pada kamu Tamar," wajah Haji Basilam nampak ceria sekali. Antara mahu dengan tidak, saya mengangguk lemah.
"Naiklah dulu, Syam," pelawa Haji Basilam.
"Tak payah pakcik, mana dia pakcik lagi salu."
"Ada di dalam, kenapa? Kamu nak jumpa dia?" Haji Basilam minta kepastian.
"Iya, ada hal mustahak, saya perlukan pertolongannya."
"Baiklah Syam, biar aku panggil dia."
Haji Basilam segera beredar mendapatkan datuk. Tergesa-gesa datuk keluar dari bilik lalu berdiri dimuka pintu. Andi Kamarool juga turut muncul dan berdiri disebelah datuk. Saya menyorot setiap kejadian dengan penuh teliti sekali.
"Apa halnya Syam?" soal datuk.
Syam segera mengkedutkan dahi, menjeling tajam ke arah saya dan Andi Kamarool. Resah tidak menentu dan agak keberatan untuk meluahkan kata-kata. Haji Basilam membisikkan sesuatu kepada datuk, perlahan-lahan datuk mengganguk dan ada perubahan diwajahnya. Mereka berdua segera memperkemaskan kedudukan masing-masing, seolah-olah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Cakap terus terang Syam, budak berdua ni anak buah aku," lanjut datuk lagi.
Ada senyuman bermain dikelopak bibir Syam, ketenangan mula tergambar dimukanya. Dia menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya perlahan-lahan. Tetapi, dia masih belum bersedia meluahkan tujuan sebenarnya untuk menemui datuk.
"Cakaplah Syam," nada suara datuk mula meninggi.
"Saya tak mahu cakap di sini."
"Habis mahu cakap di mana? Kamu jangan main-mainkan kami.
Buruk padahnya nanti," Haji Basilam seperti hilang sabar.
"Saya tak niat nak mainkan pakcik berdua. Saya tak mahu cakap disini, ikut saya ke rumah."
Haji Basilam dan datuk saling berpandangan. Serentak mereka memandang tajam ke arah Syam bagaikan mahu mencari kepastian dari wajah anak muda yang tercegat di kaki tangga. Tanpa memberitahu saya dan Andi Kamarool, datuk dan Haji Basilam masuk ke tengah ruang rumah. Saya dan Andi Kamarool termanggu-manggu dimuka pintu. Syam turut merasa hairan. Tidak sampai sepuluh minit, datuk dan Haji Basilam kembali ke muka pintu.
"Baik, kami boleh ikut dengan syarat," cukup lantang Haji Basilam bersuara.
"Apa syaratnya?"
"Budak berdua ni mesti ikut sama," tingkah datuk.
Syam termenung sejenak, hujung kakinya mengkuis-kuis tanah riikuktlangga. Kemudian merenung sejenak ke arah matahari dan awan. Dia nampak begitu sukar untuk menunaikan permintaan Haji Basiiam.
"Boleh," katanya dengan tiba-tiba. Datuk dan Haji Basilam senyum punjang.
BERPELUH
PERJALANAN dibawah matahari yang memancar terik, penuh dengan cabaran. Syam mendahului kami semua, langkah cepat sekali lunpa mahu menoleh ke belakang (ke arah kami). Panas yang terik membuat badan saya segera berpeluh.
"Sahabat."
Saya segera menoleh ke arah Haji Basilam, saya lihat dia rebah ditepi jalan dalam keadaan tertiarap. Saya menjadi panik, bila Andi Kamarool turut rebah seperti Haji Basilam.
Datuk berhenti melangkah, menoleh dan menerpa ke arah Haji Basilam, saya pula menerkam ke arah Andi Kamarool tetapi, Syam tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku, dia tetap meneruskan perjalanannya.
Dalam situasi yang kelam-kabut itu, saya terus memicit badan Andi Kamarool hingga tenaganya pulih dan boleh duduk. Tanpa mengharapkan bantuan sesiapa Haji Basilam boleh duduk sendiri dan membuat senaman rncngendurkan urat saraf. Seluruh badan mereka (Haji Basilam dan Andi Kamarool) dibasahi peluh, macam orang mandi.
"Kamu berdua balik saja ke rumah, biar aku dengan Tamar saja ke rumah si Syam," satu cadangan dari datuk dan Haji Basilam nampak seperti keberatan mahu menerima cadangan itu.
"Saya tak ada apa-apa, cuma kepala terasa pening, perut memulas dan tekak terasa loya."
Datuk menarik nafas panjang mendengar penjelasan dari Haji Basilam itu. Anehnya, Andi Kamarool juga memberi alasan yang sama. Syam sudah lesap entah ke mana. Saya mengigit bibir, kalau masalah ini tidak dapat diatasi, pasti sulit jadinya, fikir saya dalam hati.
Datuk mengambil keputusan untuk mengadakan perbincangan singkat bagi mengatasi masalah tersebut. Akhirnya kata putus diambil Haji Basilam dan Andi Kamarool mesti berpatah balik ke rumah demi keselamatan dan kesihatan diri. Ternyata saranan itu dipatuhi oleh Haji Basilam dan Andi Kamarool.
"Hati hati dengan budak tu, dia banyak helah," Haji Basilam mengingatkan.
“Aku yakin, dia tak akan membuat helah lagi. Kali ini dia jujur dan memerlukan pertolongan."
"Barangkali pendapat kamu tu memang benar. Tetapi, beringat dan berwaspada tidak merugikan diri kita."
"Aku setuju dengan cakap kamu tu. Kali ini aku yakin dia jujur dan ikhlas, dia memerlukan pertolongan kita," sebuah keyakinan yang tidak berbelah bagi datuk luahkan. "Aku harap kamu selamat."
Telapak tangan kanan datuk dan Haji Basilam bercantum. Mereka bersalam penuh mesra dan berpelukan bagaikan mahu berpisah beratus tahun. Saya dan datuk pun meneruskan perjalanan ke rumah Syam.
Dengan senyum lebar Syam menyambut kedatangan kami dibawah pokok pauh yang menjadi sempadan antara tanah milik arwah isterinya dengan tanah penduduk kampung yang lain. Perbuatan Syam itu mengundang pertanyaan dalam hati saya, kenapa dia tidak menyambut kami di kakitangga rumahnya? Mungkin ini taktiknya untuk memperdayakan kami.
"Kenapa tunggu di sini? Agak jauh dari rumah awak?." Pertanyaan yang dihamburkan oleh datuk tidak dijawab oleh Syam. Dia membisu matanya merenung tajam ke muka saya. Sudah tentu perbuatannya itu menimbulkan rasa kurang senang dalam diri saya.
"Aku tak mahu bincang masalah kamu dibawah pokok ni, Syam. Carilah tempat lain."
"Dimana pakcik?"
"Dirumah kamu?"
Syam terpempan, bila melihat datuk mengangkat kaki kanan untuk melangkah sempadan, belum pun sempat telapak kaki kanan datuk memijak tanah bekas isterinya, Syam segera memeluk tubuh datuk sambil menarik ke belakang. Kedua-duanya rebah diperdu pohon pauh serentak pula mereka bangun.
"Maafkan saya pakcik," Syam tersenggih.
"Kenapa kamu buat macam ni pada aku, Syam."
"Keselamatan diri pakcik."
"Keselamatan diri aku, apa yang kau cakap ni Syam," datuk bertambah terkejut dan hairan dengan sikap yang ditunjukkan oleh Syam.
"Aku tak faham dengan kamu, selalu membuat perkara yang tidak diduga," tambah datuk dengan nada suara yang keras.
"Mari saya tunjukkan buktinya, pakcik bertinggung disini, renung ke arah tanah milik bekas isteri saya, nanti pakcik nampak perbezaan antara tanah milik bekas isteri saya dengan tanah orang lain yang kita pijak. Dengan itu juga pakcik akan dapat jawapan kenapa saya menjatuhkan pakcik."
Datuk bertambah binggung dengan penerangan yang diluahkan oleh Syam. Antara rasa percaya dengan tidak, arahan yang disebut oleh Syam dipatuhi oleh datuk. Saya juga tidak mahu ketinggalan, cakap Syam saya turuti.
BOHONG
TERNYATA Syam tidak berhelah, juga tidak berbohong. Tanah milik arwah isterinya nampak seperti berombak, turun naik dalam paras antara satu dan dua inci, ma cam ada sesuatu yang menolak dari dalam bumi, lama juga datuk merenung pergerakkan tanah yang dianggap pelik dan aneh.
Belum pernah saya melihat tanah bergerak seperti itu. Dada saya
Di Kejar Ulat Bangkai
BAGI mempastikan apa yang berada di dalam perut bumi, datuk segera mengambil sepotong kayu yang panjangnya kira-kira tiga kaki. Pada pengamatan saya, kayu tersebut adalah dahan pokok manggis yang patah.
Dengan dahan kayu manggis itu juga, datuk menekan permukaan tanah yang berombak. Sungguh mengejutkan, dalam sekelip mata saja dahan manggis yang dibenamkan terus hancur. Bagi menggelakkan kehancuran itu melarat ke bahagian atas, datuk terus menyentap bahagian dahan yang terselamat. Dari lubang kayu yang dicabut, muncul beratus ribu anai- anai dan ulat pemakan bangkai.
"Pelik," datuk merunggut.
"Memang pelik tuk," secara tidak sengaja saya bersuara.
"Humm……..." datuk seperti mengeluh.
Bahagian kayu yang berada ditangan segera dilemparkan ke arah kumpulan anai-anai dan ulat pemakan bangkai yang keluar membuak- buak dari lubang. Merayap dipermukaan bumi, kemudian berebut-rebut masuk ke lubang, saling tindih-menindih, gigit-mengigit. Akibatnya, ada yang mati.
Sebaik saja puntung kayu yang dilemparkan oleh datuk jatuh atas tanah milik bekas isteri Syam, ulat pemakan mayat dan anai-anai membuak- buak keluar dari lubang, berkejaran menuju ke arah puntung kayu yang tersadai lalu menghurungnya.
Dalam sekelip mata, puntung kayu itu hilang tanpa kesan. Dan anai- anai scrta ulat pemakan mayat kembali berebut-rebut masuk ke lubang. Semua yang terjadi didepan mata, memang tidak masuk di akal. Sukar untuk dipercayai oleh orang lain.
"Lihat saja Tamar, jaga mulut jangan celupar," datuk mengingatkan saya sambil merenung ke tanah yang kembali berombak, beralur memanjang menuju ke arah rumah arwah isteri Syam. Bunyi anai-anai dan ulat pemakan bangkai jelas kedengaran seperti desiran angin. Adakalanya, memekakkan anak telinga.
"Belum pernah aku melihat kejadian seperti ini " terkeluar ungkapan dari kelopak bibir datuk, matanya tidak berkedip melihat tanah yang beralun dan berombak.
KERING
SEMUA pepokok yang tumbuh di kawasan tanah tersebut kelihatan mati kekeringan. Dedaun yang mati kering berguguran, kulit pohon merkah dan terkoyak. Setiap kali dahan atau ranting yang kering jatuh ke bumi terus hilang dimamah anai-anai dan ulat pemakan bangkai.
Saya yakin, sama ada di rempuh angin atau tidak pokok-pokok yang mati kekeringan itu akan rebah ke bumi untuk habuan ulat pemakan bangkai dan anai-anai dibumi.
"Sejak bila keadaan jadi begini?"
Sepasang anak mata datuk meraut tajam ke wajah Syam. Sebelum meluahkan jawapan, Syam mengkedutkan dahi seolah-olah mengingati sesualu ditengah-tengah pancaran matahari yang terik.
"Selepas berpisah dengan pakcik di jalan besar, saya terus balik. Tapi, sepanjang malam tu, saya tak dapat tidur."
"Kenapa pula?" Soal datuk.
"Pintu bilik saya diketuk orang yang bertalu-talu, bila dibuka tak ada apa-apa. Perkara macam tu berlaku setiap malam hingga ke subuh "
"Selalunya, pukul berapa pintu bilik kamu mula diketuk?"
"Kira-kira pukul sebelas malam, pada kebiasaannya ada tanda-tanda dulu."
"Apa tanda-tandanya," datuk memintas.
"Saya terdengar suara anjing menyalak panjang. Sayup-sayup. Kemudian saya terasa seram, bulu roma saya tegak dan saya tercium bau hapak, macam bau bangkai kering. Bila semuanya hilang, barulah pintu bilik saya diketuk. Bila gangguan itu hilang…….” Syam tidak meneruskan ceritanya.
Syam terus mengigit ibu jari kanan dan menghisapnya macam budak kecil menghisap puting. Biji matanya terbeliak, bila pokok durian di bucu sempadan yang mati kering, cara mendadak tumbang ke bumi. Dalam sekelip mata, anai-anai dan ulat pemakan bangkai menghurungi batang durian hingga hilang tanpa meninggalkan sebarang bekas.
Sesungguhnya, apa yang berlaku membuat kami (datuk, saya dan Syam) terpegun kehairanan. Perlahan-lahan datuk gelengkan kepala. Saya tidak dapat menangkap maksud dari gelenggan kepada datuk itu, sama ada bermaksud kagum atau menafikan kejadian yang dilihatnya.
"Pedulikan apa yang terjadi, sambung cerita kamu yang terputus tadi, Syam," perlahan sekali nada suara datuk. Tetapi, senyuman untuk Syam bertali arus dikelopak bibirnya.
"Bila gangguan itu hilang, saya terdengar macam ada sejenis binatang mengigit kayu yang ada di dalam rumah seperti papan dinding, kayu tingkap, palang pintu. Pendek kata mana-mana alat-alat atau perkakas rumah yang dibuat dari kayu. Bila saya ketuk bahagian kayu yang dijangka ada binatang kecil, bunyi bising itu terus hilang."
"Masa bila bunyi bising dalam kayu itu betul-betul berhenti?" Tanya datuk.
"Bila matahari terbit."
"Kamu tidak cuba mengesannya, Syam."
"Tidak pula, kerana saya tak perlu. Sebabnya, semua kayu dalam rumah nampak teguh dan utuh."
MANGSA
"HABIS macamana, cara tiba-tiba saja kamu datang mencari aku dengan Haji Basilam?" Pertanyaan yang membuatkan Syam membeliakkan biji mata ke arah datuk.
Saya tumpukan seluruh perhatian ke arah Syam kerana saya mahu mendengar apa jawapan yang akan diberikan oleh Syam terhadap pertanyaan yang diajukan oleh datuk padanya sebentar tadi. Peluh yang meleleh dihujung kening kiri, segera dikesatnya dengan jari telunjuk.
Panas semakin terik dan angin kering yang bertiup menerbangkan dedaun kering. Burung heIang mula terbang diangkasa sambil berbunyi mengintai mangsa yang terdiri dari tikus atau anak ayam.
"Pada mulanya, saya ambil sikap tunggu dan lihat. Saya tidak mahu menyusahkan pakcik. Saya malu pada pakcik dengan kejadian ditepi jalan besar," Syam gosok pangkal telinga.
"Teruskan," desak datuk.
"Bila saya nak buka reban ayam, saya lihat semua ayam peliharaan arwah isteri saya mati, pada hal sebelum itu semua ayam sihat segar," sambung Syam lagi. Saya kira, cerita selanjut dari Syam pasti menarik dan memikat. Sudah sewajarnya, saya menumpukan perhatian pada diri Syam dan datuk, demikian saya merumuskan dalam hati kecil.
KERING
ANGIN kering yang tadi bertiup agak lemah kini bertukar menjadi agak kencang. Rerumput yang kering berterbangan diudara dan dedebu bergerak bebas. Suara helang kian gamat di angkasa, sesekali menjunam ke bumi menyambar mangsa. Tidak dinafikan, angin kencang mcmberikan rasa sejuk pada diri saya.
"Kamu tak siasat, kamu tak cari puncanya Syam?"
Sepasang anak mata datuk tertumpu ke arah sepasang mata milik Syam.
"Saya siasat pakcik."
"Apa puncanya?"
"Saya lihat beribu-ribu ulat dalam reban."
"Dari mana ulat-ulat itu datang?" Soal datuk.
"Ulat-ulat itu keluar dari dalam tanah. Saya tengok dengan mata kepala saya sendiri ulat-ulat itu menghurung ayam yang masih bernyawa. Ulat- ulat itu masuk ke dalam badan ayam melalui dubur, telinga, mulut. Dalam masa beberapa saat saja seekor ayam lenyap dari pandangan, bulunya juga tidak kelihatan."
"Dahsyatnya serangan ulat itu, berapa jumlah ayam ada dalam reban lu. Syam?" sambil melagakan gigi atas dengan gigi bawahnya, datuk mengemukakan pertanyaan pada Syam.
Syam mengaru-garu batang lehernya beberapa kali sambil merenung ke arah bucu sempadan, mata berkedip dan keningnya kelihatan berkedut dan bergaris. Agaknya, dia cuba mengingati jumlah ayam peliharaan arwah isterinya.
"Kalau tak silap saya, jumlah ayam dalam reban tu lebih dari enam puluh ekor," mendadak saja Syam bersuara.
"Semuanya habis dimakan ulat?"
"Iya pakcik, tidak sampai satu jam semuanya ranap hinggakan sehelai bulu pun tak tinggal. Badan ulat yang sudah kekenyangan itu nampak kemerah-merahan bila kena cahaya matahari. Ulat-uiat itu terus masuk kedalam tanah. Besar ini badannya," Syam terus menegakkan jari kelingkingnya. Diwajahnya, tergambar rasa jijik dan ngeri yang amat sangat.
Saya dapat membayangkan bagaimana rupa atau bentuk ulat yang sudah kenyang. Tidak jauh bezanya dengan lintah atau pacat yang sudah buncit dengan darah, sukar untuk membawa badan dengan pantas, bergerak dalam keadaan mengisut atau berguling-guling dengan ekor terkedik-kedik macam ekor babi. Hodoh rupanya dan mengelikan, boleh membuat tekak menjadi loya. Kalau tidak tahan boleh muntah dibuatnya.
"Bala apa yang menimpa saya pakcik," Syam bersuara minta simpati. Tidak ada jawapan atau pertanyaan susulan dari datuk. Dia asyik termenung saja. Berangkali ada sesuatu yang bermain dalam tempurung kepalanya.
"Saya takut pakcik ," secara mengejut Syam bersuara.
Anehnya, kata-kata itu tidak diteruskan, sebaliknya dia menelan air liur berkali-kali.
"Apa yang kamu takutkan?" saya memberanikan diri mengambil alih tugas datuk untuk menyoal Syam. Saya tidak peduli, sama ada perbuatan itu direstui oleh datuk atau sebaliknya. Pokoknya, saya tidak mahu Syam kerap sangat berhenti, semasa bercerita. Dia harus meneruskan ceritanya hingga tamat.
"Bila semua ulat-ulat masuk ke dalam tanah, saya jadi binggung kerana lantai, dinding, tiang, bumbung reban dipenuhi dengan anai-anai yang bentuknya agak berbeza dengan anai-anai biasa, badannya sebesar anak mancis muncungnya macam muncung belalang. Suaranya macam kumbang kayu. Tidak sampai sepuluh minit, seluruh reban hancur hilang dari pandangan saya, tidak ada sebarang kesan atau tanda yang dikawasan itu pernah didirikan reban ayam," cukup lancar Syam bercakap. Dan dia berjaya menarik perhatian datuk.
"Kerana kamu tidak tahu, apa yang harus kamu lakukan, jadi kamu cari aku dan Haji Basilam."
"'Iya pakcik," Syam anggukkan kepala.
"Macamana kamu memijak tanah yang berombak ni?" Tanya datuk.
"Semasa saya meninggalkan kawasan rumah ni. keadaan tanah macam biasa, tidak macam ini. Cuma saya terdengar bunyi berdengggung halus dan nyaring. macam bunyi nyamuk di setiap sudut tanah milik arwah isteri saya." Syam tersedak.
BANGKAI
DATUK mengelengkan kepala, kemudian merenung daun dan ranting pokok pauh. Angin yang bertiup mengugurkan daun pauh yang tua. Dan saya mula merasa resah serta bosan yang berpanjangan dalam menghadapi masalah yang kira tiada penghujungnya.
"Kita balik saja, tuk."
"Jangan pergi pakcik, tolonglah saya," Syam merayu dengan wajah penuh kehibaan. Datuk jadi serba salah.
"Kamu nak suruh aku buat apa, Sham?"
"Tolong sclamat rumah dari anai-anai, selamatkan saya dari jadi korban ulat pemakan bangkai."
"Kalau kamu nak selamat dari semuanya ini, ikut aku ke Tanah Melayu."
'Tak mungkin pakcik," Syam gelengkan kepala.
Datuk termenung panjang. Dia berhadapan dengan masalah yang sulit. Dari gerak matanya, saya dapat menduga yang datuk memang berhasrat mahu melepaskan Syam dari masalah yang melingkari dirinya.
"Hidup mati saya mesti disini, itulah wasiat arwah isteri saya. Tolong selamatkan barang-barang bekas isteri saya," tambah Syam, kelopak matanya mula digenangi air jernih.
Tiba-tiba saja muncul rasa marah dan benci terhadap Syam. Rayuan dan permintaannya pada datuk memang berat. Kalau dipenuhi pasti membawa kecelakaan pada datuk. Siapalah yang berani memperjudikan diri memijak tanah yang dibawahnya penuh anai-anai dan berjuta-juta ulat pemakan bangkai yang kehausan darah dan daging busuk.
"Apa yang ada dirumah bekas isteri kamu Syam?" Datuk sandarkan luhuh ke pohon pauh.
"Ada emas, ada berlian, mutiara dan intan permata disimpan dalam koiak kotak khas, selain dari kain baju, wang ringgit. Arwah isteri berpesan supaya saya menjaga barang-barang tersebut dengan sebaik mungkin. Saya boleh menggunakannya bila saya susah "
"Berapa kotak emas berlian tu Syam?"
Saya lihat Syam mengaru pangkal telinga kanannya. Dua tiga kali dia mundar mundir didepan datuk. Mungkin ada keraguan dalam dirinya, kenapa datuk bertanya jumlah intan dan emas berlian peninggalan isterinya.
"Aku cuma nak tahu saja, bila tahu jumlahnya senanglah kita membuat perhitungan untuk membawa barang-barang itu keluar dari rumah," datuk menekan akar pauh dengan tumit kaki kanan.
"Banyak, lebih dari dua ratus kotak pakcik."
"Banyak tu."
"Iya pakcik," angguk Syam sambil matanya merenung ke arah tanah yang berombak. Beberapa ekor ulat pemakan bangkai melompat-lompat dipermukaan tanah sebelum masuk ke perut bumi kembali.
"Macammana kita nak masuk ke rumah, kalau kita pijak tanah arwah isteri kamu, hancurlah tubuh badan kita, nanti kita tinggal nama saja Syam. Cuba kamu fikirkan, bagaimana caranya kita boleh sampai ke sana," ucap datuk dengan tenang.
"Iya, bagaimana caranya?," ulang Syam dalam nada suara yang amat lemah sekali. Dia kembali berlegar-legar dihadapan datuk dan saya.
Syam terus duduk, kedua belah kakinya dilunjurkan dan badan disandarkan ke pangkal perdu pauh. Sepasang kelopak matanya dirapatkan dan dahinya mula berkerut.
Datuk masih bersandar diperdu pokok pauh, mungkin dia mencari ketenangan. Sepasang tangan datuk memeluk tubuh dengan erat, kicau burung diranting pauh jelas kedengaran, matahari terus bersinar.
"Ada satu jalan selamat," pekik Syam sambil melompat kegirangan.
Saya dan datuk tercenggang dengan perubahan sikap Syam yang mendadak itu.
"Ikut saya pakcik," sambungnya lalu menarik tangan datuk sambil matanya merenung ke arah saya, seolah-olah memberitahu bahawa saya harus ikut serta.
"Ke mana Syam," ada keraguan bersarang dalam hati datuk.
"Ikut saja pakcik, ini jalan selamat untuk kita semua."
"Tapi …………………..
"Jangan banyak tapi lagi pakcik, kita ada jalan selamat. Cuma dengan cara ini saja pakcik boleh menolong saya. boleh menyelamatkan harta benda arwah isteri saya." cukup riang suara Syam
SAMBIL
SAMBIL berlari Syam terus menarik tangan datuk menuju ke arah kawasan sempadan tanah. Sebaik saja sampai diperdu pisang nangka, Syam berhenti berlari.
"Kita mulakan dari sini,"
Jan telunjuk Syam menuding ke arah tanah yang diturap dengan simen. Lebarnya kira-kira dua kaki dan panjangnya bermula dari bahagian tanah orang lain dan berakhir dibahagian dapur bekas isteri Syam.
"Kamu ada jalan rahsia?" Tanya datuk.
"Tak ada jalan rahsia pakcik, ini simen penutup longkang yang mengalirkan air dari rumah ke parit besar dan terus ke sungai," Syam terus mengkaiskan-kaiskan daun-daun yang menutup permukaan simen dengan reranting kayu bercabang lima hingga sampai kawasan parit besar yang bersambung dengan sebatang anak sungai, airnya mengalir kotor.
Tuan tanah yang bersempadan dengan tanah arwah isteri kamu, tidak marah tanahnya dikorek untuk dijadikan saluran air. Agak luas juga tanahnya digunakan," risik*latuk lagi.
"Begini pakcik, dari tempat sempadan tanah orang lain hingga sampai ke parit besar, panjangnya lebih kurang dua kaki dan lebarnya kira-kira dua kaki. Tanah yang seluas itu diberi sagu hati hampir dua ribu oleh isteri saya," kata Syam dengan wajah yang bangga.
"Begitu, isteri kamu memang pemurah Syam."
"Kira-kiranya, begitulah pakcik," muka Syam bertambah kembang.
"Hum " Datuk anggukkan kepala.
Setelah puas berlegar-legar diperdu pisang nangka, Syam tersenyum ke arah saya dan datuk.
"Ada apa Syam?" Tanya datuk.
"Biar saya uji dulu, kalau saya selamat baru pakcik ikut." "Silakan Syam dengan syarat." "Apa syaratnya pakcik."
"Bila kamu sampai ke bahagian belakang rumah, kau berpatah balik
ke sini."
"Boleh pakcik," sahut Syam.
Rahsia Peti Hitam
PADA mulanya, saya tidak yakin Syam boleh menunaikan kata- katanya itu.
"Boleh kamu buat," ulang datuk yang meragui kemampuan Syam.
"Boleh pakcik." suaranya meninggi, penuh semangat.
Saya senyum sinis, mana mungkin dia boleh melakukannya, bisik hati kecil saya sambil menatap batang tubuh Syam dari atas ke bawah berkali- kali.
"Sekarang pakcik."
"Iya, sekarang, jangan bertangguh," kata datuk.
Saya terpampan, Syam melaksanakan apa yang dikatanya. Dia berlari pantas atas simen hingga sampai ke bucu dapur rumah. Semasa Syam berlari (atas simen) ulat-ulat pemakan bangkai bermunculan di kiri kanan landasan simen.
Ulat-ulat pemakan bangkai yang melompat agak tinggi, jatuh atas permukaan landasan simen yang panas. Ulat-ulat itu menggelepar lalu mati. Sambil berlari, Syam cuba dengan sedaya upaya mengelak dari memijak bangkai-bangkai ulat atas simen. Syam berpatah balik ke arah saya dan datuk. Cukup pantas dia bergerak dan saya kagum dengan kemampuannya yang diluar dugaan. Tiba-tiba sahaja dia sudah terpacak dihadapan kami.
"Mari Pakcik."
Syam memegang pergelangan tangan kanan datuk.
"Ayuh," sahut datuk.
Dengan tenang datuk mengangkat kaki kanan, melangkah ke atas permukaan landasan simen. Saya lihat tanah dikiri kanan landasan simen berombak dan merkah. Dari rekahan tanah itu, ulat-ulat pemakan bangkai menghulurkan kepala. Saya jadi cemas, berat rasa kaki mahu melangkah.
"Mari Tamar,"
Datuk segera menarik tangan kanan, saya tidak ada pilihan dan terpaksa patuh. Atas nasihat datuk, kami terpaksa berlari sambil melompat, agar tidak terkena ulat-ulat yang cuba melompat ke atas landasan simen. Saya merasa lega kerana ulat-ulat pemakan bangkai, mati serta merta bila jatuh atas simen yang panas.
Makin hampir ke kawasan rumah, rekahan tanah makin menjadi-jadi. Kepala ulat pemakan bangkai dengan mata yang tertonjol tersembul dalam jumlah beratus-ribu dari rekahan tanah lalu bersatu, berkeliaran dalam barisan yang rapat. bergerak dan meloncat mengikut bunyi atau irama hentakkan kaki kami bertiga.
Akhirnya, kami sampai ke kawasan rumah yang bahagian bawah serta bahagian kaki limanyaditurap dengan simen. Mungkin ulat-ulat pemakan bangkai dan anai-anai tidak mampu menolak simen menyebabkan kumpulan ulat dan anai-anai tidak kelihatan di kawasan tersebut.
Sebelum memasuki rumah besar, saya dan datuk mengelilinginya terlebih dahulu. Gegendang telinga menangkap bunyi berdenggung macam bunyi nyamuk, suara yang berdenggung halus itu datang dari dinding, lantai, gelegar dan tiang rumah. Semuanya itu membuat saya jadi resah.
"Jangan cakap apa-apa," Tamar."
Itu yang datuk bisikan ke telinga, saya anggukan kepala sambil terus bergerak dari bucu ke bucu rumah. Syam yang mengekori di belakang, tidak bersuara sepatah apa pun.
Secara mengejut datuk berhenti melangkah, saya hampir-hampir saja melanggar belakang datuk, begitu juga dengan Syam.
"Kenapa Tuk?"
"Lihat tu."
Mulut saya separuh terbuka dengan sepasang biji mata terbeliak melihat ke arah rekahan simen yang memanjang bermula dari hujung dapur. Kerana rekahan itu terlalu kecil dan sempit, saya yakin ulat-ulat pemakan bangkai dan anai-anai tidak akan bermunculan disitu.
Tak mungkin ulat-ulat itu boleh keluar dari sini."
Rupa-rupanya datuk sependapat dengan saya dan rekahan itu tidak kami pedulikan. Kami meneruskan pemeriksaan tetapi. kali ini kami berpecah. Datuk menuju ke arah dapur. saya ke arah tangga tengah dan Syam ke tangga depan. Semuanya melangkah tunduk dengan berhati- hali merenung ke permukaan simen. Dalam bahang panas yang kian menyengat itu, badan kami terus berpeluh.
"Pakcik mari lihat ini," jerit Syam yang berdiri kaku di depan tangga depan. Tanpa mahu menanti arahan dari datuk saya segera mendekati Syam. Tidak lama kemudian, datuk bergabung dengan saya dan Syam.
"Kenapa Syam?" Tanya datuk.
"Kita naik ke rumah," kata Syam.
“Naik……….. " datuk tidak meneruskan kata-kata. Dia gosok hujung hidung berkali-kali, macam ada sesuatu yang difikirkannya. Angin yang bertiup mengurangkan rasa panas yang mengigit tubuh.
"Kita selamat. binatang laknat tu, tak ada di sini," Syam memberikan semangat dan bunyi berdenggung hilang secara tiba-tba saja. Datuk tidak memperlihatkan sebarang reaksi.
"Ayuh pakcik."
Syam terus mendesak dan menarik tangan datuk. Sepasang matanya tertumbuk ke wajah datuk. Dalam hati, saya mengharapkan datuk tidak akan memenuhi permintaan Syam.
"lya Syam, kita naik sekarang."
Oatuk bagaikan dipukau, tanpa mengucapkan sesuatu. tanpa toleh kiri kanan, datuk pun memijak mata tangga. Saya gigit bibir sambil mengharapkan supaya tidak terjadi sebarang keburukan.
PIJAK
SAYA terpaksa mengikuti karenah mereka (datuk dan Syam). Dengan penuh debar mata tangga saya pijak dengan penuh hati-hati, saya menduga dalam kayu tangga itu penuh dengan anai-anai dan boleh patah atau relai bila dipijak.
Mata tangga pertama
Mata tangga kedua
Dan mata tangga ketiga, selamat dipijak dan dilangkah. Tidak ada bahaya menghalang, tidak ada kecelakaan yang terjadi saya bertambah yakin dan berani melangkah dan memijak tangga hingga mata terakhir.
Bila melangkah masuk ke ruang rumah, baru hati saya benar-benar tenang. Semua kayu dan papan yang digunakan memang jenis yang baik, kerawang dan ukiran yang terdapat pada setiap pintu bilik memang menarik, penuh dengan ukiran tradisional.
Syam segera menjenguk setiap bilik dalam rumah. Datuk pula memeriksa dan menjentik-jentik tiang seri, setiap kali dijentik terdengar suara seperti denggung nyamuk. Saya bergerak dari jendela ke jendela meninjau-ninjau keadaaan pemandangan diluar.
Cara kebetulan ditingkap terakhir, saya terus meninjau ke bawah ke arah kaki lima dekat sudut bahagian dapur. Saya tersentak, dua tiga kali kelopak mata saya gosok, tidak begitu yakin dengan apa yang terpamer di depan mata. Ada sesuatu yang keluar dan bergerak dalam jumlah yang banyak dari rekahan simen. Kerana ingin mengetahui lebih terperinci tentang benda yang bergerak itu, saya pun tidak mengalih pandangan ke arah lain.
"Allah hu akhbar."
Terpancut dari kelopak bibir, degup jantung, bertambah kencang. Benda hitam halus yang bergerak itu adalah kepala ulat pemakan bangkai. Rekahan yang kecil menjadi lebar.
Ulat-ulat pemakan bangkai itu sudah berhasil meluluskan diri dari lubang (rekahan) simen lalu bergerak menuju ke arah tiang, ke arah tangga tengah dalam jumlah yang banyak hinggakan permukaan simen bagaikan dibalut dengan ulat-ulat tersebut. Tidak lama kemudian, muncul pula barisan anai-anai, bergerak bagaikan riak air. Semuanya menuju ke arah tiang dan tangga tengah.
"Oh Tuhan; kenapa semuanya ini berlaku didepan mata saya," batin saya mula dihimpit ketakutan,"mungkin ada maksud tertentu dari semua kejadian ini," olah batin saya lagi. Rasa cemas dan takut bergolak dalam diri, cukup sukar untuk dilukiskan dengan kata-kata.
"Pakcik."
Pekik Syam dari ruang tengah.
Saya segera berlari ke arahnya dan saya dapati datuk sudah pun berada disisinya.
"Lihat tu."
Jari telunjuk Syam mengarah ke dinding. Biji mata datuk dan saya tertumpu ke arah tersebut. Apa yang datuk dan saya lihat sungguh mengejutkan. Berjuta-juta anai-anai dan ulat pemakan bangkai memanjang dinding bilik, memutih dan nampak sekata.
Ulat-ulat pemakan bangkai dan anai-anai yang lemah berjatuhan dilantai. Wajah Syam cemas sekali. Datuk nampak tenang dan keresahan terus memukul tali jantung saya. Entah apa yang mendorongnya, secara tiba-tiba Syam jadi tidak tentu arah. Sambil berlari dia memukul-mukul kepala dan dadanya, mengoyak-goyakkan baju yang dipakai.
"Syam, bawa bertenang."
Datuk cuba mendamaikan perasaan Syam yang bercelaru. Ternyata usaha datuk itu tidak berhasil, tidak diendahkan oleh Syam. Dia terus mengubah haluan, kali ini Syam berlari ke arah ruang dapur.
Ulat-ulat pemakan bangkai dan anai-anai, tindih menindih memanjat dinding bilik. Mana yang jatuh atas lantai terus berlompatan seolah-olah berpesta ria.
"Bagaimana tuk?" Tanya saya.
"Bersabar Tamar, bilik ini agak istimewa keadaannya, kau lihat keadaan di dalamnya," bisik datuk pada saya.
"lya," saya mengangguk.
Melihat keadaan atau susunan dalam bilik itu, saya segera meramalkan bilik yang dikuasai olah ulat-ulat pemakan bangkai dan anai-anai ini, bukannya sebarang bilik, memang bilik istimewa. Tetapi, siapa yang tinggal di dalamnya? Adakah Syam atau bekas isterinya? Timbul persoalan dalam hati kecil saya.
PETI
SAYA lihat ada empat peti yang berukuran lebar sekitar dua kaki setengah dan panjangnya kira empat kaki. Dicat dengan warna hitam dan terletak pada setiap sudut bilik, beralaskan dengan kain dua warna, separuh hitam dan separuh merah, bahagian yang bersambung dijahit dengan benang besar berwarna kuning. Setiap peti dikunci dengan mangga tembaga besar.
Di tengah-tengah bilik terdapat sebuah pangkin (tempat tidur) yang dibuat daripada kain belacu. Ada dua biji bantal biasa dan sebiji bantal panjang yang sarungnya dari kain dua warna, hitam dan merah. Terdapat dua dupa yang terletak di kaki pangkin di bahagian kepala bersaipa dengan arang. Di tepi dupa terdapat beberapa ketul kemenyan putih dan biasa.
Saya merasa pelik, lantai dibawah pangkin tidak dihampiri oleh ulat-ulat pemakan bangkai dan anai-anai. Begitu juga dengan lantai sekitar peti hitam. Antara jelas dengan tidak, sayup-sayup terdengar suara perempuan merintis.
"Itu suara isteri saya," kata Syam.
Dia terus merempuh saya dan datuk, hampir saja saya mahu jatuh dibuatnya.
"Pelik perangainya," saya merunggut.
"Jaga mulut," kata datuk yang dapat menangkap rungutan saya itu.
Syam terus meluru dan masuk ke bilik sebelah kanan. Tetapi, dia bagaikan tercampak keluar, macam ada sesuatu yang menendangnya dari dalam. Dia jatuh terduduk atas lantai. Cepat-cepat Syam bangun lalu berdiri di muka bilik dengan kedua tangannya memegang jenang pintu. Saya dan datuk segera mendekatinya. Datuk di kanan, manakala saya disebelah kiri.
"Pakcik dengar suara isteri saya."
Datuk dan saya berpandangan.
"Itu suara isteri saya," ulangnya lagi.
Bila sepasang matanya menghala ke wajah saya, cepat-cepat saya alihkan pandangan ke arah jendela yang terdedah. Temyata diluar panas terlalu terik, tidak ada angin yang bertiup. Dedaun nampak kaku dalam sinaran matahari yang menyengat.
"Dengar suaranya pakcik," kali ini sepasang mata Syam tertumpu ke wajah datuk. Saya nampak datuk mengangguk lemah.
Memang saya mendengar suara perempuan merintih, tenggelam timbul bersama suara anai-anai dan ulat pemakan bangkai.
"Ulat-ulat dan anai-anai memakan daging isteri saya pakcik. Tolong dia pakcik," Syam merayu bersama isak tangis memanjang. Tubuhnya menggeletar. Matanya merenung tajam ke arah anai-anai dan ulat-ulat pemakan bangkai yang merayap didinding bilik.
"Bertenang Syam, kami tak nampak apa-apa, melainkan ulat dan anai- anai memakan dan memanjat papan dinding," kata datuk.
"Huuuhhhhhh…….. "
Syam terus mengeluh, bersama sedu, bersama air mata. Ulat-ulat dan anai-anai yang merayap didinding menimbulkan bunyi suara berdecut- decut yang halus dan nyaring membuat saya menggigil.
"Isteri saya Iari ke bilik sebelah."
Syam segera menerkam ke bilik yang menempatkan ranjang dan peti kayu yang bercat hitam. Kali ini dia tidak terus masuk, sekadar berdiri dimuka pintu. Saya dan datuk mengekorinya.
"Ini bilik isteri saya."
Tanpa diminta Syam memberi penerangan.
"Bilik iintuk apa?" Secara tidak sengaja saya meningkah.
"Untuk beramal, di malam-malam tertentu dia bersemadi disini."
Keterangan yang diungkapkan membuat datuk menarik nafas panjang. Saya kedutkan dahi sambil merenung ke dalam bilik.
Keadaannya, tidak banyak berubah dari tadi. Ulat-ulat pemakan bangkai dan anai-anai masih berkeliaran. Malah ada yang sudah menghampiri lantai dibawah pangkin dan peti kayu hitam. Empat penjuru dinding bilik terus dikuasai ulat-ulat pemakan mayat dan anai-anai. Apa yang berlaku di depan mata menimbulkan seribu persoalan dalam kepala saya.
BANYAK
DAHI manakah datangnya binatang yang menjijikkan ini? Pertanyaan ini, bagaikan tidak mahu lekang dari dalam kepala saya. Mungkin sudah berjuta-juta ulat dan anai-anai mati akibat tindih menindih dan berebut-rebut untuk memamah papan dinding. Namun jumlahnya, tidak juga berkurangan malah bertambah banyak.
"Pakcik tak dapat menolong kamu Syam."
Sepasang anak mata datuk tertumbuk ke wajah Syam yang nampak panik dan kecewa. Dia melagakan gigi atasnya dengan gigi bawah berkali- kali.
"Habis, pakcik mahu biarkan saya begini? Pakcik mahu membiarkan mata saya digigit ulat dan anai-anai ganjil ni."
Kata-kata yang Syam luahkan membuat datuk resah, keningnya berkedut, sekali sekala dia mengaru hujung dagu tidak gatal. Datuk bagaikan berada di dalam dilema.
"Jadi pakcik mahu balik sekarang?" Menyusul pertanyaan dari Syam, sinar matanya nampak layu.
"Begitulah kira-kiranya," jawab datuk dalam keriuhan suara ulat pemakan bangkai dan anai-anai mengunyah papan dinding.
Saya tersentak, kain dua warna penutup keempat-empat peti kayu hitam bergerak sendiri macam ada tangan halus yang menariknya. Kain penutup terbang dari penjuru ke penjuru dinding dan akhirnya bercantum bergulung-gulung menjadi seketul tanah merah seperti kubur lalu jatuh ditengah-tengah pangkin. Terus diam disitu.
Dan tanpa berkata sesuatu Syam terus berlari ke arah dapur. Kemudian datang ke arah kami dengan sebilah parang ditangan kanan. Tangan kirinya membawa sebotol penuh minyak tanah bersama sekotak mancis. Sudah tentu perbuatan Syam itu membuat saya jadi resah dan datuk bertambah binggung. Tetapi, kami tidak memberikan sebarang komentar terhadap tindak tanduknya itu.
"Tak mengapa, kalau pakcik nak balik, baliklah. Biar saya bunuh ulat dan anai-anai ni. Saya nak bakar sampai mampus, mana yang hidup saya nak cincang," tutur Syam, nada suaranya keras.
Dia pun menyiram minyak tanah ke atas lantai bilik, semasa mancis api dinyalakan, datuk segera menepis sehingga anak mancis bertaburan dilantai, manakala kotak mancis terpelanting ke tengah bilik. Dalam sekelip mata, kotak mancis terus dikerumuni anai-anai. Tidak sampai lima minit, kotak mancis hancur lebur dimamah anai-anai.
"Perbuatan kamu merbahayakan diri sendiri, Syam."
"Saya tak boleh tahan lagi pakcik, biar saya bunuh ulat dan anai-anai laknat ini."
"Sabar Syam."
Sebaik saja Syam mengakhiri kata-kata, dia mengadu kepalanya terasa pening. Syam segera dipimpin ke suatu sudut rumah yang belum didatangi ulat-ulat pemakan bangkai dan anai-anai.
Syam segera didudukkan di situ, datuk pun memulakan rawatan singkatnya. Sebaik sahaja telapak tangan kiri datuk menjamah batang leher Syam, terdengar bunyi dentuman yang kuat dari bilik yang menempatkan empat peti hitam. Syam yang kurang sihat segera bingkas lalu menerpa ke arah bilik yang berdentum. Saya dan datuk turut bergerak ke arah yang sama.
Sungguh mengejutkan, dinding bilik roboh sendiri. Seluruh ruang bilik dikuasai asap nipis bersama bau kemenyan yang semerbak. Kami bertiga jadi tergamam, Syam yang tadi mengadu sakit kepala nampak sihat dan bertenaga sekali. Bila bau kemenyan dan asap hilang, segala-galanya menjadi jelas. Papan dinding yang roboh menghempap semua peti hitam hingga pecah berderai. Saya menarik nafas dalam-dalam.
“Emas,” kata saya perlahan-lahan.
Dan biji mata saya menatap barang-barang kemas yang bertaburan atas lantai, begitu juga dengan kain baju dan barang-barang yang lain. Semua barang-barang tersebut terus dikerumuni anai-anai serta ulat pemakan bangkai.
“Itu harta bekas isteri saya pakcik, mesti diselamatkan sebelum hancur." Syam segera mengangkat kaki kanannya.
"Jangan Syam," tegah datuk sambil memegang bahu Syam yang kelihatan tidak keruan. Syam patuh dengan permintaan datuk.
"Semuanya punah," Syam bagaikan mengeluh.
"Sabar," datuk terus memujuk.
Terkapar Di Halaman Rumah
SYAM tersentak. Dari gerak gerinya saya menduga. Syam memang tidak senang dengan kata-kata datuk itu. Tidak hairanlah, bila dia mempamerkan reaksi dengan menjeling tajam ke arah saya dan datuk. Sesungguhnya, saya kurang senang dengan reaksi yang diperlihatkan oleh Syam itu.
"Apa sebab saya tak boleh balik?" Soal Syam garang. “Demi untuk keselamatan kamu."
"Iya," angguk datuk.
Syam gigit bibir dengan sepasang mata tertumpu ke wajah datuk. penuh dengan tanda tanya dan persoalan yang tidak terpecahkan.
DEDAUN
ANGIN yang bertiup berguguran dedaun tua, melayang-layang di udara sebelum tersadai di bumi. Peluh yang meruap di pangkal kening dan dahi segera saya kesat dengan telapak tangan. Syam yang duduk di tanah segera melunjurkan sepasang kakinya. Dan saya larikan perhatian dari batang tubuh Syam kepada tanah milik arwah isterinya.
Saya terkejut, pemukaan tanah sudah tidak merekah lagi, tidak bergelombang, tidak ada barisan ulat-ulat pemakan bangkai dan anai-anai beralun. Semuanya seperti biasa.
"Ulat dan anai-anai semuanya sudah masuk ke dalam rumah," demikian datuk membuat kesimpulan.
"Ertinya semua milik saya akan hilang, pakcik."
'Tak berani nak cakap, kita berusaha dan berdoa, selebihnya kita serahkan kepada Allah. "Kamu………… ,” datuk meneruskan kata-kata.
"Mesti apa Pakcik?" Sanggah Syam.
"Ikut kami ke rumah, cuma dengan cara itu saja kamu selamat."
"Sebabnya Pakcik?"
"Jangan tanya sebabnya, kalau kamu sayangkan nyawa sayangkan harta benda arwah isteri kamu, ikut cakapku." Datuk memperlihatkan sikap tegasnya, mukanya mula kemerah-merahan.
"Eehhhhh…………” Syam tergagap.
"Aku mahu keputusan dari kamu. Mahu atau tidak, itu saja yang aku mahu," atuk minta kepastian.
Tidak ada jawapan pasti dari Syam. Dia memperlihatkan protes dengan menumbuk bumi sebanyak dua kali berturut-turut. Tidak ada tindak balas dari datuk, barangkali dia (Datuk) malas melawan karenah Syam yang dianggapnya terlalu mengikut perasaan.
"Mari Tamar, biarkan dia di situ."
Datuk segera menarik tangan saya. Syam pun kami tinggalkan melayani perasaannya.
Memang pelik, datuk yang banyak bertolak ansur dan bertimbang rasa dengan Syam, secara mendadak menjadi sebaliknya. Barangkali, datuk sudah menghidu sesuatu yang kurang baik, kalau karenah Syam dilayani.
Apa yang berlaku sungguh mengecewakan Syam. Barang-barang kemas milik arwah isterinya tenggelam dalam timbunan anai-anai dan ulat-ulat makan bangkai. Lagi sekali Syam rebah dan pengsan di pangkuan datuk. Dan lagi sekali rawatan kecemasan terpaksa dilakukan hingga Syam pulih.
Keadaan sekeliling bertambah cemas, ulat-ulat makan bangkai dan anai-anai kian bertambah. Beberapa bahagian lantai yang tadi, tidak didekati ulat-ulat pemakan bangkai dan anai-anai mula didatangi oleh serangga tersebut.
"Sebelum keadaan menjadi lebih teruk. kila mesti tinggalkan rumah ini," sepasang mata datuk merayap ke setiap sudut dan ruang dalam rumah. Terpamer sekilas kecemasan di wajah datuk. Kerana belum merasa pulih. Syam tidak ambil kisah dengan apa yang datuk katakan.
"Kita bawa dia keluar dari rumah ini, Tamar."
"Baik tuk." jawab saya pendek.
"Ikut jalan kita datang tadi," arah datuk lagi.
Saya anggukkan kepala.
Tanpa membuang masa, saya dan datuk terus memapah Syam turun dari perut rumah.
Berhati-hati kami memijak anak tangga dan seterusnya menuju ke kaki lima rumah yang diturap dengan simen.
KHAYAL
"SEKARANG, kita ikut jalan tadi hingga sampai ke kawasan tanah sempadan, elakkan dari terkena ulat dan anai-anai."
"Baik Tuk."
"Mulakan sekarang."
Langkah untuk sebuah perjalanan yang penuh cabaran pun bermula. Syukur, kami selamat sampai ke kawasan tanah sempadan.
Kerana keadaan Syam tidak pulih sepenuhnya, (dia seperti orang khayal) datuk terpaksa melakukan rawatan untuk memulihkan semangat dan keyakinan diri. Setelah dibacakan beberapa potong ayat, lalu dihembuskan ke mukanya barulah keadaan Syam berubah. Dia kelihatan seperti orang baru bangun dari tidur. Termagu-magu, lupakan dengan semua perkara yang pernah dilaluinya.
"Di mana saya pakcik?"
"Di tanah orang, tanah yang bersempadan dengan tanah arwah bini kamu," jelas datuk.
"Hahhhh....." mulut Syam terlopong.
"Jangan bimbang kita selamat di sini," saya cuba memujuk.
"Hantarkan saya balik, pakcik.”
'Tak boleh," suara datuk meninggi.
Sepanjang perjalanan balik ke rumah, berkali-kali datuk mengingatkan saya supaya jangan menoleh ke kiri, ke kanan atau menoleh ke belakang. Mesti berjalan dengan tunduk sambil bertasbih. Arahan datuk itu saya patuhi hingga sampai ke kaki tangga.
"Syukur, anak dan cucu selamat balik."
Saya segera panggungkan kepala, mencari arah suara datang.
Rupa-rupanya Haji Basilam menyambut kepulangan kami dengan wajah riang di tepi tingkap. Andi Kamarool yang bertenggek di bendul pintu, lambaikan tangan ke arah saya. Cepat-cepat saya membalasnya bersama segaris senyum.
"Kenapa tinggalkan Syam jauh sangat di belakang."
Haji Basilam panjangkan leher, macam leher itik angsa melihat sesuatu dikejauhan.
Saya dan datuk segera menoleh ke belakang. Syam tercungap-cungap mengekori kami.
"Pelik budak ni, diajak tak mahu tetapi, mengikut dari arah belakang. Memanglah dia ni banyak karenahnya," datuk merungut. Andi Kamarool dan Haji Basilam segera turun ke kaki tangga yang kemudiannya mendekati saya dan datuk. Kami berempat (Datuk, Haji Basilam, Andi Kamarool dan saya) tumpukan perhatian pada Syam yang melangkah lemah.
"Saya mahu ikut pak cik," kata sebaik sahaja sampai di hadapan kami. Mungkin kerana keletihan, Syam tidak mahu berdiri dan dia terus rebah di kaki datuk.
"Sudah kamu fikirkan semasak-masaknya tentang perbuatan kamu ini, Syam," tanya datuk.
"Sudah," balas Syam tercungap-cunngap sambil menelentang tubuhnya merenung langit dan awan gemawan.
"Kau tak menyesal."
'Tidak pakcik, apa yang penting bagi saya, selamatkan rumah pusaka dan harta benda arwah isteri saya."
"Hummm……..” suara datuk terkulum. Syam masih masih terlentang dengan kedua belah tangan dan kakinya terkedang. Dari hujung bibir (kiri dan kanan) meleleh air liur. Sesekali kaki dan tangannya tersentap- sentap. Panas yang menarik membuatkan badannya berpeluh-peluh.
"Kita naik," beritahu datuk pada Haji Basilam.
"Budak Syam ni macammana?"
"Biarkan dia di situ."
"Kejam membiarkan budak yang letih ni terkadang atas tanah di bawah matahari yang terik," Haji Basilam meluahkan keresahan hatinya.
"Ada sebabnya, saya berbuat macam tu, mari kita naik. Sampai di atas nanti kita bercerita panjang."
Tidak ada yang membantah arahan datuk, semuanya naik dan duduk ber*ila di ruang lamu rumah. Tidak ada sesiapa pun yang memikirkan lentang nasib Syam yang terkapar di halaman rumah.
Rasa belas dan kasihan muncul dalam hati saya. Tetapi, saya tidak berani menyuarakannya.
"Tamar."
"lya tuk."
"Kamu berdiri dekat tingkap, tengok ke bawah perhatikan budak Syam in. kalau lain macam aje, beritahu aku."
"lya tuk."
Saya segera berdiri di tepi tingkap. Datuk pun berkisah tentang pengalaman yang dilaluinya semasa berada di rumah peninggalan arwah isteri Syam. Semua yang mendengar gelengkan kepala. Malah, Andi Kamarool sendiri mencadangkan supaya datuk jangan campur dalam urusan Syam. Biarkan dia selesaikan sendiri.
"Aku tidak setuju, rasanya tidak berakal benar, kita membiarkan manusia seagama hidup menderita, sedangkan kita hidup senang. Padahal kita boleh berikhtiar dengan memohon pada Allah supaya sahabat kita tu terlepas dari bencana tersebut," datuk menumpahkan pandangan dan pendapatnya pada dua orang sahabatnya.
"Apa yang mahu kamu buat?" Haji Basilam merenung muka datuk.
"Kita berunding dengan ketua kampung, Pak Imam, Guru Agama. Lepas sembahyang zuhur kita bincang, kamu boleh membantu."
"Aku?" Haji Basilam membeliakkan biji matanya.
"Iya," angguk datuk.
"Si Syam tu bagaimana? kau nak biarkan dia mati kering di halaman rumah?" Soal Haji Basilam.
"Nanti aku suruh Tamar uruskan."
Saya jadi termangu-mangu bila nama saya disebut.
AIR
TIDAK lama berselang, datuk mengotakan kata-katanya. Dia menyuruh saya mengambil air satu baldi besar di perigi untuk disiramkan ke tubuh Syam yang terkapar. Ada beberapa syarat yang mesti di patuhi, setelah air satu baldi itu dibacakan dengan seratus kali Fatihah oleh datuk, barulah saya disuruh menjirus air tersebut ke kepala Syam hingga ke kaki. Perkara itu dilakukan sebanyak tiga kali berturut-turut. Apa yang di suruh oleh datuk saya lakukan dengan sebaik mungkin.
Selesai saja kerja itu saya buat, Syam terus bangun. Dia nampak gagah tidak lemah. Pergerakannya cergas.
"Bawa Syam ke perigi, mandikan dia Tamar."
"Baik tuk."
Sebaik sahaja saya mahu melangkah, terdengar lagi suara datuk.
Tukarkan pakaiannya dan bawa dia masuk ikut pintu belakang," Datuk mencampakkan kain sarung dan baju melayu ke arah saya. Dengan tenang saya menyambutnya. Syam pun saya bawa ke telaga. Semua arahan datuk saya laksanakan dengan sebaik mungkin.
Tepat jam dua belas, lima minit tengahari, Syam yang sudah berpakaian rapi kemas duduk berhadapan dengan datuk di ruang tengah rumah. Syam nampak tenang dan penuh keyakinan menyandarkan badan ke dinding.
Saya dan Andi kamarool di suruh oleh datuk duduk di sebelah kiri dan kanan Syam. Tanpa kehadiran Haji Basilam membuat saya bertanya ke mana dia menghilang.
"Aku agak kamu lapar Syam," tanya datuk. Saya lihat Syam mengangguk.
Tunggu sekejap lagi makanan akan tiba, Syam."
"Terima kasih pakcik."
Saya dan Andi Kamarool saling berpandangan. masing-masing mencari jawapan siapakah yang akan membawa makanan untuk Syam. Beberapa minit selang, Haji Basilam muncul membawa secawan kopi, sepiring rebus keledek dan sepiring kelapa parut.
"Jangan," datuk datuk bersuara lembut.
Syam tidak jadi menyuapkan keledek rebus ke dalam mulut.
"Minum air kopi dulu, lepas tu baru makan ubi keledek. Air tu untuk mencuci tekak dan melancarkan yang kamu telan," datuk memberikan kuliah pendek.
"Terima kasih pakcik."
Syam pun ikut nasihat datuk. Dia makan penuh selera, keledek rebus, kelapa perut dan air habis tanpa kesan.
Semasa Syam makan, saya nampak datuk dan Haji Basilam berbisik, macam ada sesuatu yang mereka bincangkan.
"Tamar, bawa cawan dan piring kosong ke dapur, bersihkan," arahan dari datuk yang kurang saya senangi tetapi, saya tidak boleh membantah.
Bila saya datang semula ke ruang tengah, saya lihat Pak Imam, Ketua kampung dan seorang lelaki tua dalam lingkungan usia lapan puluhan, memakai serban hijau berada di ruang tengah, mereka duduk dekat datuk sedangkan Haji Basilam mengambil tempat saya (disebelah Syam), keadaan ini memaksa saya duduk berhampiran dengan ketua kampung.
Boleh kita mulakan," Ketua kampung ajukan pertanyaan pada datuk.
"Silakan," sahut datuk.
Saya lihat Haji Basilam anggukkan kepala, begitu juga dengan Andi Kamarool. Saya keresahan dan kebingungan, masih tercari-cari apakah perkara yang akan diperkatakan oleh mereka. Agaknya, semasa saya menguruskan diri Syam tadi, mereka sudah pun menyusun agenda yang tersendiri. Semuanya berlaku secara mengejut dan diluar dugaan saya.
"Syam," datuk renung ke arahnya.
"Iya Pakcik."
"Bila kamu ikut aku, ertinya kamu masih mengharapkan pertolongan dari aku, Syam."
"lya pakcik."
"Semasa kamu mandi tadi, aku suruh Haji Basilam berjumpa ketua kampung dan Pak Imam, berbincang dan mencari jalan untuk menolong kamu. Sekarang mereka ada di sini, saya minta ketua kampung sendiri menerangkannya, datuk berhenti bercakap, matanya renung muka ketua kampung yang mengangguk lemah, tanda setuju.
WAJAH
SEBELUM memulakan percakapan, ketua kampung menatap setiap wajah yang berada di ruang tengah. Renungannya agak lama tertumpu ke wajah saya. Tentu sahaja saya jadi resah.
'Terima kasih," ketua kampung memulakan percakapan," "Kerana memanggil saya, terima kasih juga kepada Haji Basilam yang telah menerangkan tujuan sebenar menjemput saya kemari," ketua kampung berhenti bercakap sebentar, dia merenung ke arah Pak Imam dan seorang haji yang berada di sebelah Pak Imam.
Sejak tadi, Haji yang duduk di sebelah Pak Imam, tidak banyak cakap. Mudah tersenyum, air mukanya nampak bersih dan tenang.
"Orang di sebelah Pak Imam itu namanya Kiai Masruh," ketua kampung menyambung percakapan yang terhenti, "Dia saudara saya. orang Tasik Malaya, bila mendengar masalah si Syam dia mahu pula menolong membantu, sekarang minta Syam mendekatinya."
Tanpa membuang masa Syam segera mendekatinya. Kiai Masruh meletakkan telapak tangan kirinya atas bahu kanan Syam. Dia menyuruh Syam membaca Al-Fatihah dan Syam dapat membaca dengan lancar. Dia juga menyuruh Syam membaca ayatu-Kursi. Semuanya dapat dilakukan oleh Syam dengan baik dan lancar. Kiai Masruh tersenyum senang.
"Orang lain yang makan nangka, kamu yang kena getah," ucap Kiai Masruh dengan nada suara yang perlahan sekali. Semua yang ada di ruang tengah rumah menarik nafas lega. Malah saya lihat Haji Basilam tersenyum panjang.
"Tak mengapa, dengan izin Allah semuanya dapat kita selesaikan," sambung Kiai Masruh penuh keyakinan. Semua yang berada di situ anggukkan kepala.
Perlahan-lahan Kiai Masruh menjatuhkan tapak tangan kirinya dari bahu Syam. Hujung serbannya yang terjuntai di atas dada segera dibetulkan, diletakkan kembali atas bahu.
"Kita jumpa di masjid waktu maghrib, lepas sembahyang Isyak saya beritahu apa yang patut kita buat," begitu mengejutkan Kiai Masruh menamatkan ucapannya, membuat yang hadir di situ terpinga-pinga.
Kiai Masruh segera bangun dan bersalaman dengan Datuk. Haji Basilam, Andi Kamarool, Syam dan saya. dengan diiringi ketua kampung dan Pak Imam, Kiai Masruh menuju ke pintu.
"Kami balik," tutur Pak Imam dan ketua kampung serentak.
"Terima kasih kerana sudi datang," balas Haji Basilam.
"Jangan lupa, jumpa di masjid," Pak Imam tepuk bahu datuk.
"Dengan izin Allah, kami sampai," jawab datuk selamba.
"Saya yakin, awak boleh mengawal budak ni, berusahalah dengan sebaik mungkin. Jangan sampai dia lari ke rumahnya," bisik Kiai Masruh pada datuk. Bersama senyum yang lebar, datuk anggukkan kepala. Datuk memanfaatkan segala kebolehan yang ada dalam dirinya untuk mengawal gerak-geri dan tingkah laku Syam.
Saya dilantik oleh datuk sebagai pengawal peribadi Syam. Di mana Syam berada, di situ saya berada. Apa yang menguntungkan, gerak balas Syam terhad di dalam rumah sahaja. Dia tidak dibenarkan oleh datuk keluar rumah, bagi yang menghalang perbuatannya itu daun sirih bertemu akar dan daun buluh berbatang kuning, diletakkan bertindih tiga di muka pintu. Tetapi, andainya Syam bertindak agak keterlaluan, Andi Kamarool bersedia membantu saya. Apa yang merisaukan hati saya, bila datuk dan Haji Basilam pergi ke masjid untuk sembahyang Zuhur dan Asar. Mujurlah, kerisauan atau kebimbangan itu tidak terjadi.
Bila tiba sampai waktu Zuhur, saya ajak Syam berjemaah , begitu juga sampai waktu Asar. Dia tidak menolak,malah bersikap baik danramah dengan di Kamarool yang turut berjemaah sama.
Makhluk Halus Dalam Darah
WALAUPUN waktu solat maghrib masih jauh, lebih kurang tiga jam lagi. Tetapi, saya dan Andi Kamarool sengaja pergi awal ke masjid kami berpendapat dari duduk di rumah, terlentang tertiarap, lebih baik duduk di masjid. Boleh juga membelek-belek kitab lama tulisan jawi.
Dengan berbuat demikian, dapat menambahkan pengetahuan tentang hukum-hukam yang ada hubungkaitnya dengan ilmu agama. Mana yang tidak faham atau ada perkara yang meragukan, bolehlah dirujukan kepada datuk atau Haji Basilam.
"Bahasa kitab lama berbelit-belit. Ejaannya masih ejaan lama," tutur Andi Kamarool.
"Datuk dan Haji Basilam, boleh menolong," sanggah saya sambil menghayunkan langkah di bawah sinar matahari petang yang kian redup.
"Betul cakap kamu Tamar."
"Mereka berdua orang tua yang banyak pengalaman."
"Kita ni orang apa Tamar."
"Kita orang muda yang serba tak tahu, mesti belajar supaya tahu," kata saya. Dan kami segera ketawa.
Langkah menuju ke masjid dipercepatkan. Bila sampai di halaman masjid, apa yang direncanakan dalam kepala menjadi sebaliknya. Kami, berhadapan dengan kumpulan anak-anak muda dengan kegiatan masing-masing.
"Andi!"
Langkah Andi Kamarool terhenti, begitu juga dengan langkah saya.
"Kenapa Tamar."
"Kita patah balik, aku takut terjadi sesuatu yang tidak baik Andi."
"Aku tidak berfikir begitu, kita mencari persahabatan, bukannya musuhnya Tamar."
"Aku bimbang Andi."
"Lapangkan hati, otak dan perasaan kamu Tamar. Ayuh."
Andi Kamarool menyambung kembali langkah yang terhenti. Saya tiada pilihan lain, terpaksa akur dengan kemahuan Andi Kamarool. Dan kami kian menghampiri kawasan masjid.
Di halaman masjid yang berumput pendek, sekumpulan anak muda sedang bermain sepak raga. Mereka menyambut kehadiran kami dengan ramah sekali. Malah mempelawa kami agar turut serta dalam kumpulan mereka. Manakala di sudut kanan surau, kelihatan sekumpulan anak muda menjalankan kegiatan latihan ilmu mempertahankan diri atau seni silat dengan diawasi oleh seorang guru berbadan tegap.
Si guru duduk atas tunggul kelapa, tidak memakai baju. Kedua-dua belah lengannya dililit dengan secebis kain berwarna kuning. Wajahnya serius bercampur bengis. Ketika saya merenung ke arahnya, secara tidak sengaja pandangan kami bertembung. Dia meluahkan senyuman keramahan, wajah yang serius dan bengis tenggelam dalam senyuman yang manis macam senyum P. Ramlee dalam filem Bujang Lapok.
Senyum yang diberi saya sambut dengan anggukkan. Kerana tertarik dengan langkah dan buah silat yang dipamerkan oleh anak-anak muridnya, saya memutuskan untuk berada di tepi gelanggang. Duduk bersila di bangku panjang yang disediakan di situ.
"Kamu mahu duduk di sini, Tamar?" Tanya Andi Kamarool.
Saya segera anggukkan kepala.
"Aku mahu ke gelanggang sepak raga," susul Andi Kamarool lagi.
"Silakan."
"Jadi, kamu tak mahu ikut aku Tamar."
'Tak mahu," kata saya tegas.
Andi Kamarool pun ubah haluan, dia melangkah lemah menuju ke gelanggang sepak raga. Saya tahu, dia memang ininat dengan permainan tersebut. Biarlah Andi Kamarool dengan halnya sendiri, bisik batin saya.
BERAKHIR
SELURUH perhatian, saya tumpukan ke gelanggang silat. Dari hujung mata saya dapat mengesan gerak geri si guru di atas tunggul kelapa. Di samping melihat anak-anak muridnya, dia juga melihat gerak-geri saya, terutama cara saya duduk bersila, gerak badan saya pada setiap kali anak muridnya melakukan serangan. Saya cuba menghadkan gerak-geri, agar jangan ketara dimata guru silat. Ternyata usaha itu kurang berhasil.
Latihan di gelanggang pun berakhir, tanpa saya duga, setelah anak- anak muridnya bersurai. Si guru silat mendekati saya. Pasti, perasaan saya jadi gementar dan cemas. Bermacam-macam perkara buruk muncul dalam kepala.
"Anak tahu silat?" Tanyanya.
Saya gelengkan kepala.
"Jangan berbohong, cara anak duduk bersila serta gerak mata melihat orang bersilat. Juga bentuk tubuh anak ini, sudah cukup menerangkan yang anak ada isi," tambahnya dalam nada suara yang lembut.
"lya, tahu sikit-sikit saja," saya menjawab.
"Begitulah, bersikap jujur."
"Ilmu saya tidak setinggi mana."
"Tapi, cukup untuk diri saya."
Perlahan-lahan saya anggukkan kepala. Si guru silat senyum sambil memusingkan tubuhnya membelakangi saya. Kami melangkah mengikuti tujuan masing-masing. Pandai dia membaca rahsia diri, bisik batin sambil mempercepatkan langkah untuk mendapatkan Andi Kamarool di gelanggang sepak raga.
Dalam suasana langkah yang rancak itu. Gerak hati bagaikan mcmberitahu ada sesuatu yang bakal muncul cara mendadak. Jadi, harus berhati-hati. Bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Sukar untuk menduga dari arah mana bencana akan menjelma. Secara mendadak, saya bagaikan mendengar bunyi gumpulan ombak yang dutung dari arah belakang.
Dengan secepat kilat menoleh. Memang diluar dugaan dan mengejutkan. Guru silat melakukan serangan. Kerana belum bersedia, membuat saya jadi kelam-kabut.
Tetapi, saya berjaya mengelak dan menolak buah silat yang ditujukan betul-betul ke arah dada. Kalau sasaran itu tepat, pasti jatuh terlentang dan darah keluar dari mulut. Akibatnya, saya boleh mengidap penyakit batuk darah. Mujurlah serangan itu dapat saya atasi.
Guru silat tersasar ke kanan, tidak berjaya mengimbangi kedudukan badannya. Dia jatuh, bagaikan kilat dia bangun, seolah-olah tidak jatuh tetapi, bagi orang yang tajam pandangan dan tahu gerak silat dapat mengesan kelemahan itu. Apa yang berlaku menarik perhatian beberapa orang anak muda di gelanggang sepak raga. Andi Kamarool segera meluru ke arah saya.
"Kenapa Tamar?" Tanyanya cemas.
"Aku diuji Andi."
"Siapa yang menguji kamu, Tamar."
"Akulah yang mengujinya," sahut si guru silat yang berdiri di kanan. Dia menghulurkan tangan. Saya sambut dengan ikhlas. Kemudian dia memeluk tubuh saya kemas-kemas. Orang-orang yang berada di sekeliling segera bertepuk tangan.
"Maafkan saya kerana menyusahkan kawan awak," si guru silat renung muka Andi Kamarool. Saya lihat Andi Kamarool anggukkan kepala. Beberapa detik kemudian mereka berjabat salam.
"Saya tahu awak cuma mahu menguji, bukan begitu?" Tanya Andi Kamarool.
"Iya, memang betul apa yang awak kata, orang berilmu harus diuji, barulah boleh disukat tinggi rendah ilmunya," tingkah guru silat. Saya dapat menerima alasan yang diberikan, saya tidak marah malah tidak menyimpan rasa dendam dalam hati.
"Anak memang cekap memanfaatkan gerak hati pemberian Allah untuk melindung diri. Memang, serangan yang dibuat, serangan maut. Kalau kepalang orang, pasti terima padahnya. Sengaja serangan itu aku atur dari arah yang baik, tujuannya sekadar menguji, kalau aku tewas, tidak membawa maut, begitu juga dengan kamu," siguru silat memberikan penjelasan.
"Saya faham, cuma untuk menguji, kalau betul-betul maut saya," nada suara saya lemah yang diakhiri dengan senyum. Serentak Andi Kamarool dan guru silat ketawa.
CERAMAH
SETELAH menunaikan sembahyang maghrib, kami berpeluang mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh Kiai Musroh berhubung dengan seksa kubur. Sungguh memikat dan berkesan di hati cara Kiai Musroh menyampaikan ceramah. Pandai sungguh dia memainkan emosi pendengar. Dia boleh membuat pendengar menangis dan ketawa.
Selepas menunaikan sembahyang Isyak, lagi sekali Kiai Musroh membuat kejutan. Dia mengumumkan pada para jemaah, mulai malam esok akan diadakan pembacaan yassin selama tujuh malam yang dituruti dengan solat Qiamullai yang bertujuan untuk pengampunan dosa arwah isteri Syam. Terbukti, pengumuman tersebut menyebabkan Syam jadi marah. Dia merasa malu.
Pada hemat saya perkara itu, adalah masalah peribadi yang tidak wajar dihebahkan kepada umum, meskipun niatnya baik.
"Kurang ajar, kiai ini mahu memalukan aku," bentak Syam dan bersedia untuk melakukan sesuatu kepada Kiai Musroh.
"Jangan Syam," tahan datuk.
"Kenapa pakcik tahan saya, dia dah keterlaluan. Saya tak dapat terima perkara macam ni."
"Syam kawal perasaan kamu, memang inilah caranya untuk menolong dan menyelamatkan harta benda arwah isteri kamu."
"Ikut saja cakap Kiai tu, Syam. Niatnya baik, bukan mahu menjahanamkan kamu," Haji Basilam turut menenangkan keadaan.
Syukur pada Allah, Syam anggukkan kepala. Dia terima nasihat datuk dan Haji Basilam. Tiada seorang pun para jemaah di dalam masjid membangkang cadangan Kiai Musroh. Semuanya setuju. Para jemaah pun meninggalkan masjid dengan wajah yang tenteram.
"Tunggu."
Datuk menoleh ke arah suara itu. Belum pun sempat datuk membuka mulut, ketua kampung segera menerkam ke arahnya. Serentak dengan itu juga Kiai Musroh menghampiri datuk.
"Jangan bagi budak itu balik, bermalam di rumah arwah isterinya. Aku yakin kamu boleh mengawalnya," bisik Haji Musroh.
"Berapa lama?" Tanya datuk.
Tiada jawapan dari Kiai Musroh, dia renung muka ketua kampung dan Pak Imam, seolah-oalah minta bantuan bagi mengatasi masalah sekecil ini.
"Begini saja," ketua kampung tepuk bahu Pak Imam," kamu (pak imam) Kiai Musroh pergi ke rumah mereka, di sana boleh bercakap panjang, bercakap disini tidak berapa baik, ramai orang yang mendengarnya, malu pula si Syam," sambung ketua kampung sambil merenung muka datuk, Haji Basilam, Syam, Andi Kamarool dan saya.
"Satu cadangan yang baik," celah Syam tanpa rasa malu.
"Saya setuju dengan cadangan itu, banyak perkara yang mahu saya cakapkan," Kiai Musroh meluahkan rahsia hatinya.
"Kalau begitu, kita berpisah saja di sini. Biar saya balik dulu," ketua kampung minta diri.
"Silakan tuk ketua," bersama senyum ketua kampung bersuara.
Ketua kampung pun keluar dari kumpulan kami, melangkah pulang ke rumah ikut jalan pintas di rusuk kanan masjid. Kami pun turut bergerak meninggalkan halaman masjid. Sepanjang jalan pulang, kami tidak banyak bercakap tetapi langkah kami tidak mengenal perkataan perlahan atau lambat.
Saya kira bila sampai di rumah, banyak perkara yang akan dilakukan oleh Kiai Musroh untuk menangani masalah diri Syam. Setidak-tidaknya dia akan bercakap panjang dengan Syam di samping membaca doa mentera untuk menghalau makhluk halus yang diduga sudah bersatu dengan darah dan semangat Syam. Apa yang saya andaikan tidak pula menjadi kenyataan. Kiai Musroh hanya memberikan beberapa potong ayat suci untuk dibaca oleh Syam semasa mahu tidur, ketika terkejut dari tidur (jaga malam) serta semasa mahu bangun tidur.
HUJUNG
TOLONG tengokkan dia, tegur dan betulkan bacaannya yang salah."
"InsyaAllah, Pak Kiai," datuk anggukkan kepala.
"Saya nak tanya Pak Kiai" Haji Basilam bersuara.
"Silakan haji."
"Berapa lama si Syam tak boleh balik dan tidur di rumahnya?"
"Inilah yang mahu saya terangkan. Dia boleh balik ke rumah tetapi, mesti ditemani, tidak boleh balik seorang diri. Masa yang boleh dia balik ke rumah arwah isterinya pada sebelah pagi."
"Pukul berapa Pak Kiai," datuk ajukan pertanyaan.
"Antara pukul tujuh membawa ke pukul lapan pagi. Dia tidak boleh tidur di rumah sendirian, mesti berkawan. Larangan ini berjalan selama tujuh hari tu)uh malam."
"Ertinya, selama pembacaan yassin diadakan?" Tingkah Pak Imam.
"lya," angguk Pak Kiai.
"Kalau dah macam itu peraturannya, apa gunanya saya balik ke rumah waktu pagi, tak dapat nak buat apa-apa. buang masa saja," Syam memperlihatkan sikap panas barannya.
Kiai Musroh mendengar pertanyaan yang diajukan oleh Syam. Dengan perlahan-lahan hujung jari kelingking Kiai Musroh mengaru hujung dagunya yang nampak berlekuk. Perlahan-lahan dia mengangkat muka, hingga sepasang anak matanya bertemu dengan sepasang anak mata Syam. Saya lihat Syam agak tergamam dengan apa yang berlaku. Kiai Musroh tetap tenang dan senyum. Anak matanya tetap terpaku ke wajah Syam.
"Begini Syam."
Kiai Musroh memperkemaskan silanya. Semua yang berada diruang rumah menumpukan perhatian ke arah Kiai Musroh. Berdebar, menanti ungkapan yang bakal diluahkan oleh si Kiai yang satu ini.
"Tujuannya untuk kamu melihat apakah ulat-ulat dan anai-anai itu bertambah atau kekurangan. Kalau kurang, ertinya usaha kita diberkati Allah, kalau bertambah atau tidak kurang, ertinya tidak diberkati dan kita terpaksa berikhtiar. Sebagai orang Islam, kita disuruh berusaha dan berikhtiar. Kita ditegah berputus asa," dalam nada suara yang lembut Kiai Musroh meluahkan penerangan.
"Hummmm. begitu," berkali-kali Syam anggukkan kepala.
"Kamu faham dan puas hati sekarang Syam membayangkan keyakinan yang tidak berbelah bagi. Semua yang berada dalam rumah menarik nafas lega mendengar pengakuan daripada Syam. Jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah semakin cerah.
DINGIN
SHAKA eengkerik di luar rumah, jelas kedengaran. Begitu juga dt'iigan deru angin yang menyentuh dedaun pokok. Dingin malam kian terasa mengigit kulit. Andi Kamarool panjangkan leher, melihat jam tua yang tergantung di dinding.
"Dah pukul dua belas," bersuara.
Saya mengangguk.
"Ada lagi perkara yang mesti dibuat," ujar Kiai Musroh yang berjanggut sejemput, bermata tajam dengan sepasang kening yang berbulu lebat. Biji mata datuk dan Haji Basilam terpaku ke wajahnya, begitu juga dengan Pak Imam.
"Apa dia yang lagi satu tu, Pak Kiai?" Syam bertanya.
"Satu perlima dari harta peninggalan si mati harus digunakan ke jalan Allah." jawab Kiai Musroh dengan wajah serius. Matanya tetap menyorot muka Syam yang tunduk merenung lantai.
Lebih dari tiga minit suasana dalam rumah terasa sepi sekali. Tiada sesiapa pun yang membuka mulut. Kerana tiada sesiapa yang bertanya, Kiai Musroh menganggap kerjanya sudah selesai. Perlahan-lahan Kiai Musroh membuka sila dan terus bangun. Beberapa detik kemudian Pak Imam juga turut bangun.
"Maafkan saya, biar kami balik dulu. Pak Imam dah mengantuk nampaknya," begitulah, sambil memicit-micit pergelangan tangan kanan Kiai Musroh bersuara.
Seluruh perhatian tertumpu kepada Pak Imam yang menggeliat semacam. Sungguh lucu serentak dengan itu berderai suara ketawa, menjadikan suasana dalam rumah agak meriah. Akhirnya, semua yang duduk segera bangun, lalu mengiringi Pak Imam dan Kiai Musroh melangkah ke muka pintu. Dan berdiri di situ.
TAMAK
"SEMASA hayatnya, si mati terlalu tamak mengumpul harta hinggakan hak orang di rampas, kedekut pula tu. Tidak mahu membagi-bagikan hartanya walaupun sedikit untuk tujuan amal, menolong orang susah jauh sekali," tanpa diduga Kiai Musroh mengungkapkan kata-kata yang ditujukan untuk Haji Basilam dan datuk. Dan untuk sekian kalinya, Haji Basilam dan datuk angguk kepala, macam belatuk mematuk batang pokok yang mati meragan.
Kiai Musroh dan Pak Imam pun melangkah bendul rumah. Akhirnya, mereka hilang daripada pandangan. Hilang ditelan kegelapan malam yang kian mengisut ke dinihari.
Saya diarahkan oleh datuk supaya tidur sebilik dengan Andi Kamarool dan Syam. Sebilik dengan Andi Kamarool, tidak menjadi masalah, perkara begitu sudah biasa dilakukan. Tetapi, dengan Syam menimbulkan bermacam-macam persoalan dan prasangka yang bukan-bukan. Apakan daya, arahan datuk tidak mampu dibantah. Sama ada suka atau tidak mesti diterima.
Berakhirnya Sebuah Kutukan
DI saat saya terjaga malam, kira-kira pukul dua. Perlahan-lahan saya buka pintu bilik, saya dapati datuk sedang melakukan sembahyang tahajud di ruang rumah. Setelah daun pintu bilik dirapatkan, terdengar dengkur Andi Kamarool. Syam tidak berdengkur tetapi, saya yakin dia tidur dengan nyenyak sekali. Syukur, saya tidak mengalami sebarang kejadian, tidak diingini sepanjang malam.
PATUH
BEGITULAH, semua syarat dan nasihat yang dianjurkan oleh Kiai Musroh dipatuhi oleh, Datuk dan Haji Basilam tetap mengawasinya. Kalau ada yang salah dibetulkan, kalau ada yang terlupa diingatkan. Pokoknya, sama ada Syam, Haji Basilam, datuk malah saya dan Andi Kamarool berusaha mahu membebaskan Syam dari kehidupannya yang serba tidak kena. Dalam erti kata Iain, hidupnya terseksa dan tertekan.
Sudah diputuskan oleh Haji Basilam dan datuk, saya dan Andi Kamarool diberikan tugas, setiap pagi mesti menemani Syam pergi ke rumah arwah isterinya. Sebelum pergi, saya diwajibkan mengerak-gerakkan otot-otot sendi serta memanaskan badan dengan melakukan senaman silat bersama Andi Kamarool.
Bila badan sudah berpeluh dan tubuh terasa segar, barulah boleh menemani Syam. (Tugas ini dilakukan setelah mcmbaca yassin pada sebelah malamnya di masjid). Andainya, ada perkara-perkara baru atau tambahan yang mesti kami lakukan, Pak Kiai Musroh akan memberitahu datuk atau Haji Basilam untuk disampaikan kepada kami berdua (Saya dan Andi Kamarool) tanpa pengetahuan Syam.
Pagi pertama mendatangi rumah arwah isteri Syam, ternyata tidak terdapat sebarang perubahan. Ulat-ulat pemakan bangkai dan anai-anai masih banyak. Tidak ada tanda-tanda akan berkurangan. Malah anai- anai yang melata di lantai nampak agresif sekali, bersedia menyerang kami, andainya terpijak lantai yang dikuasainya. Pagi yang kedua, keadaannya seperti pagi yang pertama.
Pagi yang ketiga terdapat sedikit perubahan, jumlah serangga mula berkurangan, tidak ganas seperti pagi-pagi sebelumnya. Serangga yang menjijikkan itu bagaikan muncul dari perut bumi atau datang bersama hembusan angin. Pagi Keempat dan kelima jumlahnya bertambah susut.
Pada pagi keenam, jumlahnya boleh dihitung dan pada pagi yang ketujuh serangga tersebut tidak kelihatan langsung. Hilang entah ke mana. Seolah-olah hukuman itu telah berakhir untuk keluarga Syam. Keikhlasan dan niat baik dihati Syam, agaknya diberkati oleh Allah, maka ulat-ulat pemakan bangkai dan anai-anai terus lenyap.
Pada sebelah petang hari yang ketujuh, Kiai Musroh mengajak kami semua meninjau keadaan sekitar kawasan rumah arwah isteri Syam. Terbayang kepuasan di wajah Pak Kiai Musroh dan dia yakin dengan kuasa Allah, kejadian yang menakjubkan itu tidak akan hadir lagi dalam hidup Syam.
"Jangan kamu lupa atau lalai membahagi-bahagikan harta bekas isteri kamu seperti yang telah diputuskan," Kiai Musroh renung muka Syam, dibawah sinar matahari petang yang kian meredup.
Syam tunduk merenung tanah.
"Sesungguhnya, apa yang kita lihat mungkin merupakan gambaran nyata hukuman bagi seseorang yang sangat kedekut atau enggan menyumbangkan sedikit hartanya untuk beramal ke jalan Allah," Haji Basilam bersuara tenang.
"Entahlah, Wallah hu alam. Itu semuanya kerja Allah yang maha mengetahui dan maha kuasa. Tetapi, kamu semua nampak. keadaan rumah ini sudah seperti sediakala."
"lya, Pak Kiai," jawab kami serentak.
"Jadikan semuanya ini sebagai pedoman. Ingatlah, Allah itu maha benar dengan segala janji-janjiNya. Apa juga yang dikehendakinya akan nyata terjadi didepan mata kita selaku makhluk ciptaanNYA," kata kiai Musroh sambil mengajak kami semua meninggalkan kawasan halaman rumah arwah isteri Syam.
"Bila semua syarat sudah ditunaikan, bolehkah saya tinggal di situ," sambil melangkah Syam kemukakan pertanyaan.
"Sudah tentu boleh, tapi " Kiai Musroh berpaling ke arah Haji Basilam. 'Tapi dengan syarat, kamu mesti bergaul dengan orang-orang kampung, selalu berjemaah di masjid. Rajin bersedekah ke jalan Allah," sambung Kiai Musroh.
"Lagi?" Datang lagi pertanyaan dari Syam.
"Buangkan semua barang-barang yang digunakan oleh bekas isteri kamu sebagai tempat pemujaan. Kalau kamu takut melakukannya, minta tolong pada orang lain."
"Pada siapa Pak Kiai," Syam bagaikan tidak sabar.
"Dengan dua orang ini," jari telunjuk Kiai Musroh menuding ke arah datuk dan Haji Basilam.
"Dengan izin Allah, kami bersedia membantunya," datuk meluahkan sebuah ikrar.
'Tolong dan bantu dia sebelum kamu balik ke tempat asal kamu," sudah jelas kata-kata yang dituturkan oleh Kiai Musroh untuk Datuk. Buktinya, sambil bercakap Kiai Musroh terus menepuk bahu datuk berkali-kali.
"InsyaAllah..." janji datuk yang disambut dengan ceria oleh kawan- kawan dikelilingnya.
ARAHAN
MENGIKUT jadual berikutnya, (hari yang ketujuh belas) Syam boleh tidur di rumah bekas isterinya tanpa ditemani oleh sesiapa. Tetapi, atas permintaan Syam serta arahan datuk, saya dan Andi Kamarool diperintahkan supaya menemani Syam bermalam di rumah bekas isterinya selama satu minggu. Macam selalu, arahan datuk tidak ditentang.
Setiap pagi, bila pulang ke rumah penginapan. Saya terpaksa berhadapan dengan Haji Basilam dan datuk. Mesti menjawab segala pertanyaan yang diajukan kepada kami.
Memang membosankan. Kenapa tidak ditanya kepada Syam? Bukankah ini masalah dirinya? Mengapa saya dan Andi Kamarool mesti terkena getahnya. Sayangnya, persoalan itu hanya berlegar-legar dalam dada, tidak pernah diluahkan kepada datuk atau Haji Basilam.
Antara pertanyaan yang sering diajukan kepada kami pada setiap pagi ialah:
"Apa yang kamu kamu berdua rasakan semasa berada di dalam rumahnya waktu malam?"
"Apa benda-benda pelik yang menganggu kamu berdua?"
"Apakah Syam tidak buat perangai yang menakutkan?"
"Dia tidak mengingau atau berjalan malam?"
"Ada tetamu malam yang tidak diundang datang?"
Jawapan pasti yang kami berikan atas pertanyaan tersebut ialah: TIDAK ADA.
Memang benar, kami tidak mengalami sebarang kejadian yang tidak diingini, semasa berada dirumahnya sepanjang malam. Saya yakin (mungkin Andi Kamarool juga sama seperti saya) jawapan itu akan menamatkan tugas kami menemani Syam. Apa yang saya harapkan tidak menjadi kenyataan.
"Sambung tugas tu lagi," kata datuk.
Biji mata saya dan Andi Kamarool terbeliak. Tiba-tiba saja saya rasakan dahi berpeluh dingin di bawah sinar matahari pagi yang meninggi segalah. Memang diluar dugaan, dipagi terakhir tugas, menyusul pula arahan atau tugas baru.
"Sampai bila?" Tanya Andi Kamarool dalam nada protes.
"Dua minggu lagi."
"Dua minggu lagi," Andi Kamarool terkejut.
"Iya," angguk datuk.
Saya dan Andi kamarool saling berpandangan.
Bila saya alihkan pandangan ke arah Haji Basilam, dia tersenyum lebar. Pasti dua manusia tua dihadapan kami sudah berpakat, fikir saya dalam hati.
"Andi, Tamar dengar sini."
Lagi sekali wajah Haji Basilam jadi sasaran biji mata saya dan Andi Kamarool. Macam selalu. sebelum melanjutkan kata-kata dia senyum mesra ke arah kami.
"Ada apa Pak Haji," kami menyoal serentak.
Haji Basilam yang masih duduk di anak tangga ketiga meluruskkan kaki kananya. Manakala datuk yang berdiri disisi merenung ke arah matahari pagi yang kian meninggi.
"Ini juga pengalaman, sesuatu yang baik untuk kamu berdua. Bila banyak pengalaman boleh dijadikan contoh teladan dalam hidup. Boleh dijadikan bahan cerita untuk anak cucu kamu," kata Haji Basilam yang diakhiri dengan ketawa kecil.
Sesungguhnya Andi Kamarool kurang senang dengan cara ketawa Haji Basilam itu. Pada pendapatnya, ada unsur-unsur mengejek. Andi Kamarool menyatakan protesnya dengan menjuihkan bibirnya ke depan.
ALASAN
TIDAK ada sebarang alasan yang boleh dikemukakan kepada datuk bagi menolak perintah barunya itu. Melainkan menerima sahaja dengan mengangguk, tanda setuju sambil mensifatkan perkara tersebut adalah sebuah cabaran yang mesti dijawab.
Syukur pada Allah, tempoh dua minggu yang ditetapkan, kami lalui dengan aman dan jaya sekali. Semuanya berjalan lancar. Syam makin berani, makin percaya pada diri sendiri. Dia tidak mahu kami menemaninya lagi, pada malam-malam berikutnya.
"Mula malam esok, tak payahlah Andi dan Tamar menemani saya bermalam di rumah," secara terang-terangan Syam memberitahu datuk dan Haji Basilam.
"Kamu berani?" Sergah Haji Basilam.
"Berani."
"Kamu tak takut, makhluk halus."
"Tidak."
"Habis apa yang kamu takut?"
"Apa yang saya takut ialah Allah. Dia maha besar dan berkuasa, padaNYA saya minta perlindungan."
"Alhamdulillah," pekik Haji Basilam sambil meluru ke arah Syam. Ttibuh Syam dipeluknya dengan kemas. Beberapa minit kemudian datuk juga turut berbuat demikian.
Meskipun Syam sudah pulih dari gangguan makhluk halus, akibat dari perbuatan bekas isterinya. Datuk tidak mahu terburu-buru meninggalkan Syam. Hasrat hati segera dinyatakan kepada Haji Basilam.
"Kenapa? Kurang yakin dengan dirinya?"
"Hati aku macam keberatan meninggalkannya. Kalau aku berbuat begitu macam ada sesuatu yang tidak sempuma dalam tugas aku, macam ada sesuatu yang buruk menanti," datuk berterus terang dengan Haji Basilam.
"Jadi apa yang mahu sahabat lakukan?"
"Begini haji, aku nak duduk dua minggu lagi, agaknya kamu tak marah rancangan aku ni."
"Kenapa nak marah kalau tujuannya baik, kurang tapak tangan nyiru saya tadahkan," Haji Basilam nampak serius.
"Dalam masa dua minggu itu, aku minta kamu membantu aku mengawasi gerak- geri si Syam, secara terperinci."
"Perkara itu, tidak menjadi masalah," kata Haji Basilam sambil menepuk bahu datuk. Kemudian serentak minum kopi petang yang saya sediakan.
Masa dua minggu itu dimanfaatkan oleh datuk dengan sebaik mungkin. Dua puluh empat jam, semua gerak-geri Syam diawasi dengan teliti. Rupa-rupanya rancangan datuk itu direstui oleh Kiai Musroh. Apa juga yang bakal dilakukan oleh mereka bertiga (Datuk, Haji Basilam dan Kiai Musroh) tidak dihebahkan kepada saya dan Andi Kamarool.
Dengan ditemani Haji Basilam, Kiai Musroh, Datuk sanggup pergi ke rumah Syam menjelang dinihari. Bertahan di situ hingga terbit bintang timur di kaki langit. Mereka gembira sekali, Syam sudah berubah.
Setiap malam bangun lalu melakukan sembahyang tahajud, menjelang subuh membaca Quran. Kemudian turun ke masjid berjemaah bersama orang-orang kampung. Namanya, mula disebut-sebut sebagai manusia yang pemurah.
Besok berakhirlah tempoh yang ditetapkan oleh datuk. Dalam rencana yang di atur, datuk akan meninggalkan kampung halaman Syam, selepas sembahyang subuh atau sebelum matahari pagi terbit, menuju ke Sungai Penuh.
Dari situ bersama Haji Basilam akan menuju ke rumah Mia (gadis harimau). Bagi melancarkan perjalanan, ketua kampung dan Pak Imam sudah pun mengatur kenderaan yang bakal digunakan.
DOA
MALAM itu, selepas sembahyang Isyak diadakan majlis doa selamat jalan dengan jumuan bubur kacang dan teh. Semuanya ini atas inisiatif ketua kampung dan Pak Imam. Doa selamat dibaca oleh Kiai Musroh.
"Sepatutnya, Haji Basilam tak perlu ikut mereka, tinggallah disini dua tiga bulan lagi, ini kampung laman awak. Buat apa ke mana-mana lagi," kata ketua kampung.
"Saya ada hal dengan anak angkat saya si Mia," jawab Haji Basilam sambil menghirup kopi. Serentak Pak Imam, Ketua kampung dan Kiai Musroh goyangkan kepala. Mereka menerima alasan yang diberikan oleh Haji Basilam.
Saya perhatikan, sejak dari sembahyang maghrib hingga ke waktu Isyak. Syam bagaikan tidak mahu berenggang dengan datuk dan Haji Basilam.
Wajahnya tidak begitu ceria. Tetapi, sering bertanya sesuatu sama ada kepada datuk atau Haji Basilam. Penduduk setempat yang ikut dalam majlis doa selamat jalan itu, memperlihatkan sikap ramah kepada saya dan Andi Kamarool, terutama pemuda yang sebaya. Malah mereka secara terang-terang menyatakan rasa senang hati terhadap saya dan Andi Kamarool.
"Begini saja, orang yang mahu meninggalkan kampung ini, diminta berdiri di muka pintu masjid. Tujuannya, bukan apa-apa, bagi memudahkan orang yang berada dalam masjid bersalaman, sebaiknya mereka berdiri sederet," ketua kampung menghamburkan cadangan.
"Satu cadangan yang baik, kami setuju," sahut seorang jemaah dari sudut sebelah kanan masjid.
"Allah huakbar," kata seorang jemaah lagi lalu disambut beramai- ramai oleh jemaah yang lain. Saya lihat ketua kampung tersenyum puas. Anak buahnya tidak menolak cadangan yang dianjurkannya.
Di tengah-tengah gema suara takbir yang menguasai ruang masjid, saya terus menyelinap ditengah-tengah para jemaah menuju ke pintu masjid dan berdiri di situ. Tidak lama kemudian, datuk, Haji Basilam dan Andi Kamarool menyusul.
Seorang demi seorang para jemaah bersalaman dengan kami, malah ada yang memeluk kami. Semuanya mendoakan semoga perjalanan yang bakal kami lalui akan terhindar dari sebarang malapetaka. Akhirnya, ruang masjid terus kosong. Dan orang terakhir menghulurkan salam kepada datuk ialah ketua kampung.
"Semuanya sudah diaturkan, lepas subuh ada kereta yang akan membawa kamu ke Sungai Penuh," kata ketua kampung.
"Bagaimana dengan bayarannya?" Haji Basilam bertanya, buat seketika ketua kampung kerutkan dahi, renung ke arah Pak Imam dan Kiai Musroh yang berdiri di sisinya. Bila ketua kampung renung ke arah Syam, saya lihat Syam anggukkan kepala, terukir senyum di kelopak bibir ketua kampung.
"Semuanya ditanggung oleh si Syam, tugas saya cuma mencarikan kereta saja."
"Dia tak mahu awak semua susah," Pak Imam mencelah.
"Subuh nanti jemaah di masjid bersama kami," Kiai Musroh renung muka Haji Basilam, seolah-olah minta sebuah kepastian yang tepat.
"Rasa-rasanya tidak, kami berjemaah di rumah," jawab Haji Basilam dengan rasa yakin.
"Kalau begitu, saya suruh drebar ambil awak di rumah, elok saja satu kereta, awak duduk di depan sebelah drebar," ketua kampung tepuk bahu kiri datuk," Haji Basilam, Tamar dan Andi Kamarool duduk di belakang," sambung ketua kampung. Dia mengatur kami duduk dalam kereta.
"Drebarnya orang muda ke atau orang tua?"
Pertanyaan saya itu membuat Pak Imam ketawa kecil.
"Kalau orang muda kenapa pula, kalau orang tua apa pula lebihnya," Kiai Musroh menghalakan pertanyaan kepada saya. Kemudian dia senyum sinis.
"Orang muda bawa laju, cepat naik darah tak fikir keselamatan penumpang. Orang tua sabar bawa kereta berhati-hati," itu alasan yang saya berikan. Semuanya mengangguk. Alasan saya memang lojik dan dapat diterima oleh semua pihak.
BERANGKAT
SETELAH menunaikan fardhu subuh, kami pun berangkat meninggalkan kampong halaman Syam. Pemandu kereta Fiat, berwarna merah hati, memperkenalkan dirinya sebagai ADI PUTRA, berusia sekitar lima puluhan. Berbadan kecil tetapi, raut wajahnya membayangkan dia seorang lelaki yang memiliki semangat waja.
Ada hubungan keluarga dengan Pak Imam. Anak saudara Pak Imam jadi isterinya. Bekas pelaut yang kini membuka kedai makan, kadangkala menjalankan khidmat kereta sewa di kalangan penduduk untuk perjalanan jauh. Tiada bayaran tetap yang dikenakan. Terpulang pada keikhlasan penyewa tetapi, minyak harus ditanggung oleh penyewa.
Di pagi yang dingin dengan kabus tebal yang menutup puncak gunung- ganang. Bukit-bukau Tanah Kerinci, kereta terus dipandu dengan cermat dan hati-hati oleh Adi Putra. Memang mempesonakan melihat matahari pagi muncul dicelah-celah pergunungan. Awan yang berarak lembut, bagaikan emas terhampar akibat terkena pancaran matahari yang kian membesar.
Tak Dapat Kawal Perasaan
SEPANJANG perjalanan hati jadi terhibur dengan telatah sipemandu. Bila melintasi sesuatu kawasan tanpa diminta, dia akan memberi penerangan tentang kawasan tersebut. Apa hasil utama tempat itu dan sejarahnya. Mata pencarian yang men jadi sumber rezeki penduduk di sini.
Andainya, kawasan atau daerah tersebut mempunyai tarian tradisional sendiri, dia akan mengerak-gerakkan leher meniru gaya tarian penduduk di situ. Begitu juga bila menyanyi, tanpa segan silu dia akan mendendangkan lagu asli daerah mengikut loghat bahasa disitu.
Habis bercerita tentang sejarah, ada budaya atau kawasan yang kami lalui. Dia akan bercerita tentang dirinya. Sipemandu bagaikan bernostalgia dengan dunia pelaut yang ditinggalkannya. Mulutnya tidak mengenal penat menceritakan kota pelabuhan yang disinggahinya.
Pelabuhan Singapura, Pulau Pinang, Kemaman, Kelang tetap tersenarai dalam ingatannya. Di samping beberapa buah pelabuhan terkenal di Eropah dan Afrika. Setiap pelabuhan dia akan mengakhiri waktu malamnya dengan mendakap wanita cantik. Berjudi dan mabuk, perkara lumrah buatnya.
"Seronok jadi pelaut bang," kata Andi Kamarool.
"Dunia pelaut penuh cabaran, keimanan dan hukum Allah dilanggar secara terang-terangan," jawabnya sambil memulas setering mengikut selekoh jalan ke kanan.
'Tetapi, kamu dapat pengalaman yang berharga. Dapat melihat dunia orang putih, dunia orang hitam dan dunia orang yang kulitnya serupa dengan kulit kita," Haji Basilam masuk campur dalam percakapan. Datuk hanya pasang telinga saja. Saya, terhibur dengan dialog-dialog yang dihamburkan oleh mereka.
"Betul, tapi…”si pemandu tidak meneruskan kata-kata. Dia menumpukan sepenuh perhatian terhadap kereta yang dipandunya. Sebuah lori datang dari depan dengan laju dan terpaksa berselisih disuatu selekoh yang sempat.
DIHIMPIT LORI
AKIBAT dihimpit oleh lori, dia terpaksa ke tepi dan empat tayar keretanya masuk ke dalam rumput. Melanggar lopak dan lubang tepi jalan. Semua yang berada dalam perut kereta tersengguk- sengguk.
"Drebar yang mementingkan diri sendiri, tak mahu fikir langsung tentang keselamatan diri orang lain," runggut pemandu sebaik sahaja kereta yang dipandunya berada semula diatas jalan raya.
"Jangan marah, syukur pada Allah kerana kita semuanya terselamat," datuk memberikan komentar. Semua yang ada dalam perut kereta anggukkan kepala.
"Kita sambung cerita saya tadi," cetus pemandu.
"Silakan," balas Haji Basilam.
"Memang betul jadi pelaut banyak pengalaman. Tapi, saya tidak mahu anak cucu saya jadi pelaut," tambahnya dengan wajah yang cukup tenang.
"Kenapa pula?" soal Andi Kamarool.
Panjang cerrtanya, cukuplah saya seorang saja yang mengalaminya. Biarlah kisah pahit manis pelaut menjadi rahsia diri saya," katanya dan terus mematikan cerita tentang dirinya.
Memang Adi Putra terjumlah dalam lelaki yang suka bercerita. Sikapnya itu, menjadikan dirinya popular dan amat disenangi oleh para penumpang keretanya. Buktinya, habis cerita tentang dunia pelaut, dia bercerita tentang pengalaman-pengalaman lucu yang pemah dialaminya. Saya dan Andi Kamarool ketawa terbahak-bahak dibuatnya. Walaupun tidak ketawa macam kami tetapi, Haji Basilam dan datuk tcrsenyum juga.
"Hidup ni, kalau terlalu serius cepat mati, kalau selalu ketawa tanpa sebab, nanti orang fikir kita gila pula," katanya.
HIDUP
"JADI, dalam hidup ini saya fikir kita buat scsuatu yang berpatutan, tidak melebihi had kebiasaan orang normal," saya cuba melibatkan diri.
"Betul, cakap kamu tu," sipemandu menegakkan ibu jarinya lalu berpaling ke arah saya.
"Tengok jalan, Adi," pekik Haji Basilam bila menyedari yang dipandu oleh Adi Putra makan jalan.
"Bertenang," jawabnya sambil menentukan haluan kereta yang dipandu berada di jalannya.
Telatah pemandu kereta Fiat yang agak gila-gila basa itu memang menghiburkan dan ada kalanya mencemaskan. Kerana sifat semulajadinya perjalanan yang jauh terasa dekat.
Sampai saja di Sungai Penuh, kami dibawa oleh Adi Putra ke sebuah restoran milik orang Minang. Besar dan luas, ada replika "rumah gadang" disudut restoran di samping lukisan minyak "Gunung Singgalang".
Setiap meja penuh dengan pelanggan. Restoran tersebut terletak di kawasan paling sibuk dan strategik. Tidak hairan, kenapa restoran tersebut jadi tumpuan.
"Ayuh kita makan pagi, sambung makan tengahari, semuanya percuma," Adi Putra berjenaka, meniru gaya loghat orang Minangkabau. Haji Basilam agak keberatan mahu masuk ke restoran.
"Bawa saja kami makan di warung," kata Haji Basilam.
"Tak boleh." Adi Putra membeliakkan biji mata.
"Kenapa pula? Ada pantang larangnya," sergah Haji Basilam.
'Tak ada pantang, apa yang saya buat ini atas arahan."
"Siapa pula yang mengarah kamu?" Pandai-pandai nak mengatur makan minum kami," datuk masuk campur.
Mungkin kerana tekanan suara datuk agak tinggi dan keras membuat Adi Putra tersintak dan terkejut. Saya dan Andi Kamarool saling berpandangan dengan harapan perkara ini tidak akan menjadi besar.
"Atas arahan ketua kampung, dia sudah beritahu tuan punya restoran, orang kampung kami, ada hubungan keluarga dengan isteri ketua kampung. Semua bayaran makan, Syam yang uruskan."
Penjelasan dari Adi Putra mengembirakan Haji Basilam dan datuk. Keraguan dan kesangsian yang terpamir di wajah, tidak kelihatan lagi.
"Kalau dah begitu, kita masuk saja," Haji Basilam cuit bahu datuk.
"Jum..." jawab datuk.
Semua melangkah ke perut restoran. Meja panjang di sudut restoran yang kosong segera kami isi.
Macam biasa, datuk hanya minum air putih. Haji Basilam dengan kopi pekatnya. Saya dan Andi Kamarool tidak melepaskan peluang. Kami makan dengan semahu-mahunya. Makanan yang disediakan memang menyelerakan.
Semasa kami menikmati makan pagi Adi Putra menemui seseorang di belakang restoran. Kemudian orang itu, (anak muda berusia sekitar tiga puluhan) diperkenalkan kepada kami sebagai pemilik restoran. Dia merasa bangga dan megah atas kedatangan kami.
PINGGIR
SEBAIK keluar dari restoran Minang, kami dibawa oleh Adi Putra ke sebuah perkampungan orang Melayu, etnik Batu Bahara di pinggir kota Sungai Penuh. Kami diturunkan didepan sebuah rumah papan (bentuknya macam rumah orang Melayu-Melaka)
Di hadapan rumah tersebut tersadai sebuah kereta FORD lama berwarna hitam. Adi Putra membunyikan honnya beberapa kali. Seorang lelaki berkulit hitam, berkepala separuh botak keluar dari rumah lalu mendekati Adi Putra.
"Kamu dah tahu Jamal."
"Tahu Adi, semalam aku diberitahu oleh orang perantaraan Kiai Musroh. Ada kamu bawa orangnya."
"Ada," jawab Adi Putra.
Cara mengejut saja datuk keluar dari perut kereta. Bila datuk keluar yang lain pun turut keluar sama.
Semasa bersalaman, Adi Putra mengambil kesempatan memperkenalkan kami dengan lelaki, separuh botak, berkulit hitam. Namanya, Jamal anak jati Kuala Tungkal, ayahnya berdarah India, ibunya melayu tulin.
"Jamal akan menguruskan perjalanan selanjutnya," Adi Putra memberitahu kami. Jamal anggukkan kepala sambil tersenyum. Muka kami satu persatu ditatapnya.
“Jangan bimbang saya disuruh oleh Kiai Musroh membawa awak kesenya kemana ang awak suka”
“Lagi apa yang dia beritahu awak.” tanya datuk
Tak ada apa-apa, Cuma itu saja.”
”Bayaran sewa dia tak cakap?” Haji Basilam bertanya.
Semuanya ditanggung oleh pihak Kiai.”
“Begitu,” suara datuk lemah.
Haji Basilam segera menarik tangan datuk ke arah pokok sawo matang. Berbincang sesuatu di situ. Bila datuk dan Haji Basilam berpatah balik pada Jamal, Adi putra minta didi untuk pelang ke kampungnya. Datuk mengucapkan ribuan terima kasih da mendoakan semuga perjalanannya tidak akan berhadapan dengan sebarang kecelakaan. Ketika kereta Adi Putra bergerak dan membelok di halaman rumah jamal kami melambai-lambaikan tangan kepadanya.
“Saya diberitahu semuanya mahu ke Jambi.” Dengan ramah jamal bersuara.
“Betul,” balas saya.
“Sila masuk”
“Tapi, kami tidak mahu terus ke sana Jamal.”
“Mahu ke mana pula?” Terbeliak biji mata Jamal renung muka Haji Basilam.
“Turunkan kami kerumah yang besar tepi jalan sebelum sampai ke Jambi,” ambah Haji Basilam.
“Ha……..,” mulut Jamal terlopong, mukanya nampak pucat. Dan dia mula ragu-ragvu dengan apa yang diucapkan oleh Haji basilam.
“Kenapa kamu terkejut?” Tanya Haji Basilam.
Tiada jawapan dari Jamal.
“Kamu sangsi dengan kami?” Andi Kamarool mula menyoal.
Macam tadi juga, tiada jawapan dari Jamal.
“Kamu tak mahu menghantar kami ke tempat tersebut?” Datuk minta kepastian. Jamal nampak serba salah. Sekejap renung muka saya, sekejap renung muka Haji Basilam.
“Cakap terus terang, mahu hantar atau tidak,” tekan datuk.
“Tidak pula berniat macam itu, masuklah.”
Tanpa membuang masa, saya dan Andi Kamarool segera menyelinap ke dalam perut kereta.
KERETA
Tidak lama berselang Jamal mengambil tempatnya sebagai pemandu. Datuk duduk disebelahnya. Haji Basilam duduk di kanan saya manakala sebelah kiri Andi Kamarool. Kalaulah saya tahu saya terpaksa duduk di tengah, tidaklah saya berebut-rebut masuk ke kereta.
Jamal segera menghidupkan enjin kereta. Dan sebuah perjalanan yang agak panjang tetapj, tidak menjemukan pun bermula. Seperti selalu saya lebih senang dan merasa bahagia menikmati keindahan alam semula jadi yang mempersonakan. Rupa-rupanya kegembiraan yang saya miliki tidak dapat mengatasi keriangan yang menyanyi dalam gelodak batin Andi Kamarool. Dia asyik tersenyum sahaja.
Barangkali secara diam-diam dia membayangkan dalam tempurung kepalanya yang Mia menanti ketibaannya di halaman rumah.
"Senyum saja nampaknya," usik saya. Tiada sebarang riaksi yang ditunjukkan oleh Andi Kamarool. Mungkin dia segan dengan Haji Basilam di sebelah saya atau dengan datuk di sebelah Jamal.
"Seronok jumpa Mia," bisik saya ketelinganya. Perlahan lahan Andi Kamarool angguk kepala. Ertinya, dia tidak marah. Saya hadiahkan senyuman untuknya. Tanpa diduga Andi Kamarool menyiku pangkal belikat saya.
Lucu sekali tindakkan Andi Kamarool dan saya tidak dapat menahan ketawa. Datuk pun menoleh ke arah saya tanpa bersuara.
"Kenapa ketawa," tegur Haji Basilam.
"Tak ada apa-apa," balas saya lemah.
Kereta yang dipandu oleh Jamal terus meluncur tenang. Pepokok dan bukit bukau dikiri kanan jalan raya menjadi mangsa mata saya.
HALAMAN
Sebaik sahaja kereta yang dipandu oleh Jamal melepasi pintu gerbang, memasuki kawasan rumah batu lama, kelihatan Mia berdiri di halaman rumah, dia memakai pakaian gaya puteri Acheh. Andi Kamarool di sebelah mula resah.
Dari jauh Mia nampak cantik dan ayu sekali. Angin yang bertiup mengerakkan kain tudung kepalanya.
"Siapa perempuan itu?" Tanya Jamal ragu-ragu.
"Pemilik rumah batu ini," jawab datuk di sebelahnya.
"Hummmmmmm "
Dari nada suara itu, datuk dan Haji Basilam dapat rasa bimbang yang bergolak dalam dada Jamal.
"Gadis itu manusia, bukan hantu atau jambalang. Agaknya, kamu banyak mendengar cerita yang kurang baik tentang rumah batu lama ini," Haji Basilam cuba mendamaikan perasaan Jamal.
"Memang, cerita tentang rumah ini memang menakutkan. Semua orang kata, penghuninya bukan manusia."
Datuk tersenyum mendengar cakap Jamal.
“Aku buktikan cakap mereka tak benar,” Haji Basilam menepuk bahu kiri Jamal penuh mesra.
Jamal hentikan keretanya betul-betul dihadapan Mia. Dengan cepat Mia menerkam lalu membuka pintu dan mempersilakan datuk turun. Tanpa diduga Andi Kamarool mendahului datuk. Tanpa membuang masa menghulurkan tangan dan Mia menyambutnya.
Tindakan Andi kamarool mengejutkan datuk dan dianggap kurang sopan. Tetapi,sebagai orang yang kaya dengan pengalaman mereka hanya tersenyum.
Menyedari perbuatannya ketertaluan, perlahan-lahan Andi Kamarool beredar dari sisi Mia mendekati saya yang tercegat dekat bonet kereta Fiat.
“Kamu ni tak sabar Andi," saya.mengusik. Andi Kamarool menelan air liur. Kemudian tunduk merenung rerumput di halaman. Rasa kesal terbayang dimukanya.
"Jangan marah, aku bergurau saja," saya menambah.
"Tak jadi hal, tak apa Tamar. Aku dapat mengawal perasaan. Entah mengapa, sejak di Sungai Penuh lagi aku terbayang-bayangkan mukanya," satu pengakuan yang jujur dan ikhlas dari Andi Kamarool.
Sesungguhnya, keikhlasan dan kejujurannya membuat saya terasa akan kehilangan sesuatu yang saya idamkan dalam hidup ini. Mia kian jauh dari saya. Mia mengiringi datuk masuk ke ruang tamu, semasa melintas didepan kami, Mia berhenti melangkah.
"Andi masuklah, jangan segan-segan," pelawa Mia.
Wajah Andi Kamarool kembali ceria. Dia segera mengekori datuk dan Mia masuk ke ruang tamu. Kerana Haji Basilam masih bercakap-cakap dengan Jamal, saya membatalkan hasrat mengekori mereka. Sebaliknya, saya mendapatkan Haji Basilam dan Jamal.
"Kamu sudah melihat dengan mata kepala kamu," Haji Basilam renung muka Jamal. Perlahan-lahan Jamal anggukkan kepala.
"Dia manusia, macam aku dan kami," tambah Haji Basilam," jadi kamu jangan percaya dengan cakap-cakap orang, dia anak buah aku."
"Maafkan saya kerana beranggapan buruk," Jamal memegang bahu kiri Haji Basilam. Mereka berpelukan. Gelagat dua manusia itu dalam perhatian saya.
"Masuk dulu, minum kopi,"
Saya menoleh ke arah Mia di belakang. Tidak sedar waktu bila dia tiba.
"lya, masuk minum dulu, Jamal," Haji Basilam mengajak.
'Terima kasifr, biarlah saya balik ke Sungai Penuh. Tugas saya habis di sini,"
Jamal masuk ke kereta lalu menghidupkan enjinnya.,Kereta bergerak dan membuat pusingan menuju ke pintu gerbang.
"Selamat jalan," kata saya sambil melambaikan tangan ke arah Jamal.
"Selamat tinggal, terima kasih."
Jamal membalas lambaian tangan kami. Sepasang anak mata hitamnya yang nakal menyorot wajah Mia yang kemerah-merahan dipanah matahari.
Kereta Fiat pun melepasi pintu gerbang. Berbeluk ke kanan menuju ke Sungai Penuh. Saya Haji Basilam, Mia melangkah menuju ke ruang tamu. Datuk dan Andi Kamarool menanti kami di situ.
ASAR
BILA sudah duduk semeja, bermacam-macam cerita timbul. Orang yang paling rancak sekali bercerita ialah Haji Basilam. Setiap peristiwa yang dilalui diungkap kembali kepada Mia. Sesekali Andi Kamarool mencelah. Walaupun tidak ada kisah, menarik disampaikan oleh Andi Kamarool, Mia tetap ketawa.
Setelah menunaikan sembahyang Asar, saya berehat di bangku antik dibawah pokok bunga tanjung. Andi Kamarool menghabiskan masa dengan bersiar-siar di kaki bukit menikmati kemerduan suara burung merbuk.
Kedatangan kali ini. saya terasa macam ada sesuatu perkara yang tidak diduga akan berlaku.
Sejak tiba, datuk dan Haji Basilam nampak sibuk sekali. Tidak putus- putus bercakap dan berbincang dengan Mia diruang tamu. Saya dan Andi Kamarool tidak pula diundang. Mereka seperti merahsiakan sesuatu daripada kami.
Dari bawah pokok bunga tanjung saya merenung ke arah ruang tamu. Mereka masih berbincang. Didorong oleh rasa ingin tahu, secara sembunyi-sembunyi saya bergerak ke arah tepi tingkap, mengikuti perbincangan mereka.
"Sudah kamu sampaikan pesan aku pada abang kamu," tanya Haji Basilam pada Mia
.
"Sudah ayah alang "
"Apa katanya?"
"Dia mengikut saja, baik kata ayah alang, baiklah untuknya."
"Kamu bagaimana, setujukah" Haji Basilam tatap anak mata hitam Mia. Ada senyum nipis di wajahnya dan akhirnya Mia mengangguk lembut. Haji Basilam dan datuk berbalas senyum.
Sebenamya, sepanjang minggu ini abang saya ada disini, minggu depan dia nak ke Jakarta," Mia membuka rahsia. Haji Basilam cukup gembira dengan berita tersebut, begitu juga dengan datuk.
"Di mana dia?" tidak sabar Haji Basilam ingin tahu.
"Pergi ke Sungai Penuh, sekejap lagi dia baliklah."
"Semuanya bagaikan diatur, bila ada abang kamu di sini semuanya jadi mudah. Malam ini kita selesaikan semuanya," Haji Basilam memberi kata muktamad.
Sebelum perbincangan itu selesai, saya segera lari ke bawah pokok bunga tanjung. Duduk di bangku antik. Fikiran saya kacau. Saya tidak dapat menangkap apakah perkara yang mereka bincangkan. Bagi mencari jawapannya saya terpaksa menunggu hingga waktu malam. Sementara menanti waktu tersebut dada saya terus berdebar.
Perempuan Berekor Harimau
SEBUAH kereta warna hitam masuk ke kawasan rumah balu lama dan berbenti di depan pintu. Seorang lelaki berbadan tegap, tingginya hampir enam kaki. Berkulit merah dengan rambut berombak disikat lurus ke belakang. Sekali pandang macam orang Belanda.
Mia dan Haji Basilam segera menyambutnya. Mereka beriringan masuk ke ruang tamu. Datuk diperkenalkan oleh Haji Basilam dan Mia kepada lelaki tersebut. Mia beredar ke niang dapur. Tinggallah Haji Basilam, lelaki gagah dan datuk di situ. Mereka bercakap dan berbincang dengan serius.
Setengah jam kemudian, Haji Basilam keluar dari ruang tamu terus ke tempat basikal. Saya berlari ke arahnya.
"Mahu ke mana naik basikal ni?" Tanya saya.
"Aku nak jemput orang kampung berdekatan. Lepas Isyak nak ada kenduri sikit."
"Siapa yang datang tadi," saya menyoal.
"Itulah abang si Mia."
"Abang Mia," ulang saya dengan rasa terkejut.
"Kenapa terperanjat? Usah banyak cerita. Bagi tahu Andi perkara ini, kamu berdua kena pakai kemas sikit*."
"Baik pak aji."
Haji Basilam dorong basikal kemudian melompal ke atasnyu. Dan basikal pun dikayuh menghala ke kampung berhampiran. Sebaik sahaja Haji Basilam hilang dari pandangan saya, Mia keluar dari pintu dapur.
"Mahu ke mana Mia," tanya saya sebaik sahaja dia melintas di depan saya.
"Mahu menjemput Haji Simpul datang ke rumah malam ni, ada kenduri aku juga nak pergi ke rumah Kak Sun." Mia meneruskan langkah yang terhenti.
Sejam kemudian, Mia kembali bersama Kak Sun dan beberapa orang wanita. Tidak lama selepas itu Haji Basilam pula balik. Dan keluar semula bersama datuk dan abang Mia dengan kereta berwarna hitam.
Saya tidak mahu ambil tahu ke mana mereka pergi. Itu bukan urusan saya. Tugas yang dibebankan oleh Haji Basilam pada saya ialah untuk mencari Andi Kamarool. Tugas itu masih belum saya laksanakan. Malah rasanya mahu menyusuri tepi bukit mencari Andi Kamarool.
Dengan rasa separuh hati, saya melangkah menuju ke arah kaki bukit. Kira-kira lima belas minit meninggalkan pokok bunga tanjung dan bangku antik, saya terserempak dengan Andi Kamarool yang terbaring di tepi busut jantan. Nafasnya, tercunggap-cunggap dan badannya dibasahi peluh.
Andi Kamarool bagaikan tidak nampak batang tubuh saya yang berdiri tegak dihadapannya.
"Andi," sergah saya.
Andi tidak menunjukkan sebarang reaksi. Walaupun sepasang biji matanya menyorot muka saya.
"Andi," jerit saya sambil mengoncang-goncangkan bahunya.
"Ah………"
LETIH
ANDI Kamarool seperti tersintak. Renung kiri, renung dengan wajah yang cemas dan takut-takut. Tiba-tiba dia melompat dan membuka silat. Saya diserangnya bertalu-talu. Berpeluh-peluh dibuatnya. Terpaksa melompat, meniarap dan ada ketikanya melompat tinggi.
Saya terpaksa bertindak demikian, kalau tidak berusaha mengelak. Pasti tubuh saya dihentak dengan penumbuk, ditendang atau ditampar. Mengelak dan bertahan tanpa bertindak balas, adalah cara terbaik menghadapi Andi Kamarool yang saya kira sudah dipengaruhi oleh sesuatu yang luar biasa.
Cara yang saya buat, berjaya meletihkan Andi Kamarool. Kekuatannya mula berkurangan Kalau tadi sinar matanya lembut, kini nampak garang dan merah. Urat-urat dileher bagaikan menonjol. Daging pipinya bagikan tersembul. Nafas yang dihembus, macam nafas kerbau jantan. Andi Kamarool rebah tersandar dibusut jantan.
Sebelum menyentuh bahunya semula, kedua belah telapak tangan saya gosok berkali-kali hingga terasa panas sambil membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas tujuh kali berturut-turut.
Dengan penuh yakin terhadap kekuasaan Allah yang Maha Besar, bahu Andi Kamarool saya tampar.
Dengan sekali tampar, Andi Kamarool terkulai rebah. Tidak sedarkan diri buat seketika. Tidak lama berselang, sepasang kaki dan tangannya bergerak-gerak, tersintak-sintak macam ditarik sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Saya terkejut, bila melihat semacam asap nipis keluar dari celah kuku jari tangan dan kaki.
Lebih daripada sepuluh minit kaki dan tangan Andi Kamarool tersentap-sentap. Daripada kerap beransur kurang dan akhirnya berhenti kaku. Asap yang keluar dari celah-celah jari kuku tangan dan kaki juga beransur hilang sedikit demi sedikit dan akhirnya lenyap terus.
Perlahan-lahan Andi Kamarool duduk, renung kaki renung kanan. Dengan rasa terkejut anak matanya menatap muka saya dengan rasa hairan. Dia mula senyum dan saya dapat merasakan senyuman itu adalah senyuman yang sebenar. Rasa bimbang dan takut segera hilang dari hati.
"Aku di mana Tamar?"
"Cuba kamu fikir sendiri, kamu berada di mana?"
Saya pula mengajukan pertanyaan sambil ketawa kecil. Lucu sekali seorang kawan tidak tahu di mana dia berada. Pada hal sebelumnya, dia sendiri yang memilih tempat ini.
"Iya, nanti aku fikir dulu Tamar."
Andi Kamarool terus berdiri sambil mengaru-garu pangkal lehernya. Mundar-mandir didepan busut jantan sambil berfikir sesuatu.
"Iya aku ingat sekarang Tamar."
"Apa yang kamu ingat Andi?" tanya saya.
"Dari tepi jalan, aku mendengar suara burung merbuk, aku cari hingga sampai ke tebing sungai. Akhirnya aku dapat melihatnya rupanya. Burung merbuk itu sungguh luar biasa bentuk badannya, berbeza dengan merbuk biasa, entah macamana burung itu hilang daripada pandangan aku." Andi Kamarool kerutkan dahi. Wajahnya, nampak cemas dan dia jadi resah tidak menentu. Gerak-geri yang diperlihatkan membuat saya tidak senang hati.
"Kenapa Andi?"
"Kita balik, ubah tempat atau bercerita, sambil berjalan."
"Kenapa pula?"
"Marilah."
TUNGGUL
TIADA pilihan bagi saya, melainkan memenuhi permintaannya. Dan tempat yang dipilih oleh Andi Kamarool untuk menyambung ceritanya ialah sebuah kawasan lapang yang dipenuhi dengan tunggul-tunggul kayu dan bebatu besar yang boleh dijadikan tempat duduk.
Di sekeliling kawasan tanah lapang ditumbuhi pepokok renik setinggi paras lutut. Di sudut tanah lapang pula terdapat rumpun buluh kuning yang diselang-seli dengan pokok petai cina. Suasana sekitar terasa aman dan lapang. Angin bertiup lembut terasa menyentuh kulit pipi.
Sebaik sahaja saya duduk di salah sebuah batu, hidung saya menghidu bau hamis, pepokok renik berdekatan dengan rumpun buluh kuning bergerak hebat macam dirempuh sesuatu. Burung murai bcrkicau hebat, macam diganggu sesuatu.
"Andi," kata saya lemah.
"Ada apa Tamar," Andi Kamarool menoleh ke arah saya.
"Aku tercium bau harimau," itu yang saya bisikkan ke telinga Andi Kamarool.
Wajahnya nampak berubah, jadi pucat.
"Kita balik saja Tamar," cepat benar Andi Kamarool membuat keputusan.
"Terpulang, aku mengikut saja Andi," sahut saya lemah.
"Mari," katanya.
Saya pun mengekori langkah tetapi, setelah melintasi pokok besar yang berdaun lebat, kami mula melangkah bersaingan.
Semasa itulah, Andi Kamarool menyambung kembali cerita yang terputus. Kata Andi Kamarool, walaupun burung itu hilang dari pandangannya tetapi, suara burung merbuk yang memikat hatinya masih dapat didengarnya Andi Kamarool terus mencarinya.
Semasa bergerak dari pokok ke pokok dan adakalanya terpaksa membongkok menyusup dibawah-bawah rimbunan rumpun buluh dan melangkah di antara batang-batang kelubi yang patah bagi mengelakkan telapak kaki memijak durinya.
Dan pada masa itu juga suara burung merbuk tidak segalak tadi berbunyi. Andi Kamarool segera berfikir, mesti ada sesuatu yang mcnganggu burung tersebut. Disaat dia melayani fikirannya, bahunya diciut seseorang dari belakang. Secepat kilat Andi Kamarool menoleh. Dia tidak melihat apa-apa pun. Perhatian ditumpukan kembali kepada burung merbuk.
JANTINA
BAHU Andi Kamarool diculik untuk kali yang kedua dan kali ini dia menoleh ke kanan (tidak ke belakang), ada bebayang manusia menyelinap dan dengan serta merta Andi Kamarool menoleh ke kiri.
Dilihatnya ada manusia berdiri yang sukar ditentukan jantinanya. Seluruh tubuh manusia itu dibalut dengan kain berjalur yang menyerupai belang harimau.
"Siapa kamu? Manusia atau syaitan?" Tanya Andi Kamarool.
Tiada jawapan yang diterimanya. Andi Kamarool bertambah resah.
"Siapa kamu?" Ulang lagi. Hasilnya, tetap macam tadi.
Tetapi, kali ini ekor mata Andi Kamarool dapat mengesan ada sesuatu yang bergerak dalam kain berjalur, terutama di bahagian belakang.
Dan seluruh perhatiannya ditumpukan ke arah tersebut. Entah macam mana, benda yang bergerak dalam kain berjalur itu terkeluar. Dan Andi Kamarool yakin, apa yang dilihatnya adalah seekor harimau.
Rasa cemas dan takut mula menguasai hatinya. Macam-macam perkara buruk terbayang dalam kotak fikirannya. Dia kesal dengan dirinya. Kalaulah aku tidak asyik dengan bunyi dan burung merbuk itu, pasti aku tidak berhadapan dengan masalah ini, fikir Andi Kamarool.
"Tadi kamu tanya siapa aku?" suara dari dalam kain berjalur menendang gegendang telinga Andi Kamarool. Dia bertambah panik.
"lya," suara Andi Kamarool mengeletar.
"Jangan tanya siapa aku, jangan ambil tahu siapa aku faham."
"Faham." balas Andi Kamarool.
"Kamu bakal menjadi suami kepada cicit aku, jagalah dia baik-baik dan jangan kamu khianati dirinya," datang lagi suara dari dalam kain berjalur harimau. Andi Kamarool terpaku diam.
"Aku yakin, kamu lelaki yang baik dan boleh menjaganya serta hidup bahagia. Antara kamu dengannya masih ada keturunan. Tidak akan berlaku sebarang sengketa, aku doakan kamu berdua hidup bahagia." datang lagi suara dari dalam kain beijalur.
LEMBAGA
ANDI Kamarool mengigit bibir dan hatinya bertanya, bagaimanakah rupanya manusia yang membalut tubuhnya dengan kain tebal berjalur ini?
Tiba-tiba kain berbelang yang menyelimuti lembaga dihadapan Andi Kamarool jatuh perlahan-lahan ke bumi. Andi Kamarool berhadapan dengan seorang perempuan tua, bongkok tiga. Sebatang tongkat daripada buluh kuning berada di tangan kirinya. Rambut putih yang panjang sampai ke paras pinggang menutup wajahnya.
Dari celah-celah juntaian rambut, Andi Kamarool dapat melihat sinar matanya berkilau-kilau kemerahan. Bila perempuan tua itu menggelengkan kepalanya ke kiri atau ke kanan, rambut yang menutup mukanya turut bergerak. Dan Andi Kamarool dapat mengesan wajahnya yang menyerupai muka harimau. Badannya seperti manusia biasa dan ekor yang terjalur dipunggung adalah ekor harimau.
Dalam sekelip mata sahaja Andi Kamarool mendapati dirinya dikelilingi oleh sekumpulan harimau. Semuanya menganggakan mulut, mempamirkan lidah yang merah dan gigi yang tajam.
Badan Andi Kamarool mengeletar, kematian terbayang di mata. Tidak dapat digambarkan bagaimana sakitnya bila daging tubuhnya berpisah dari tulang-temulangnya akibat disiat-siat oleh gigi kumpulan harimau yang mengelilinginya.
Seluruh anggota sendi Andi Kamarool terasa lemah dan longgar. Pandangannya mula berpinar-pinar. Andi Kamarool rebah di tanah. Beberapa detik berikutnya, dia merasakan tubuhnya diusung ke kawasan padang yang luas sebelum memasuki ke ruang sebuah istana besar dan luas, lalu dihidangkan dengan makanan yang sedap serta lazat.
Sambil menikmati juadah. Andi Kamarool dihiburkan dengan tarian dan nyanyian merdu. Pukulan gendangnya bagaikan mahu memecahkan anak telinga. Andi Kamarool diarak ke satu sudut istana di mana sudah tersedia sebuah pelamin. Andi Kamarool disuruh duduk atas pelamin tersebut.
"Tiba-tiba aku rasakan seperti ada sesuatu yang mengoyang- goyangkan badan aku dengan kasar sekali, bila aku bukakan mata, aku lihat kamu tertonggok di depan aku," tutur Andi Kamarool tenang.
Dia sudah menceritakan pengalaman singkat yang dialaminya semasa pengsan. Meskipun singkat tetapi, amat mencemaskan. Aneh dan pelik.
Kami terus melangkah melepasi sempadan kawasan kaki bukit menuju ke arah rumah batu lama. Sebelum memasuki kawasan rumah khas yang disediakan kami terpaksa melintasi bahagian hadapan halaman rumah batu lama.
"Kenapa nampak sibuk di rumah Mia Tamar."
Andi Kamarool berhenti melangkah di sudut halaman. Sepasang anak matanya tertumpu ke arah rumah batu lama yang kelihatan sibuk dengan orang keluar masuk rumah.
"Abang Mia nak adakan kenduri," kata saya sambil memulakan langkah yang terhenti seketika.
"Tadi aku jumpa Mia, dia tak cerita pula tentang abangnya. Setahu aku abang Mia tak ada di sini. Kenduri apa Tamar."
"Kenduri apa, aku tak tahu. Untuk pengetahuan kamu Andi, abang Mia memang ada di sini, sebelum aku mencari kamu tadi, aku sendiri tengok abangnya balik."
"Mustahil kamu tak tahu kenduri apa Tamar?"
"Sumpah, aku memang tidak tahu. Cuma Haji Basilam kata...."
"Dia kata apa Tamar?" Dengan pantas Andi Kamarool memotong.
"Dia mewakili diri Mia, menjemput kita makan kenduri. Haji Basilam surah kita memakai baju cantik," saya memberikan penjelasan.
JELAS
ANDI Kamarool terdiam. Kening dan dahinya berkedut, macam ada sesuatu yang bermain dalam tempurung kepalanya.
"Agaknya, Mia dah nikah," tutur Andi Kamarool spontan. Wajahnya nampak gusar sekali. Dan kami pun sampai ke kaki tangga rumah penginapan khas.
"Kalau Mia kahwin, melepaslah aku, manalah nak cari gadis secantik dia," saya berjenaka. Andi Kamarool membisu tidak meluahkan sebarang komentar.
Tetapi, apa yang jelas, Andi Kamarool tidak dapat menyembunyikan rasa resah dan cemas yang bergolak dalam hatinya.
"Aku cuma beigurau saja Andi, aku tahu kamu sayangkan Mia,"saya menambah. Seperti tadi juga, Andi Kamarool tidak memberikan sebarang reaksi. Fikirannya melayang jauh entah ke mana. Sukar untuk saya duga. Bila sudah begini keadaannya, biarkan sahaja Andi Kamarool dengan masalahnya, fikir saya.
Serentak kami masuk ke rumah. Masing-masing segera membersihkan tubuh. Saya yakin, dalam jangka waktu, tidak kurang daripada sepuluh minit seluruh kawasan kampung akan beransur gelap maghrib akan menghadirkan diri.
Haji Basilam muncul di muka pintu. Kami sambut dengan senyum dan dibalas dengan senyum. Haji Basilam dibangku menghadap meja bulat.
"Apa yang berbungkus tu?" Tanya saya, sebaik sahaja dia meletakkan bungkusan empat segai atas meja.
PERSOALAN
"PAKAIAN baju Melayu untuk kamu berdua, aku pinjam. Cuba kamu pakai, aku nak tengok sesuai atau tidak. Kalau tak sesuai aku pinjam yang lain," Haji Basilam membuka bungkusan, dia pasangan baju dan seluar warna merah jambu, lengkap dengan sampin dan tajak terlambak atas meja bulat
"Cuba pakai," katanya. Dan cakapnya segera kami patuhi. Bagaikan diukur, bagaikan disukat pakaian dibadan kami memang sesuai.
"Buka dan simpan balik," perintah Haji Basilam kami patuhi.
Ada persoalan bermain dalam rongga dada. Kenapa saya disuruh memakai pakaian Melayu Tradisional yang serba lengkap. Andainya, Andi Kamarool yang dijodohkan, biarlah dia seorang sahaja yang memakainya? Apa tujuan Haji Basilam menyuruh saya memakainya. Sungguh ganjil dan membinggungkan. Malangnya, apa yang menjadi persoalan. tidak pula menjadi seketul pertanyaan untuk diajukan kepada Haji Basilam yang masih tertonggok di hadapan saya.
Andi Kamarool masih termenung panjang, sekali-sekala merenung ke arah rumah balu lama yang nampak agak sibuk. Orang sering sahaja keluar masuk. macam ada sesuatu perkara yang besar akan berlaku.
“Kita pergi ke rumah Mia selepas sembahyang Isyak, maksud aku, bila, orang masjid tiba, kita pergilah. Abang Mia mahu mengadakan kenduri kesyukuran. Dia mahu kamu berdua berpakaian cantik dan kemas," satu penerangan ringkas yang membuat hati saya berdebar. Saya kira, Andi Kamarool juga mengalami seperti apa yang saya alami.
"Datuk si Tamar macam mana?" Andi Kamarool bertanya.
"Dia ikut orang masjid, kita berjemaah maghrib dan Isyak di rumah."
Harimau Menangis
KATA-kata yang diluahkan oleh Haji Basiron membuat Andi Kamarool terdiam dan termenung panjang. Matanya merenung ke arah rumah batu. Dia bagaikan mengelamun
"Ingat cakap aku tu," tambah Haji Basilam.
"Ingat," jawab saya.
Andi Kamarool hanya mengangguk saja.
Haji Basilam masuk ke ruang dapur, entah apa yang dibuatnya, saya pun tidak tahu.
"Andi," saya bersuara sambil menoleh ke arahnya. Tiada sebarang reaksi yang saya terima. Sesekali dia menarik dan melepaskan nafas bersama keluhan kecil. Melihat keadaan sedemikian, saya tahu Andi Kamarool sedang berperang dengan perasaannya.
"Andi, mari kita duduk di sana," saya mengajukan cadangan dalam usaha menenangkan perasaannya. Andi Kamarool membisu.
"Duduk ditingkap yang menghala ke arah anak bukit, boleh menenangkan perasaan, kita boleh melihat matahari jatuh dan awan yang bermacam warn a," saya mula berkempen.
'Tak payah ajak aku, kamu tengok sendiri."
Jawapan yang amat mengeeewakan hati. Dan terpaksa di terima dengan senyum.
Akhirnya, saya sendiri yang berubah tempat, merenung puncak anak bukit dan awan gemawan yang beranika warna. Andi Kamarool terus mengelamun sendirian.
"Hairan, kenapa Mia sendiri tidak beritahu aku."
Saya segera menoleh ke arah Andi Kamarool yang baru sahaja menghentak penumbuk ke lantai. Saya tatap wajahnya penuh rasa simpati
GELORA
SESUNGGUHNYA, saya tidak dapat berbuat apa-apa. Tidak ada daya saya untuk menenangkan gelora perasaannya. Saya kembali merenung puncak anak bukit dan awan petang. Sayup-sayup terdengar suara tetibau. Biarlah Andi Kamarool mengelamun melayani perasaannya fikir saya.
"Ha! kamu berdua jangan ke mana-mana, aku mahu ke situ sekejap. Sebelum waktu maghrib aku balik," kata Haji Basilam di muka pintu tengah, sebaik saja dia keluar dari ruang dapur. Tanpa menunggu jawapan dari saya dan Andi Kamarool, Haji Basilam segera turun dari rumah.
Dari jendela yang terdedah, saya melihat Haji Basilam melangkah tenang menuju ke arah halaman rumah batu lama.
Ternyata Haji Basilam tidak mungkir janji. Beberapa minit menjelang waktu maghrib, dia sudah pun berada di rumah lalu menjadi imam sembahyang maghrib. Kemudian, dilanjutkan dengan pembacaan dan wirid serta sembahyang sunat hingga sampai waktu Isyak.
"Sekarang dah sampai masanya."
Sambil melipat sejadah, Haji Basilam merenung ke arah saya dan Andi Kamarool. Saya segera bangun dan berlari ke tingkap merenung ke arah rumah batu lama. Para jemaah dari masjid mula datang berduyun ke rumah Mia yang diterangi dengan cahaya lampu.
"Pergi bersiap cepat, jangan sampai orang menunggu kita," Haji Basilam memberi arahan. Tanpa membuang masa kami terus mematuhinya.
"Cantik dan nampak kacak, kamu berdua memang tampan dengan pakaian tradisional. Sama-sama segak, macam anak Raja Melaka." Dalam senyum Haji Basilam mengusik kami. Saya dan Andi Kamarool tersenyum.
"Antara saya dengan Andi, siapa yang lebih kacak dan bergaya," saya cuba beijenaka. Buat beberapa ketika Haji Basilam merenung ke arah saya yang bertanjak dan bersampin dengan sepasang capal dikaki.
"Hummmm desis Haji Basilam lemah.
"Bagaimana?". Saya mencelah.
Tiada jawapan dari Haji Basilam tetapi, sepasang anak matanya terus menyorol ke batang tubuh Andi Kamarool dalam tempuh waktu yang agak lama.
KUKU
‘
TANPA mahu meluahkan sebarang komen, Haji Basilam terus memperkemaskan silanya. Dia terus mengigit kuku di ibu jari kanannya.
"Andi lebih kacak dan bergaya, kalau diselitkan keris pendek atau panjang ke pinggangnya, dia nampak lebih hebat lagi."
Pujian yang diberikan oleh Haji Basilam, tidak menimbulkan sebarang reaksi di wajah Andi Kamarool. Dia tetap seperti tadi, nampak bersahaja.
"Nanti aku selitkan keris ke pinggangnya."
Haji Basilam segera menyelitkan keris pendek ke pinggang Andi Kamarool. Entah, dari mana dia memperolehi keris tersebut. Tidak pula saya ketahui.
"Kamu juga hebat Tamar tapi " Haji Basilam segera menekup mulutnya dengan telapak tangan kanan.
"Kenapa dengan saya Pak aji?"
"Kamu agak rendah. kamu pendek jika dibandingkan dengan si Andi," sambung Haji Basilam.
Saya ketawa terkikih.
"Kenapa kamu ketawa, Tamar?" Haji Basilam jegilkan sepasang biji mata.
'Terasa lucu pak aji, saya cuma main-main saja, bukannya betul-betul."
"Hei! Kamu ni, aku cakap serius. Andi Kamarool memang kacak dan gagah."
"Saya setuju dengan pendapat pak aji itu. Saya tahu, saya rendah tapi, air muka saya manis," jawab saya tenang.
Seluruh ruang dikuasai dengan deraian ketawa Andi Kamarool dan saya.
"Cukuplah ketawa tu, man kita pergi," lembut sungguh nada suara Haji Basilam.
Sebaik sahaja ketawa kami berhenti terdengar sesuatu yang aneh. Papan dinding bahagian dapur bagaikan dicakar sesuatu. Dan saya pasti, bukan kucing yang mencakarnya.
"Hissssss "
Haji Basilam meletakkan jari telunjuk ke bibir. Saya dan Audi Kamarool berpandangan. Hati kami terus berdebar cemas. Makin lama, makin kuat papan di dinding dicakar. Kami terus diam membisu. Hampir sepuluh minit kejadian itu berlaku dan bunyi cakaran yang kuat mula beransur perlahan dan akhirnya, hilang terus. Suasana cemas kembali tenang.
"Apa binatang yang mencakar dinding rumah pak aji," saya mengajukan pertanyaan pada Haji Basilam.
"Aku fikir kamu sendiri dapat mencari jawapannya."
"Berdasarkan daripada bunyinya, tak mungkin kucing.
"Saya tahu, apa binatangnya " celah Andi Kamarool.
"Saya juga tahu," sahut saya.
"Kalau sudah tahu jangan banyak cerita, simpan dalam hati sendiri. Perkara begini, perkara biasa bagi aku, bunyinya bagaikan mahu tercabut papan dinding, sebenarnya bila dilihat tak ada sebarang kesan pun," Haji Basilam meluahkan pengalaman yang pernah dialaminya untuk saya dan Andi Kamarool.
SELUAR
HAJI Basilam memakai baju dan seluar berwarna kelabu, sampinnya dari kain pelekat samarinda. Mengenakan songkok putih bersih di kepala.
Teringin juga mahu mengusiknya tetapi, bila melihat wajahnya serius semacam, saya tidak berani mengusiknya. Silap usik, nanti dapat tengking herdik darinya.
"Andi, Tamar man."
Haji Basilam memulakan langkah dan kami segera mengckorinya. Sambil melangkah, saya segera terfikir, kenapa saya dan Andi Kamarool harus patuh dengan cakap Haji Basilam yang memang terasa anih dan ganjil. Apakah Haji Basilam mahu mempermain-mainkan kami berdua? Mana mungkin saya atau Andi Kamarool mahu diijabkabulkan dengan Mia. Macam-macam yang muncul dalam kepala saya
"Berhenti dulu."
Tangan kanan Haji Basilam jatuh atas bahuAndi Kamarool, sementara tangan kanannya pula jatuh ke atas bahu saya. Langkah kami (saya dan Andi Kamarool) terhenti.
"Ada apa pak aji?" soal saya mendadak.
"Kamu berdua, lunggu di sini dulu. Biar aku jumpa datuk si Tamar dan abang si Mia." jelas Haji Basilam sambil sepasang matanya menatap waiah saya dan Andi Kamarool.
"Baiklah, pak aji," jawab kami serentak sambil menganggukkan kepala.
"Aku pergi dulu."
"Silakan pak aji, jangan tinggalkan kami lama-lama di bawah pokok besar ni, kami bimbang," Andi Kamarool melahirkan kebimbangannya.
"Aku faham." Haji Basilam pun segera bergerak meninggalkan kami.
Cuaca malam itu amat baik sekali. Langit kelihatan cerah dengan bintang bertaburan. Angin bertiup lembut mengerakkan dedaun di hujung ranting.
Dari bawah pokok besar saya dapat melihat dengan jelas lelaki, perempuan dan kanak-kanak tidak putus-putus mendatangi rumah Mia yang bermandikan cahaya lampu beranika wama. Suasana di rumah batu itu memang nampak sibuk penuh dengan keriangan. Andi Kamarool segera mendekati saya.
“Tamar."
"Kenapa Andi?".
"Kita berada di bawah pokok bunga tanjung."
MEREMANG
"HAAAA ," saya tercenggang lalu mendonggakkan muka ke arah pokok besar. Dengan serta merta bulu roma meremang. Andi Kamarool nampak resah semacam.
Saya menarik nafas lega, bila melihat batang tubuh Haji Basilam datang ke arah pokok bunga tanjung. Haji Basilam ditemani oleh sekumpulan anak-anak muda yang usianya tidak jauh berbeza dengan usia saya dan Andi Kamarool.
"Siapa pula yang dibawanya tu, Tamar."
"Entah, aku pun tak tahu."
Kami terus menanti kedatangan mereka. Anak-anak muda yang mengiringi Haji Basilam memakai baju melayu tradisional. Lengkap dengan songkok hitam serta bersampin. Saya segera menghitung jumlah anak muda yang mengekori Haji Basilam.
Semuanya berjumlah enam orang. Empat daripada mereka membawa kompang. Manakala yang seorang lagi tidak membawa kompang. Di dadanya terselit bunga kertas. Barangkali, dia adalah ketua kumpulan kompang, fikir saya dalam hati.
Haji Basilam dan kumpulan anak muda itu sampai di bawah pokok bunga tanjung. Saya dan Andi Kamarool diperkenalkan dengan kumpulan anak muda tersebut.
"Ini yang memakai bunga kertas, ketua kumpulan namanya Azam," orang terakhir yang diperkenalkan oleh Haji Basilam tersenyum. Dengan ramah dan mesra dia menyambut huluran tangan saya dan Andi Kamarool.
"Andi, kamu melangkah empat tapak ke depan."
Arahan Haji Basilam segera ditunaikan oleh Andi Kamarool.
"Kamu berdiri di kanannya," kata Haji Basilam kepada ketua kumpulan kompang. Cakap Haji Basilam segera dipatuhi.
"Kamu Tamar."
Sepasang anak mata Haji Basilam merauti seluruh wajah saya.
"Ada apa Pak Aji?".
"Kamu berrdiri sebelah kiri Andi."
"Haaaa....begitu pula," saya pura-pura terkejut. Perintahnya tetap saya laksanakan.
RENUNG
HAJI Basilam segera berdiri di hadapan kami. Renung kiri, renung kanan sambil mulutnya berkumat-kamit membaca sesuatu. Donggakkan muka ke arah pokok bunga tanjung lalu menghembuskan nafas yang keras ke langit.
"Aku harap semuanya bagus belaka, niat kamu baik," ujar Haji Basilam dalam nada suara yang amat perlahan. Walaupun begitu, gegendang telinga masih menangkap tuturkatanya.
"Sekarang mulakan."
Haji Basilam segera mengangkat tangan kirinya melepasi kepala, memberi isyarat kepada kumpulan kompang yang berada di belakang kami. Dengan serta merta pukulan kompang bergema memecah kesepian malam. Beberapa orang lelaki yang berada di halaman rumah Mia, segera datang ke arah kami.
Dengan kedatangan kumpulan lelaki yang membawa lampu gasolin menjadikan langkah perjalanan kami bertambah mudah. Tidak semata- mata mengharapkan cahaya lampu dari rumah Mia yang tidak seberapa itu. Bunyi pukulan kompang terus bergema.
Entah mengapa, ditengah-tengah suara pukulan kompang yang tingkah meningkah itu, hati kecil saya segera membuat rumusan, apa yang berlaku sekarang, memang sudah dirancang terlebih dahulu oleh abang Mia, Haji Basilam, datuk saya dan Mia sendiri. Dan perkara itu sengaja dirahsiakan dari pengetahuan kami berdua (saya dan Andi Kamarool)
.
Sebaik sahaja rombongan yang diketahui oleh Haji Basilam sampai ke kawasan bucu rumah batu, kami segera disambut dengan letupan mercun, bunga rampai berterbangan diudara sebelum singgah ditanjak dan badan. Kami pun melepasi pintu rumah Mia yang dihias cantik.
Semua persoalan dan keraguan yang bergolak dalam dada terjawab dengan sendirinya, bila Andi Kamarool disuruh duduk atas permaidani khas berhadapan dengan seorang lelaki yang memakai serban besar.
Perlahan-lahan saya menarik nafas. Kenyataan perit ini terpaksa dilalui. Andi Kamarool adalah pilihan Mia. Bukan saya. Bagaikan mahu menitis air mata di hamparan permaidani biru, bila melihat Andi Kamarool diijabkabulkan dengan Mia oleh kadi dengan disaksikan oleh abangnya, Haji Basilam dan datuk serta tetamu yang hadir.
HARIMAU
SELESAI sahaja upacara ijabkabul, para tetamu yang datang dikejutkan dengan suara ngauman harimau di kaki bukit Tidak lama berselang seekor harimau besar berkaki untut yang berjalan tempang, mundar-mandir di halaman rumah batu dua tiga kali, sebelum duduk mencangkung didepan pintu merenung lembut ke arah Andi Kamarool dan para tetamu yang berada di dalam rumah.
"Jangan menjerit, jangan takut," abang Mia segera berdiri didepan pintu besar sambil mengurut-urut kepala harimau itu dengan telapak tangannya.
"Dia sekadar datang mahu melihat anak cucunya dan orang-orang kampung," kata abang Mia lagi.
Saya lihat datuk tenang, begitu juga dengan Haji Basilam. Mereka bagaikan tidak kisah dengan kedatangan harimau besar berkaki untut berjalan tempang.
Secara mengejut Mia muncul di ruang tamu dengan pakaian pengantin. Dia terus menemui abangnya, mereka berbisik sesuatu. Abangnya mengangguk. Mia masuk ke ruang tengah lalu menuju ke ruang dapur.
Mia datang semula ke muka pintu membawa batil (bekas) tembaga yang berisikan bertih rendang.
"Berapa yang mahu kamu berikan padanya Mia?".
"Biasanya tujuh biji bang."
"Uruskan." Abang Mia kembali duduk di tempatnya.
Harimau besar berkaki untut dengan manja sekali mengesel-geselkan kepalanya ke badan Mia. Bila harimau itu menganggakan mulut sambil menjulurkan lidahnya, satu demi satu Mia meletakkan bertih atas lidah harimau tersebut. Daiam sekelip mata bertih dilidah terus hilang ke perut.
"Cukup, jangan datang lagi, kamu dah kenyang," tutur Mia lembut ke telinga harimau. Bagaikan faham dengan apa yang diungkapkan oleh Mia, harimau itu mengaum manja.
"Saya bahagia dengan orang yang saya pilih," tambah Mia lagi. Harimau itu mengaum. Dari kelopak mata harimau itu mengalir air jemih. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya lalu meninggalkan Mia.
HILANG
RASA cemas dan takut dihati para tetamu mula hilang. Jamuan pun diberikan pada tetamu yang diundang sambil makan mereka dihiburkan dengan petikan gambus, tarian ghazal dan zapin disamping pertunjukkan dabus yang khabarnya dibawa khas oleh abang Mia dari Deli (Medan) dan Acheh.
Malam itu, orang kampung bagaikan berpesta. Harimau liar tetap menjaga setiap penjuru halaman rumah.
Sesungguhnya, makin rancak bunyi irama gambus, makin pedih derita hati yang saya tanggung. Gadis yang menjadi idaman dan disenangi menjadi milik kawan karib.
Semoga, kamu hidup bahagia Andi. Jangan kau persiakan Mia. Andainya, kau tidak menginginkannya lagi, aku bersedia mengantikan tempat kamu Andi. Kalbu saya terus menjerit memilu. Tetapi, bila saya menyedari bahawa diri saya bukan keturunan manusia harimau dengan sendiri hasrat hati mahu memiliki Mia luntur sendiri.
Tinggallah Duka Tinggallah Sayang
SELEPAS pernikahan (Mia-Andi) saya dan datuk cuma mampu bertahan selama seminggu saja di kampung halaman Mia. Datuk pun segera mengatur persiapan untuk pulang ke tanah semenanjung. Abang Mia, lebih awal dari kami.
Tiga hari setelah perkahwinan Mia, dia (abang Mia) pun berangkat ke Jakarta-Singapura-Tokyo kerana urusan perniagaannya. Dia juga berjanji mahu berjumpa datuk di Pulau Pinang. Tarikh, tempat dan waktu akan ditentukan kemudian. Cara mana dia mahu menghubungi datuk yang sentiasa berkelana dari satu tempat ke satu tempat, tidak pula saya ketahui.
Pada hemat saya, datuk akan pulang ke tanah air ikut jalan datang. Ternyata perkiraan saya tidak tepat, datuk memilih jalan pulang ikut pesisir pantai menghala ke utara yang bermula dari Kuala Tungkal dengan melalui beberapa buah pelabuhan hingga sampai ke Belawan.
Datuk merancang singgah di Medan-Deli sehari dua. Kemudian baru menyeberangi Selat Melaka dengan bot dagang dan turun di Batu Uban, Pulau Pinang.
Bila Haji Basilam mengunjungi kami di rumah penginapan, perkara itu segera disampaikan oleh datuk kepadanya.
"Pelik, kamu memang manusia pelik. Suka mencari jalan susah. Kenapa tak balik ikut jalan datang? Bukankah itu lebih mudah dan cepat pula sampai. Kenapa mesti menyusuri pantai sampai ke Deli," itu komen Haji Basilam.
"Aku nak mencari kawan lama yang menetap di Kawasan Istana Deli," jawab datuk.
"Oh, begitu, ada hubungan keluarga dengan kamu?"
'Tak ada, cuma kawan baik saja."
"Kamu memang setia dengan kawan," Haji Basilam senyum sambil menepuk bahu datuk. Mereka ketawa.
"Kawan aku itu ada hubungan dengan kerabat di Raja Perak tapi, tak ada kuasa," kata datuk setelah ketawa mereka terhenti.
"Kenapa tak berkuasa pula? Agaknya, keturunan derhaka."
"Bukan derhaka tetapi, menentang Inggeris lalu dipecat oleh orang Inggeris yang berkuasa di Perak, saudara maranya yang lain dilantik menjadi raja memerintah negeri."
"Itu bukan derhaka tetapi, pahlawan," kata Haji Basilam penuh semangat. Datuk mengangguk lemah.
"Setiap kali dia datang ke Perak menemui kaum keluarganya di sana, dia akan singgah ke rumah aku. Cara kebetulan pula isterinya itu adalah penari di Istana Deli."
"Bila kamu berdua nak bertolak ke sana," cungkil Haji Basilam.
"Dua hari lagi."
"Pengantin baru dah tahu ke belum yang kamu mahu meninggalkan tempat ini?"
Pertanyaan yang diajukan oleh Haji Basilam tidak dijawab oleh datuk. Dia termenung panjang sambil mengkerutkan dahi. Macam, ada sesuatu yang bermain dalam kepala datuk.
"Saya fikir, tak payahlah beritahu mereka," mendadak saja datuk bersuara.
"Kenapa pula?" Pintas Haji Basilam.
"Rasanya, tak manis ganggu pengantin baru."
"Hissss……... " sanggah Haji Basilam.
"Saya tak mahu kacau mereka haji."
"Biar aku yang beritahu, lagi pun Mia tu anak angkat aku. Biar dia tahu kalau awak tak bawa si Andi ke sini, besar kemungkinan dia belum dapat bertemu jodoh."
"Mengapa kesitu pula yang difikirkan. Bukankah jodoh pertemuan itu adalah ketentuan dan hal Allah. KepadaNya kita patut mengucapkan syukur. Saya adalah penyebabnya atas gerak Allah juga."
Dialog yang rancak berhenti seketika. Datuk renung lantai. Haji Basilam mengigit bibir. Agaknya, dia berfikir di mana lojiknya kata- kata yang diaturkan oleh datuk sebentar tadi.
"Memang saya tahu dan faham tentang hal itu. Tetapi, saya bercakap ni dari segi budi bahasa dan pekerti manusia. Setidak-tidaknya, mereka mesti menghormati awak kerana usia awak. Biar aku beritahu budak- budak tu," Haji Basilam segera bangun.
"Nanti dulu, haji," tahan datuk.
Haji Basilam tidak peduli dan dia terus melangkah meninggalkan saya dan datuk di rumah penginapan dalam keadaan termanggu-manggu. Saya tidak mahu campur dalam urusan tersebut.
Sesungguhnya, saya memang merestui tindakan Haji Basilam itu. Memang saya mengharapkan Haji Basilam memberitahu Andi dan Mia tentang tarikh keberangkatan kami. Cuma dengan demikian saja yang berpeluang melihat wajah Mia-Andi untuk kali terakhir. Terima kasih Haji Basilam atas tindakan kamu itu, bisik batin saya dalam senyum panjang sambil melihat matahari petang yang kian mengecil dipuncak bukit.
Datuk bangun dan berubah tempat, kesempatan itu saya gunakan untuk melihat ke arah Haji Basilam yang sedang melangkah menuju ke rumah Mia. Saya berdoa, saranan yang bakal diluahkan oleh Haji Basilam dapat diterima oleh Mia-Andio dengan hati terbuka. Kemudian, mereka bertindak menemui saya dan datuk.
KERETA HITAM
DUA hari kemudian, kira-kira pukul tujuh pagi. Sebuah kereta jenis Ford berwarna hitam berhenti di halaman rumah penginapan kami (saya dan datuk). Dengan senyum ramah, Haji Basilam keluar dari perut kereta. Saya dan datuk tercenggang. Beberapa minit berikutnya, Andi Kamarool dan Mia sampai di kaki tangga rumah. Semuanya bagaikan disusun dan diatur.
"Kereta untuk siapa Haji?" Tanya datuk.
"Untuk awak berdualah."
"Untuk kami!" Datuk segera mengkedutkan kening dan dahi.
"Kenapa awak terkejut," soal Haji Basilam.
"Saya tak ada masalah kereta sewa," nada suara datuk mula meninggi. Dia melangkah dengan berhati-hati menuruni anak tangga.
"Mia yang menyuruh saya mencarinya," jelas Haji Basilam sebaik saja datuk duduk di anak tangga paling bawah sekali.
"Memang benar cakapnya, saya yang menyuruh Haji Basilam mencari kereta sewa," sahut Mia.
Saya lihat Andi Kamarool yang berdiri tidak jauh dari Mia segera anggukkan kepala. Datuk menarik nafas. Si pemandu kereta Ford yang merasa jemu berada dalam perut kereta segera keluar.
"Bukan apa-apa, memudahkan perjalanan supaya cepat sampai dan jimatkan masa serta tidak penat. Bila cepat sampai ke Kuala Tungkal, senanglah pula membuat urusan perjalanan selanjutnya. Sama ada mahu ikut jalan darat atau jalan laut," lanjut Mia dengan sepasang matanya tetuju ke wajah saya. Dada saya terus berdebar.
"Kalau begitu, terima kasihlah kerana menolong saya dan Tamar, dengan apa mahu saya balas budi baik Mia. Mudah-mudahan Allah memberkati hidup kamu berdua, murah rezeki, sihat walafiat dan bertambah keimanan padaNya," nada suara datuk penuh terharu.
"Eh.. ," Mia tidak meneruskan kata-kata selanjutnya. Dari sinar matanya, saya dapat membaca kepuasan perasaan yang amat sangat.
Kerana semua barang-barang untuk perjalanan sudah siap sedia, tanpa membuang masa datuk dan saya segera masuk ke perut kereta.
"Selamat jalan Tamar."
Andi Kamarool hulurkan tangan. Saya genggam penuh erat sambil sepasang mata kami berlaga. Saya dapat merasakan tangan Andi Kamarool menggeletar. Wajahnya nampak pilu. Memang, ada genangan air jemih di kelopak matanya.
"Semoga kamu bahagia Andi," suara saya tertahan-tahan.
'Terima kasih Tamar, semoga persahabatan kita terus berkekalan," tambah Andi Kamarool dan secara mengejut dia terus menangis tersedu.
Pemandu kereta, Haji Basilam dan datuk tidak memberikan sebarang komentar dengan apa yang kami lakukan. Barangkali, mereka juga terharu. Tetapi, saya dapat mengawal perasaan dan masih mampu tersenyum sedangkan gelora hati saya hanya Allah saja yang mengetahui.
Perlahan-lahan saya alihkan renungan dari wajah Andi Kamarool ke wajah Mia yang berdiri di sisi Andi Kamarool. Mukanya nampak merah dan anak mata hitamnya merenung redup ke arah saya. Sepasang kelopak bibirnya seakan-akan bergerak. Malangnya, tidak ada sepatah perkataan yang terucap daripada kelopak bibimya. Andi Kamarool tunduk merenung kami.
LEMBUT
MATAHARI pagi terus memancur lembut, kicau burung jelas kedengaran seolah-olah melahirkan rasa simpati dengan apa yang kami alami.
'Tamar."
"Iya Mia," sahut saya.
"Kuucapkan selamat jalan Tamar," ujar Mia lembut," semoga Allah melindungi perjalanan kamu dan datuk. Aku mendoakan kebahagiaan hidup kamu Tamar."
Dada saya terasa sebak. Dengan serta merta saya alihkan renungan ke arah kaki tangga rumah. Macam-macam yang mengoncang batin, ada rasa marah dan geram. Ada saatnya timbul rasa hampa dan hiba yang memanjang.
'Tamar, renunglah muka aku."
Dada saya terasa sebak.
'Tamar, renunglah muka aku," lanjut Mia dalam nada suara yang tersangkut-sangkut. Perlahan-lahan saya menarik dan melepaskan nafas Mia masih berusaha untuk meneruskan kata-kata dalam rasa sebak dan hiba. Sesungguhnya, saya bagaikan tidak mampu untuk mengangkatkan kepala merenung wajah Mia. Hiba benar rasa hati.
"Semoga Allah akan memberkati doa kamu untuk saya dan datuk Mia. Aku memang mengharapkan doa aku diperkenankan oleh Allah, semoga kamu berdua hidup bahagia, sampai anak cucu. Hanya tanah saja yang memisahkan kamu berdua," saya paksa hati dan perasaan untuk berkata kata dalam rasa sebak yang memanjang. Setiap patah kata yang terhambur dari mulut tersekat-sekat.
'Terima kasih dan ," suara Mia mati di situ.
Dan beberapa saat berikutnya, terdengar isak tangis dan sedu sedan dari Mia. Perlahan-lahan kepalanya dijatuhkan ke atas bahu kiri Andi Kamarool terlintuk manja di situ. Penuh mesra telapak tangan kiri Andi Kamarool mengosok-gosok belakang Mia.
Ada sesuatu yang diucapkan oleh Andi Kamarool ke cuping telinga Mia. Dengan serta merta rasa cemburu, geram membuak-buak dikalbu saya. Hilang rasa geram, cemburu dan marah. Timbul rasa yang amat mengharukan dalam kalbu. Tanpa dapat ditahan-tahan air mata terus melilih dicerun-cerun pipi saya.
Dengan sisa-sisa kekuatan yang masih ada. Saya berusaha mengumpul kata-kata untuk dihamburkan kepada Mia.
"Ah,!" datuk mendengus.
Semua rangkaian kata yang tersusun hilang dari sanubari saya, akibat dengusan datuk yang tidak saya duga sama sekali.
"Apa lagi, Tamar?"
Datuk segera menoleh ke arah saya bersama dengan sinar mata yang tajam.
"Jalan, jangan dilayan karenah budak-budak," kata datuk sambil menyandarkan badannya," saya mahu cepat sampai ke Kuala Tungkal," sambungnya kepada pemandu.
Enjin kereta pun dihidupkan, bila minyak ditekan dan gear satu dimasukkan, kereta pun bergerak perlahan-lahan meninggalkan Haji Basilam, Mia dan Andi Kamarool di halaman rumah. Sebelum kereta memasuki jalan besar, saya toleh ke arah halaman rumah penginapan, mereka masih melambai-lambaikan ke arah kami.
RESAH
SEPANJANG perjalanan, hati saya resah selalu. Detik manis yang dilalui datang dalam kepala yang bagaikan putaran filem. Mungkinkah ada gadis secantik Mia akan datang dalam hidup saya? Timbul pertanyaan dalam diri.
"Sudah berapa lama kamu membawa kereta?" suara datuk memecahkan suasana sepi dalam kereta.
"Lebih dari sepuluh tahun."
"Selalu bawa penumpang keluar kawasan?."
"Jarang, kecuali orang yang saya kenali, saya ada kerja tetap."
"Kerja apa?". Datuk merenung muka pemandu.
"Berladang."
"Memandu kerta ni kerja sambilan."
"lya," angguk pemandu bas.
"Buat amal jariah. bagus tu, satu kerja yang baik," komen datuk lagi. Pemandu kereta tersenyum panjang.
Kereta terus meluncur laju melintasi hutan dan gunung ganang. Ada ketikanya melalui kawasan perumahan dan sawah yang saujana mata memandang. Lamunan tanpa hujung terus berpesta dalam tempurung kepala. Sepasang bibir datuk nampak bergerak-gerak, saya pasti dia sedang membaca kalimah-kalimah suci memuji keindahan alam ciptaan Allah Yang Maha Besar.
"Siapa nama kamu?" datuk bertanya disaat pemandu memutar stereng melalui selekoh tajam sebelah kanan.
"Ahmad Nazar tetapi, kawan-kawan memanggil saya Lebai Ayi."
"Humm.......... " datuk anggukkan kepala.
"Suami Mia tu mesti orang handal, pak," susul pemandu kereta.
Datuk kelihatan seperti tersentak. Muka si pemandu direnung sejenak. Temyata pemandu yang berambut agak keriting dan mula beruban kurang senang dan tindak-tanduk datuk itu.
"Kenapa kamu kata macam tu."
"Hai, semua orang tahu yang dia tu keturunan manusia harimau," sipemandu bersuara sambil merenung keluar melihat pepokok dan bukit- bukau di kiri kanan jalan. Datuk melagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali.
"Lagi apa yang kamu tahu tentang dia lebai?" datuk bertambah ghairah mencungkil rahsia.
"Saya tahu tentang asal-asulnya, hanya lelaki yang cukup tinggi ilmu keduniaan dan akhirat saja yang boleh menaklukinya."
"Begitu," celah datuk.
'Tetapi, dia baik hati dan pemurah. Dia selalu menyewa kereta saya bila dia ke mana-mana, sebahagian daripada penduduk kampung mengharapkan kemurahan hatinya."
"Saya mahu mendengar yang baik-baik darinya. Saya tak mahu hcrcakap tentang dia dan suaminya, itu urusan mereka." Cukup tegas datuk bersuara.
"Maafkan saya, berangkali pak ada hubungan keluarga dengannya. maafkan saya," nada suara pemandu penuh kesal dan kehampaan. Datuk tidak memberikan kata putus, sama ada mahu menerima permintaan maaf atau menolaknya.
"Maafkan saya," ulangnya lagi.
Macam tadi juga, datuk terus membisu. Matanya merenung ke hadapan.
Perjalanan selanjutnya, tidak dibungai dengan perbualan di antara datuk dengan Ahmad Nazar. Masing-masing membisu. Perkara itu berpanjangan hingga sampai ke Kuala Tungkal.
'Terima kasih atas kerjasama awak, maafkan saya," Telapak tangan datuk dan Ahmad Nazar segera bercantum. Jari-jemari mereka berpaut erat. Mereka berpeluk sambil melagakan pipi kiri dan kanan.
"Saya pun begitu, saya tidak terniat jahat bila bercakap tentang Mia," tersangkut-sangkut suara Ahmad Nazar.
"Saya tidak marah, saya tidak tersinggung," balas datuk.
"Mahu ke Deli, ikut laut?", soal Ahmad Nazar.
"Iya," jawab datuk.
"Selamat jalan."
"Terima kasih."
Saya dan datuk segera menuju ke pelabuhan. Cuma satu jam setengah saja kami berada di Kuala Tungkal sebelum menaiki kapal barang menuju ke Belawan. Perjalanan yang jauh itu tidak menjemukan kerana kapal yang kami tumpangi singgah di beberapa buah pelabuhan yang kebanyakkan penghuninya cukup ramah dan baik hati.
SELESA
ANTARA pelabuhan yang disinggahi ialah Tembilahan, Dumai, Labuhan Bilik, Tanjung Balai dan akhirnya, sampai ke Belawan. Kerana kapal sering saja singgah memunggah dan mengambil barang termasuk juga penumpang, perjalanan mengambil masa hampir dua minggu untuk sampai ke Belawan.
Sesungguhnya perjalanan dengan kapal dagang menyusuri persisiran pantai banyak memberi pelajaran dan pengalaman baru pada saya. Dua minggu berada dalam kapal dagang saya sempat mengenali berbagai- bagai etnik bangsa Indonesia yang bercakap dalam berbagai-bagai loghat.
Setiap penumpang merasa terkejut, bila mengetahui saya dan datuk dari Tanah Semenanjung, mereka tetap memperlihatkan rasa hormat dan ramah dan tetap mengatakan, orang Tanah Semenanjung, Tanah Jawa dan Sumatera tetap serumpun bangsa yang dipisahkan oleh Laut Selat Mflaka. Dari segi kepercayaan, adat resam dan budaya hampir serupa.
Sampai di pelabuhan Belawan hari Selasa, jam sebelas pagi ketika hujan turun rintik-rintik. Datuk menyewa sebuah kereta (teksi sapu) menuju ke sebuah kawasan perumahan yang letaknya tidak jauh dari kawasan istana bekas kesultanan Deli.
Dara Berat Jodoh
PERJALANAN dari Belawan ke pinggir kawasan istana Kesultanan Deli tidak menjemukan. Pemandu teksi sapu yang berasal dari Tapanuli yang marganya SERIGAR, cukup ramah dan megah dengan rumpun Melayu. Malah dia menyebut beberapa nama saudara maranya yang sudah lama berhijrah ke Tanah Semenanjung.
Kebanyakkan kaum kerabatnya tinggal di kawasan tinggal di kawasan Tapah, Temerloh, Kajang. Beberapa nama yang disebut memang merupakan orang penting di tanah air ketika itu.
"Berhentikan saya di rumah itu."
Jari telunjuk datuk menuding ke arah rumah papan separuh batu, berbumbung limas, terletak di hujung jalan. Halaman rumah menghijau dengan rerumput yang halus. Manakala disebelah kiri dan kanan rumah kelihatan pokok sawo matang (ciku) yang rendang dan berbuah lebat.
"Di sini pak."
"Iya."
Empat tayar teksi terpaku di bibir jalan. Saya lihat orang Tapanuli itu mengkedutkan dahinya, macam mengingati sesuatu.
"Ada hubungan keluarga dengan pemilik rumah ni," tanyanya pada datuk.
"Kawan karib."
"Oh, begitu. saya kenal baik dengannya, kalau dia mahu ke seberang, selalu menggunakan kereta saya untuk ke pelabuhan. Namanya, Raja Aminuddin, perempuannya penari istana."
"Betul," kata datuk riang.
"Tapi. dia sudah meninggal dunia, kira-kira tiga bulan yang lalu. Dia mati di Pulau Pinang dan dikuburkan di sana, secara kebetulan anak perempuan sulungnya bekerja dengan konsul Indonesia di sana."
"Haaaaaa " datuk tergamam dan kemudian mengucap panjang sambil disusuli dengan doa untuk si arwah, "setahu saya, isterinya saja sudah mati kerana penyakit ganjil, kira-kira lima tahun lalu. Perkara itu diberitahu kepada saya menerusi seorang kawan," suara datuk tersangkut- sangkut, wajahnya nampak pilu sekali.
Hujan rintik-rintik teius berhenti, matahari di langit kotaraya Medan mula bersinar. Awan nipis, putih bersih berarak lembut menuju ke arah tanah Brastagi. Begitulah, di dalam suasana kecerahan matahari saya dapat melihat wajah datuk yang gusar.
"Apa boleh buat, hajat saya tak tercapai. Allah sayang Aminuddin kerana itu dia dipanggil ke sisiNYA," antara dengar dengan tidak, suara datuk sampai ke gegendang telinga saya.
"Tapi, awak boleh jumpa dengan bongsunya. Dia duduk di sini, isterinya orang Kota Lama dekat Kuala Kangsar, kalau tak silap saya, isterinya tak ada di rumah."
"Ke mana pula isterinya?".
"Balik ke Kota Lama."
Datuk merenung ke arah istana Kesultanan Deli (Istana Maimun) yang dibina sekitar tahun 1888. Lapan belas tahun kemudian pada tahun 1906, dibangunkan pula, Masjid Raya berhadapan dengan Istana Maimun. Keindahan kedua-dua bangunan itu begitu memukau hati dan perasaan saya.
"Anak bongsunya itu, namanya Harun Fadillah, di kalangan keluarga dipanggil RUN saja. Di mana saya nak berjumpa dengannya. Banyak benda yang mahu saya tanyakan padanya," datuk menyampaikan hasrat dihati.
"Ikut saya," orang Tapanuli itu menghulurkan budi," saya tahu di mana dia bemiaga, masuklah," sambungnya.
Tanpa membuang masa saya dan datuk masuk ke kereta semula. Kami dibawa berpusing-pusing seluruh Kota Medan dan akhirnya, berhenti di satu kawasan perniagaan yang terletak di Jalan Medan-Binjai.
JAMAIN
PEMANDU membunyikan hon kereta tua dua kali berturut-turut di depan sederat kedai dua tingkat, separuh batu dan papan. Seorang lelaki muda berusia sekitar 27-30 tahun muncul dipintu.
"Bang Jamain, apa hal," jerit pemuda berkulit putih, wajahnya tampan di kaki lima bangunan. Si pemandu segera keluar.
"Abang, bawakan sahabat karib ayah kamu dari semenanjung," balas si pemandu sambil membuka pintu kereta sebelah datuk.
Sebaik saja datuk berdiri atas jalanraya, si pemuda berwajah tampan segera melompat melepasi longkang.
"Syukur, Allah makbulkan permintaan ayah saya," dalam tangisan si pemuda terus bersuara. Saya terpaku melihat peristiwa yang tidak diduga.
"Berapa tambangnya bang Jamain," tanya Harun Fadillah sambil melepaskan tubuh datuk dari pelukannya.
"Tak payah, abang halalkan, rasanya cukup gembira bila dapat mempertemukan kamu dengan sahabat karib arwah ayah kamu," balas Jamain sambil jari telunjuknya menuding ke arah datuk.
'Terima kasih, semoga Allah akan memberikan rezeki yang halal untuk kamu dan keluarga," datuk segera merapati Jamain dan bersalaman.
Bila datuk bersalaman, saya juga turut berbuat demikian. Jamain masuk ke kereta.
Sebaik saja Jamain beredar, Harun Fadillah membawa saya masuk ke kedai miliknya yang menjual bermacam-macam jenis kain, termasuk kain songket Palembang dan batik Batu Bara.
Semasa saya berada di kedai, para pelanggan tidak putus-putus datang. Semuanya dilayan dengan baik dan ramah oleh para pekerja yang terdiri dari gadis cornel. Menurut Harun Fadillah mereka berasal dari luar Kota Medan, ada yang datang dari Tebing Tinggi, Tanjung Balai dan Binjai.
"Begini, kita ke rumah, memanda. Boleh berehat, boleh makan dan sembahyang, memandang dari jauh perlu berehat. Banyak cerita yang mahu saya sampaikan pada memanda," Harun Fadillah mengemukakan cadangan.
"Kedai kamu bagaimana?"
'Tak apa, biar pekerja saya uruskan."
Harun Fadillah segera memanggil seorang pekerjanya yang berasal dari sebuah kawasan perkampungan kira-kira tiga ratus meter dan Kabanjahe.
"Saya ada tamu dan mahu pulang, jam enam tutup kedai, semua hasil jualan dan kunci kedai bawa ke rumah saya. Kamu telefon abang Jamain. sewa keretanya untuk membawa kamu ke rumah saya," satu arahan untuk pekerjanya yang berkulit hitam manis, bersongkok.
"Baik, pak," jawab sipekerja.
Dengan kereta Fiat lama milik Harun Fadillah kami menuju ke rumahnya. Sebaik saja daun pintu rumah terkuak, seorang perempuan tua menyambut kami.
'Tamu dari Tanah Melayu, kawan karib arwah ayah." Harun Fadillah memperkenalkan datuk dan saya kepada perempuan yang menjadi pembantu rumahnya. Perempuan separuh baya itu tersenyum dan anggukkan kepala.
"Saya ingat," sinar mata perempuan setengah baya nampak bercahaya, "arwah ayah raja selalu menyebut tentang kawan karibnya yang berkampung laman di Perak. Barangkali inilah orangnya, kalau benar saya sungguh gembira, khabarnya, orangnya serba boleh, handal dunia akhirat," biji mata perempuan separuh baya tertumpu ke arah datuk yang kelihatan serba tidak kena.
"Iya," angguk Harun Fadillah.
"Oh, syukur saya pada Allah "
"Sudahlah tu, pergi buatkan air dan siapkan makan tengahari untuk
tetamu kita ini."
"Baik raja."
"Arwah ayah selalu menyuruh pembantu rumah dan pekerja di kedai memanggil saya sebagai Raja Harun Fadillah. Ayah selalu berbangga dengan keturunan rajanya yang menentang Inggeris di Tanah Melayu. Pada saya, gelaran raja sudah lama saya buang," mungkin Harun Fadillah merasakan sesuatu yang tidak kena, bila dipanggil raja oleh pembantu rumah dihadapan datuk.
"Aku tahu ayah kamu, dia cukup menjaga adat, tengok saja sampai sekarang kamu memangil aku sebagai Memanda, kerana dia yang memaksa anak-anaknya supaya memanggil aku cara begitu."
Kata-kata yang terkeluar dari mulut datuk disambut dengan ketawa oleh Harun Fadillah bersama geleng kepala. Saya turut tersenyum.
SERAMPANG 12
MALAM itu, selesai sembahyang Isyak berjemaah, kami duduk di anjung rumah sambil melihat kerdipan bintangdan bulan didada langit kota raya Medau.
Dari arah istana terdengar ketukan gong dan gesekkan biola dari anak- anak muda di halaman Istana Maimun. Angin malam membawa suara merdu ke gegendang telinga saya. Sungguh merdu mereka mendendangkan irama Melayu Asli membawa lagu Pasir Roboh, Sayang Salmah, Seri Mersing, Serampang Dua Belas dan Damak.
Harun Fadillah memberitahu datuk yang isterinya sudah tiga minggu pulang ke kampung halaman di Sayong, dekat Kuala Kangsar. Ayah mentuanya bernama Shafie Wahab. Isterinya pulang kerana urusannya perkahwinan adik perempuan bongsunya.
"Bila dekat hari pernikahan kira-kira tiga minggu lagi saya pergilah ke Sayong."
"Bagus tu, siapa lagi pergi ke sana?" tanya datuk.
"Kakak saya yang tua dan kakak nombor dua ikut sama."
"Siang tadi Jamain bagi tahu aku, kakak sulung kamu kerja dengan konsul (Indonesia) di Pulau Pinang. Siapa namanya? Aku dah lupa. Dia tu anak kesayangan arwah bapa kamu." datuk renung muka Harun Fadillah.
"Nama sebenarnya, Dang Haryani, kami panggil dia Nonong," nada suara Harun Fadillah lembut sekali," memang dia bekerjadi Pulau Pinang.
“Sekarang dia bercuti, ada di sini."
"Ada di sini?" Datuk tegakkan badan.
"Iya, memanda."
'Tapi, sejak aku datang, aku tak nampak batang hidung."
"Dia pergi ke Tanjung Pura."
Bila mendengar perkataan 'Tanjung Pura," saya tersintak kerana nama Tanjung Pura tidak dapat dipisahkan dengan nama penyair besar Nusantara AMIR HAMZAH yang dilahirkan ditempat tersebut pada 28 Februari 1911. Saya salah seorang daripada penggemarnya. Bait-bait sajak "Buah Rindu" bagaikan terpamir dalam kalbu.
Datuk dan Harun Fadillah masih bercerita tentang Nonong semasa kecil. Terbukti yang banyak tahu tentang Nonong si zaman kanak-kanak ialah datuk.
Sudah tentu dia lebih banyak bercakap dari Harun Fadillah. Dan saya terkhayal bersama alunan gesekkan biola dan gendang yang tingkah meningkah dalam alunan irama Melayu asli, batin saya bagaikan terpanggil menyorot sepintas lalu tentang penyair besar itu yang mendapat pendidikan formal dalam Bahasa Belanda.
Memperolehi sarjana muda dari Sekolah Tinggi Hakim-Jakarta pada tahun 1931 dan pada tahun 1938, Amir Hamzah dinikahkan oleh Sultan Langkat dengan Puteri Sulungnya yang bernama Kamaliah. Semasa zaman revolusi Amir Hamzah ditangkap dan dibunuh. Gugurlah penyair besar itu di Kuala Bergumut sebagai pahlawan nasional.
Alangkah beruntungnya, kalau saya berkesempatan mengunjungi tempat tersebut, fikir saya dalam hati.
"Kenapa dia bercuti ke Tanjung Pura?
BERCUTI
KENAPA dia tidak bercuti di tempat-tempat menarik di Tanah Semenanjung?".
Suara datuk membantutkan khayalan saya tentang penyair agung. Perlahan-lahan saya gerakan lidah menolak lelangit. Beberapa saat berikutnya, saya lemparkan pandangan ke halaman rumah menerusi pintu yang terbuka. Terasa angin malam yang bertiup masuk ke ruang rumah lalu menyentuh wajah saya. Mungkin juga wajah datuk dan Harun Fadillah.
"Dia ke rumah Khatijah kakak saya nombor dua. Dia menikah dengan orang Tanjung Pura, suaminya kerja sendiri," Harun Fadillah memberi penjelasan sambil mengosok pangkal dagu.
"Sudah ada anak?". Soal datuk sambil menyandarkan badan ke dinding. Kaki kanannya dilunjurkan. Harun Fadillah kerutkan kening seperti ada sesuatu yang difikirkannya.
"Ada dua anak, seorang perempuan, seorang lelaki. Masing-masing berumur antara 10-11 tahun. Kakak sulung saya si Nonong cukup sayang dengan anak-anak saudaranya. Masa cutinya selalu dihabiskan dengan anak-anak saudaranya di Tanjung Pura, jarang dia berada di sini," terang Harun Fadillah.
Dari ruang dapur terdengar suara perempuan separuh baya batuk. Beberapa minit kemudian perempuan separuh baya itu diruang tamu.
"Makanan dah siap," katanya.
"Terima kasih kak, sekejap lagi kami makan."
"Kalau begitu, biarlah kakak balik dulu."
"Silakan," balas Harun Fadillah.
Dan perempuan separuh baya itu segera beredar.
Tanpa diminta, Hanin Fadillah menerangkan, sejak ayahnya meninggal dunia pembantu rumahnya tidak mahu tinggal dibilik yang disediakan. Sebaliknya dia lebih suka bemlang dari rumahnya yang kira-kira dua ratus ela dari rumahnya.
"Selalunya, dia datang selepas subuh dan balik ke rumahnya waktu begini," tutur Harun Fadillah. Datuk anggukkan kepala, begitu juga dengan saya. Buat beberapa saat suasana dalam ruang tamu terasa sepi sekali. Masing-masing termenung dan menutup mulut.
"Maafkan aku Run."
Suara datuk memecahkan suasana dalam ruang tamu.
"Kenapa memanda?"
"Perkara yang mahu aku tanyakan ini, boleh menyinggung perasaan kamu? Soalnya boleh atau tidak aku bertanya," datuk menarik nafas dalam dan melepaskannya dengan perlahan-lahan. Saya kira hati datuk berdebar juga.
"Silakan."
Penuh keyakinan Harun Fadillah menghamburkan kata-kata. Tetapi, datuk kelihatan ragu-ragu untuk melafazkan kata-kata. Berkali-kali hujung jari kelingking kanannya mengaru-garu hujung telinga kanan. Dia bagaikan mencari sebuah keyakinan dan kekuatan dalam diri.
"Si Nonong tu, dah berumahtangga Run?".
"Belum Memanda," nada suara Harun Fadillah merendah.
"Kalau begitu, kakak sulung kamu tu dah agak berumur. Kenapalah dia berat jodoh sangat. Orangnya cantik, tak ada cacat celanya. Pelajaran juga tidak kurang, kalau tidak silap aku umumya dah masuk angka empat. Apalah malangnya, anak angkat aku itu." Yang terbuku dikalbu datuk Iuahkan.
DILIPAT
KAKI yang dilunjurkan dilipat kembali. Seluruh muka saya menjadi sasaran biji mata datuk. Bila senyum terukir dibibir datuk, perasaan saya berdebar. Tidak tentu arah. Macam ada sesuatu maksud tersembunyi disebalik senyuman datuk itu. Jangan-jangan orang tua ini membuat keputusan gila.
Agaknya. dia mahu menjodohkan aku dengan kakak si Harun. Siapalah mahu memperisterikan anak dara tua empat puluhan. Ramai lagi anak dara yang hampir sebaya aku boleh dicari. Kalau tua setahun dua bolehlah juga. Ini jaraknya makan mata dua puluhan. Mana ada jalan. Sesungguhnya, bermacam-macam andaian muncul disanubari hasil daripada senyuman misteri yang dibuat oleh datuk.
"Berkawan memang ada tetapi, tidak bersungguh-sungguh. Kawan rapat pun tidak cuba masuk meminang," keluh Harun Fadillah.
"Agaknya si Nonong yang tak mahu menikah?"
"Saya tak terfikir yang kak Nonong, begitu Memanda."
"Pelik juga, agaknya belum jodoh," Datuk mententeramkan keresahan batinnya.
"Agaknya," ujar Harun Fadillah,"apa yang nyata, orang lelaki tidak mahu berkawan lama dengannya. Kawan-kawan lelakinya macam tidak berselera mahu menjadikan Kak Nonong sebagai ibu rumah. Macam ada sesuatu yang tidak kena pada kakak, susah hati saya memikirkan tentang diri kak Nonong."
"Pelik," keluh datuk.
Harun Fadillah menarik nafas. Jari-jemari tangan kanannya terus memicit pangkal kepala. Dan untuk kesekian kalinya datuk melunjur dan melipat kaki kanannya.
"Arwah ayah kamu tahu masalah ini, Run?"
Tiada jawapan yang datuk terima dari Harun Fadillah.
Datuk pun mengalihkan pandangan ke arah pintu rumah yang terdedah. Dan deru enjin kereta jelas kedengaran. Jam di dinding sudah menunjukkan ke angka sembilan.
"Kita makan dulu, kemudian baru kita sambung cerita," Harun Fadillah mengeluarkan cadangan. Hati kecil saya bersorak kegembiraan. Perut saya sudah terasa lapar.
"Mari"
Harun Fadillah segera bangun dan melangkah menuju ke ruang dengan diikuti oleh datuk. Saya disuruh oleh datuk merapatkan daun pintu serta menguncinya sekali. Kemudian, saya pun turut serta ke ruang dapur untuk menjamah makan malam.
Bagi datuk, makan malamnya memadai dengan tujuh suap nasi, sedikit ikan dan sejemput sayur. Penutupnya, segelas air putih. Saya jangan kira, makan dengan sekenyang-kenyang. Setelah selesai makan malam, kami kembali ke niang tamu menyambung semula perbualan. perbincangan yang terputus.
RUANG
SAYA merenung ke arah Harun Fadillah yang tersandar di sudut ruang tamu. Buah halkumnya nampak bergerak-gerak. Agaknya, dia menelan air liur. Di tiga jari-jemari tangan kanannya menyentuh hujung dagu. Saya kira, dia sedang mencari kata-kata sesuai untuk pembuka mulut bagi menyambung kembali perbualan yang terputus.
Harun Fadillah seperti berada dalam suasana yang serba tidak kena. Macam ada sesuatu yang mahu dihamburkan kepada datuk. Tetapi, tidak dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Bagaikan ada sesuatu yang menghalangnya.
"Kenapa kamu nampak resah semacam saja Run, susah sangatkah kamu nak menjawab pertanyaan aku tadi?". Datuk tatap biji mata Harun Fadillah.
"Iya," Harun Fadillah mengaku.
"Kalau kamu fikirkan perkara itu baik, jawablah. Kalau buruk kamu lupakan saja," datuk memberikan jalan penyelesaian.
"Sebelum ayah meninggal dunia, memang dia berusaha mahu mencari memanda. Dua tiga kali dia datang ke Perak. Malangnya, dia tak dapat jumpa memanda," Harun Fadillah memulakan perbicaraan dengan teratur.
"Apa hajat arwah tu, Run."
"Ada sesuatu yang mahu disampaikan kepada memanda."
"Dia tak cerita kepada kamu perkara yang mahu disampaikan kepada aku," potong datuk dengan wajah serius. Saya yang sejak tadi tunduk merenung lantai, segera angkat kepala lalu merenung ke arah mereka berdua.
"Ada memanda."
"Apa dia Run?" sepasang biji mata datuk terbeliak.
"Dia suruh saya cari memanda sampai dapat, kata arwah hanya memanda saja yang dapat menolong kak Nonong. Memanda tahu rahsia keluarga kami, sama ada buruk atau baik. Terutama tentang diri arwah emak yang dikatakan ada kaitan dengan nasib malang yang dideritai kak Nonong," Harun Fadillah berhenti bercakap.
"Itu saja pesan arwah ayah kamu Run? Suara datuk meninggi.
"Iya Memanda."
Harun Fadillah segera anggukkan kepala. Tindak-tanduknya ketika itu tidak ubah seperti orang bodoh.
Di Datangi kelawar Mata Merah
SAYA jadi bosan berhadapan dengan kerenah datuk dan Harun Fadillah, tidak habis-habis dengan persoalan keluarga. Dan saya tidak berdaya keluar dari suasana yang menjemukan itu.
Saya tidak berani menyatakan rasa bosan itu kepada datuk. Takut kena herdik. Mahu tidak mahu, terpaksa menjadi manusia pendengar yang paling setia di dalam suasana yang sungguh menjemukan perasaan.
Secara mengejut telapak tangan kiri datuk menepuk lantai. Dengan serta merta dia bangun seperti mahu membuka buah silat. Bersama wajah yang tenang, datuk mendada melangkah ke pintu.
"Huss……"
Datuk mendengus dan serentak dengan itu dia menoiak daun pintu. Aneh sungguh, pintu yang diselak terbuka sendiri. Angin malam pun merempuh masuk, sambil berdiri di muka pintu datuk merenung ke arah halaman Istana Maimun.
"Lagi apa katanya, Run?"
Datuk memusingkan badan, membelakangi halaman Istana Maimun merenung ke arah saya dan Harun Fadillah.
"Arwah memberitahu saya, semua rahsia, semua pantang larang sudah diceritakan kepada Memanda semasa hayatnya. Bila sampai masanya Memanda akan menolong, jika diminta," suara Harun Fadillah tersangkut- sangkut. Mukanya nampak cemas.
Angin malam bertambah hebat merempuh masuk membawa kertas dan dedaun ke ruang tamu. Beberapa ketul bebatu kecil berterbangan menghentam belakang datuk. Dengan pantas datuk memusingkan badan lalu merapatkan kembali daun pintu yang terbuka. Perlahan-lahan datuk melangkah ke arah kami, terus duduk bersila ditempat semula.
Ada sesuatu yang ganjil dapat saya rasakan pada diri datuk. Dia berhadapan dengan kami. Mata kami dengan matanya berlaga tetapi, dia tidak melafazkan sepatah kata. Dengan tenang sepasang tangannya di dakap ke dada. Kedua-dua belah kelopak matanya dirapatkan dan sepasang bibirnya bergerak-gerak. Kerana akrab dengannya saya dapat membaca gerak bibirnya. Saya pasti, datuk membaca surah yassin hingga tamat.
Perlahan-lahan datuk membuka kelopak mata. Seluruh dahinya berpeluh dan beberapa bahagian bajunya basah kerana peluh. Dari arah dapur terdengar seperti ada orang yang berjalan. Dengan secara tiba-tiba saja, bulu roma saya tegak berdiri. Datuk renung muka Harun Fadillah.
"Dalam rumah ni, ada bilik larangan dan… " Datuk berhenti bercakap. Badannya terlayah ke belakang seperti ada yang menolaknya. Bersusah payah datuk membetulkan kedudukan tubuhnya kembali.
Bila dirasakan cukup selesa, sepasang mata datuk mula melilau ke setiap sudut ruang. Dan renungan itu terpaku pada daun pintu yang bermanggakan tembaga putih. Tidak berkelip datuk merenung ibu kunci yang tergantung di situ.
"Agaknya, bila aku boleh berjumpa dengan si Nonong, Run?" dengan segera datuk mengalih pandangan dari pintu bilik bermangga tembaga putih ke wajah Harun Fadillah yang nampak resah tidak menentu. Seluruh wajah Harun Fadillah berada dalam anak mata saya. Penuh debar saya menanti jawapan yang bakal dituturkan oleh Harun Fadillah untuk datuk.
PARAS
TERLALU lambat rasanya Harun Fadillah mahu membuka mulut. Jawapan dari Harun Fadillah menentukan, sama ada saya berpeluang untuk melihat rupa kakak sulungnya. Memang, saya teringin sekali mahu melihat kecantikan paras rupa si Nonong sebagaimana yang didakwa oleh datuk. Adakah Nonong lebih cantik dari Mia gadis keturunan harimau?
"Dua hari lagi, Memanda."
Suara Harun Fadillah penuh keyakinan. Dia menarik dan melepaskan nafas. Dan kali ini biji mata datuk yang bercahaya ditentangnya.
"Kalau begitu, aku tunggu kepulangannya," datuk tegakkan batang leher, sinar matanya memancarkan sebuah keyakinan.
"Itulah yang sebaik-baiknya dan itulah yang harapan saya," wajah Harun Fadillah dibalut keriangan. Senyum pun berlari dikelopak bibimya.
BIOLA
SUARA alunan biola dan gendang dari halaman Istana Maimun sudah lama berhenti. Deru kereta sudah agak berkurangan tetapi, lampu jalanan terus mengerdip. Kedinginan malam terasa mengigit kulit. Masalah Nonong, sudah tidak menjadi bualan atau perbincangan utama antara datuk dengan Harun Fadillah. Jam tua di dinding pun berdenteng sebelas kali.
"Mengantuk?" Soal Harun Fadillah bila dia melihat saya menguap panjang.
"Boleh tahan lagi," saya menjawab.
Harun Fadillah senyum, dia sudah menyediakan bilik yang berasingan untuk saya dan datuk. Bilik besar yang berdepan dengan beranda untuk datuk. Saya disuruh tidur dibilik kecil bersebelahan dengan bilik yang pintunya bermangga tembaga putih.
Pada mulanya, saya berhasrat tidak mahu tidur dibilik yang ditawarkan. Sebabnya, bukan apa-apa. Setiap kali saya memandang mangga tembaga putih yang tergantung dipintu, terasa seram dan bila direnung lama-lama, pandangan saya jadi berpinar-pinar. Kepala terasa pening. Tekak jadi loya dan mahu muntah.
Bila difikirkan, mungkin itu adalah perasaan semata-mata. Hasrat itu saya saya batalkan. Lagipun jarak antara bilik saya dengan bilik datuk tidak jauh. Jika terjadi sesuatu yang diluar dugaan saya, saya boleh memanggil atau berlari saja ke bilik datuk. Saya menguap lagi, entah kali yang ke berapa saya sendiri tak tahu.
"Nampaknya kamu dah mengantuk, pergilah tidur," Harun Fadillah tersenyum ke arah saya. Barangkali, dia sudah menghitung berapa kali saya tersengguk. Kalau tidak, masakan dia boleh memberikan komentar sedemikian, fikir saya.
"Pergilah tidur," datuk menyokong saranan Harun Fadillah.
Saya segera patuh dengan saranan mereka berdua, terus bangun. Dengan dada yang berdebar saya melangkah ke bilik bermangga tembaga. Sebelum mangga tembaga disentuh, saya renung ke arah Harun Fadillah dan datuk.
"Tidak berkunci, mangga kecil sengaja ditaruh disitu," terang Harun Fadillah," tolak saja pintu."
Saya amat penjelasan itu dengan wajah tenang dan senyum. Kedudukan mangga, saya alihkan dan daun pintu ditolak. Suis lampu saya petik.
Seluruh ruang bilik terang benderang. Ada katil bertilam tebal dengan cadar kain berwarna belang harimau, sarung bantalnya pula kain yang bercorak kulit ular sawa. Bantal peluk dengan sarung kain yang bersorak kulit buaya. Ada meja kecil dan lampu untuk membaca, terdapat beberapa buah majalah hiburan terbitan Kota Medan.
PATUNG
BERSEBELAHAN susunan majalah terdapat sepasang patung kuda sedang berlaga yang dibuat daripada kayu keras. Patung yang sudah dikilat dengan sejenis kimia nampak bercahaya. Bila kaki patung itu disentuh dengan hujung jari, seluruh sendi tangan saya seperti terkena kejutan letrik. Saya batalkan hasrat hati untuk menyentuh atau melurut seluruh badan patung tersebut.
Tingkap kamar saya buka, kelihatan kabus nipis mula bangkit. Kubah Masjid Raya jelas kelihatan. Sekumpulan kelawar liar berterbangan sambil berbunyi. Melepaskan makanan (buah) yang digonggong, menimpa pondok burung merpati berdekatan. Kerana terkejut beberapa ekor burung merpati berterbangan.
Saya terperanjat, kumpulan kelawar liar itu terus menyerang burung merpati yang terbang tidak keruan, di malam kelam. Seekor merpati yang menjadi mangsa, entah macam mana masuk ke bilik, jatuh terkapar dilantai hujung katil. Burung itu menggelepar kesakitan sebelum keras dan kaku dilantai.
Merpati malang itu saya periksa dengan teliti. Satu persatu bulu lehernya saya selak dan saya temui dua lubang kesan gigitan dari gigi yang tajam. Ada darah beku di situ.
"Keriaaaaaaaakkkkk "
Merpati ditangan, saya lepaskan. Mata saya merenung ke lelangit bilik. Seekor kelawar berbadan besar, bermata merah menyeringai ke arah saya sambil membuka sayapnya lebar-lebar. Kelawar besar itu menjerit, mempamerkan gigi dan siungnya yang tajam. Suara yang dikeluarkannya sekejap kasar, sekejap halus dalam berbagai bentuk dan irama yang menyeramkan.
Matanya bertambah merah menyala. Saya jadi cemas, tidak tahu apa yang harus saya lakukna. Saya terfikir untuk mengusir kelawar ganjil yang bergayut di lelangit bilik dengan patung kuda berlaga ke arahnya.
Bila tangan saya menyentuh badan patung dengan segera kelawar menyambar patung tersebut lalu dicampakkan ke atas tilam. Saya termanggu.
"Keluarlah, jangan ganggu aku," kata saya ke arah kelawar yang terbang berlegar-legar di ruang bilik.
Bagaikan mengerti dengan bahasa yang saya ucapkan, kelawar ganjil menyambar bangkai merpati lalu dibawa keluar. Dengan serta merta daun tingkap saya rapatkan. Saya berdoa, semoga peristiwa tersebut tidak akan berulang lagi.
Patung kuda berlaga yang berada di atas tilam segera saya ambil dan meletakkan kembali ditempat asalnya. Perlahan-lahan badan direbahkan. Mungkin kerana keletihan atau terlalu mengantuk, saya terus terlelap. Kira-kira jam dua pagi, saya terjaga. Ibu jari kaki kiri bagaikan disentap sesuatu. Dengan segera saya melompat dari katil lalu memetik suis lampu.
LAMPU
DI bawah sinar lampu panjang, setiap sudut ruang bilik, malah bawah katil saya jenguk, mencari makhluk yang menyentap ibu jari kaki kiri hingga saya terjaga dari tidur. Tidak ada apa-apa yang saya temui.
Saya berusaha menyambung tidur yang terganggu. Tetapi, usaha itu tidak berhasil. Puas saya rapatkan kelopak mata. Peluk bantal guling, pusing kiri-pusing kanan-menelentang dan meniarap. Semuanya tidak menjadi. Akhirnya, terus duduk memeluk kepala lutut. Fikiran saya terus bercelaru. Wajarkah saya pergi ke bilik datuk?
"Keeerrriiiiiuuuuukkkkk "
Terdengar daun pintu, bermangga tembaga putih ditolak dari luar dan dituruti dengan bunyi telapak kaki orang berjalan dalam bilik. Tidak lama berselang, terdengar suara orang yang bercakap sendirian. Bila suara orang bercakap itu hilang, terdengar bunyi kain dikoyak bertalu-talu.
Bau kemenyan mula menusuk lubang hidung. Serentak dengan itu terdengar bunyi dinding dicakar dan ditumbuk. Suara kelawar dan cengkerik saling tingkah meningkah diluar rumah. Sayup-sayup kedengaran suara salakan anjing liar. Bau kemenyan bertukar bau hangit seperti bau rambut yang dibakar.
Suasana yang terjadi membuat saya cemas dan mengigil. Tetapi, hati kecil saya membuat keputusan agar tabah menghadapi keadaan yang gawat itu.
Ayat-ayat dari Al-Quran segera saya baca. Peliknya, makin kerap saya baca ayat-ayat Quran, makin kuat pula bunyi papan dinding dicakar. Suara kelawar dan cengkerik makin keras. Bau rambut dibakar terus mencucuk lubang hidung. Suara orang bercakap sendirian makin rancak diselang seli dengan suara orang ketawa dan batuk-batuk kecil.
"Aku harus mendapatkan datuk."
Saya membuat keputusan dan terus berdiri. Tiba-tiba lampu dalam bilik padam. Batang leher saya disentuh oleh sepasang tangan berbulu. Bila mahu menjerit minta tolong, telapak tangan berbulu tebal menekup mulut. Dengan penuh kekuatan saya meronta-ronta. Dalam perjuangan antara hidup dan mati itu, lampu dalam bilik bercahaya kembali.
"Apa yang mesti saya lakukan?Tidak wajar rasanya menganggu datuk. Biarlah saya hadapi semuanya ini. Rasanya, saya mampu berhadapan dengan cubaan syaitan laknat ini," sambil menggenggam penumbuk saya membuat keputusan nekad.
KATIL
DENGAN semangat dan keyakinan yang tinggi, katil saya renung. Bantal, gebar, buku dan cadar berserakkan. Aneh, saya diganggu oleh telapak tangan berbulu di lantai. Kenapa pula barang di atas katil yang bertaburan? Di dalam seribu persoalan yang belum selesai. Saya menarik nafas dalam-dalam sambil menjeling ke sudut bilik.
"Ada kesan telapak kaki di lantai," bisik batin saya, setelah sepasang anak mata tertumpu ke arah tanah merah yang masih basah, membentuk bekas telapak kaki. Setelah diamati-amati, telapak kaki itu memang ganjil, bukan telapak kaki manusia.
Panjangnya lebih dari dua belas inci, lebarnya hampir tujuh inci. Ibu jarinya berbentuk seperti anak lesung batu. Jumlah jarinya lebih dari dua belas jari. Dalam tompokkan tanah liat merah, terdapat bulu yang berwarna kekuning-kuningan yang panjangnya saya kira lebih dari dua inci. Saya terpegun dan terkaku berhadapan dengan keadaan yang tidak pernah saya fikirkan.
Suara-suara ganjil yang menyeramkan dari bilik sebelah kian gamat dalam berbagai-bagai nada.
Malam yang dingin terasa membahang, suara cengkerik, suara anjing liar dan burung-burung malam terus berbunyi. Terdengar suara wanita mengeluh, mengerang, merayu minta dikasihani. Tidak lama berselang, terdengar suara orang membaca mentera dan jampi serapah.
Perasaan saya terus berperang, sama ada mahu memanggil datuk atau tidak. Setelah ditelek dan ditimbang secara terperinci, biarlah datuk dengan urusannya. Biarlah datuk membaca Al-Quran dan melakukan sembahyang sunat. Tugas yang bakal dilakukannya bukanlah sesuatu yang mudah. Keputusan muktamad segera saya rumuskan.
Dengan tenang saya duduk bersila di lantai dekat pintu. Rasanya cukup selamat berada dekat pintu, kalau ada apa-apa yang tidak saya senangi, mudah bertindak mudah buka pintu lalu lari masuk ke bilik datuk minta bantuan. Sambil duduk bersila saya manfaatkan kekuatan lahiriah dan batiniah agar kelopak mata tidak terkatup-tidak rasa mengantuk.
Begitulah, antara sedar dengan tidak, bunyi yang gamat dibilik sebelah terus berlaku. Saya persetankan semuanya itu.
"Haaaaa……” terpancut dari mulut saya.
Pintu biiik terus diketuk bertalu-talu dengan kuat sekali.
“Tamar."
Saya membisu sambil memasang telinga. Boleh jadi yang menyeru nama saya itu, suara syaitan. Tidak wajar dilayan, kalau dilayan nanti diri sendiri yang masuk perangkap dan binasa.
"Tamar, Tamar buka pintu ni."
Setelah saya yakini bahawa itu adalah suara datuk, pintu segera saya buka. Wajah datuk nampak serius.
"Kamu berwirid, Tamar?" Tanya datuk.
Saya tersenggih sambil menggelengkan kepala.
"Habis, apa yang kamu buat, berjaga tidak tentu fasal.
"Saya tak boleh tidur tuk."
"Ada sesuAtu yang mengganggu kamu Tamar?"
Saya anggukkan kepala.
Datuk langkah, tiga langkah ke hadapan. Matanya merenung ke arah lilam dan bantal yang bertaburan atas katil. Kening datuk berkedut, bila dia melihat longgokkan tanah hitam di lantai. Tadi, warna tanah liat itu kemerah-merahan, entah bila pula bertukar menjadi hitam bagaikan arang. Semuanya itu membuat saya resah semacam. Datuk renung batang hidung saya kembali.
"Huuuhhhhh ," keluh datuk,
"Patutlah sepanjang malam aku resah semacam," sambung datuk.
BIBIR
DATUK melangkah lagi, lebih jauh ke tengah ruang bilik. Kali ini anak matanya melilau, apa yang didalam bilik direnungnya dengan teliti.
Bila melihat patung kuda berlaga, dia mengigit bibir sambil menelan air liur. Saya lihat kelopak mata kirinya mengecil dan anak mata kirinya bagaikan berhenti dipinggir kelopak mata tersebut. Bagaikan ada sesuatu yang dapat dilihatnya dari patung kuda berlaga itu secara kebatinan.
"Hummm, dah dekat waktu subuh, pergilah mandi, boleh kita berjemaah di Masjid Raya, aku dah selalu sembahyang di situ. Kamu, baru inilah kali pertama," lembut suara datuk dalam suasana subuh yang dingin.
"Iya, tuk."
"Kalau begitu, aku tunggu kamu di luar."
"Baik tuk."
Datuk melangkah keluar, saya masuk ke bilik air.
Setelah mandi dan menukar pakaian, saya segera mendapatkan datuk yang menunggu diberanda. Saya kira berseorangan, rupa-rupanya Harun Fadillah berada di situ.
Tanpa membuang masa, kami segera meninggalkan rumah menuju masjid. Sebaik saja sampai di pekarangan Masjid Raya, azan subuh pun dilaungkan. Terasa syahdu dan sayu sekali meresapi kalbu tanpa disedari air mata mengalirdi pipi.
Jumlah para jemaah agak ramai juga. Hampir semuanya mengenali
Harun Fadillah. Malah, ada yang berpatek dan berengku dengan Harun Fadillah. Saya agak terkejut, beberapa orang daripada jemaah itu bersalaman dan berpelukkan dengan Datuk. Agaknya kenalan lama datuk. Mana yang tidak mengenali datuk, Harun Fadillah segera menjalankan peranannya.
Lebih daripada dua puluh orang para jemaah yang bersalaman dengan kami (saya dan datuk) cukup peramah dan mesra, mereka bertanya suasana politik Tanah Melayu, kemajuan yang diperolehi rakyat bumiputera setelah bebas dari cengkaman penjajah Inggeris. Hampir semuanya bercakap dalam loghat Melayu Riau-Johor.
Manusia Kabus
SELESAI sembahyang subuh dan berdoa, datuk segera mendekati saya yang berada di saf belakang.
"Ada apa, hal tuk?"
"Aku nak balik dulu, kalau nak ikut balik pun boleh, nak duduk di masjid pun boleh, terpulanglah kepada kamu," ungkapan dari datuk membuat saya tergamam sejenak. Biasanya, jarang datuk mahu meninggalkan masjid secara tergesa-gesa.
"Saya ikut balik tuk," itu keputusan dari saya.
Datuk anggukkan kepala sambil tersenyum.
"Harun macamana tuk?" Susul saya lagi.
"Dia nak dengar kuliah subuh yang disampaikan oleh seorang ulama terkenal dari Kota Tuo (Kota Tua)-Padang Sumatera Barat," jelas datuk.
Memang tidak di duga Harun Fadillah membuat keputusan mengejut. Saya dan datuk keluar dari perut masjid, sampai dekat pintu Harun Fadillah muncul.
"Baliklah dulu, saya tahu ada kerja yang mesti memanda buat di rumah. Lagipun memanda sudah memulakan puasa sunat," bisik Harun Fadillah ke telinga datuk.
"Memang betul apa yang kamu cakapkan," jawab datuk.
"Tamar, apa yang kamu perlukan minta saja pada pembantu rumah," Harun Fadillah renung muka saya. Cepat-cepat saya anggukkan kepala.
Dan langkah pulang pun bermula.
Disaat sedang asyik mengekori datuk dalam dingin pagi. berkawankan kabus nipis terasa datuk memperlambatkan langkahnya. Kemudian terus berhenti.
"Kenapa Tuk?"
Tiada jawapan yang saya terima. Sebagai cucu yang sudah dilatih supaya cepat berfikir dan bertindak bila keadaan terdesak. Saya segera mempertajamkan pancaindera. Ada bebayang manusia dalam kabus yang menghalang langkah perjalanan datuk.
Manusia itu bertubuh besar, memakai songkok putih, berkain pelikat berkotak besar dalam warna hijau putih. Baju melayu telok belangga yang dipakainya koyak di bahagian bawah. Di bahu kanan terselipang kain hitam menutup sebahagian dada kanan. Lelaki yang tercegat di depan datuk itu, kurang jelas wajahnya.
"Balik saja ke tempat asal kamu, jangan cuba menganggu urusan orang. Aku ingatkan kamu, jangan cuba nak jadi jaguh di Tanah Deli. Nanti buruk padahnya pada diri kamu. Kalau tak mati, seksa seumur hidup." Terdengar gema suara sekeliling kami (saya dan datuk).
Sukar untuk dipastikan, apakah gema suara itu datang dari lelaki tinggi, bertubuh besar? Sebabnya, semasa suara menolak gegendang telinga, saya seperti berada dalam keadaan khayalan dan bebayang orang itu bagaikan tenggelam timbul dalam kabus nipis.
Datuk menoleh ke arah saya sambil memberi isyarat tangan, supaya mengikuti apa saja yang bakal dilakukannya. Dalam keadaan termanggu datuk terus melangkah lalu merempuh lembaga yang menghalang peijalanannya.
Tindakan datuk itu mendatangkan padah. Lembaga itu bertindak kasar. Datuk ditendang hingga jatuh terlentang. Saya juga menerima habuan, kain selendang di bahu kanan dilibaskan ke arah saya.
Kibasan kain itu membuat saya terhoyong-hayang, tidak daya mengimbangi badan. Kaki bergerak tidak teratur, badan pula terlayah ke kiri, terlayah ke kanan. Gerak langkah saya bagaikan orang mabuk. Dalam saat itu juga, saya terus berselawat seberapa yang boleh. Rasa pening mula berkurangan tubuh dapat saya imbangi. Tetapi, tidak mampu berdiri dan terpaksa duduk dipermukaan jalan pulang.
Datuk yang jatuh terlentang segera bangun dan meluru ke arah lembaga yang kelihatan samar-samar. Bila badan datuk bersentuhan dengan tubuh lembaga tersebut, saya terlihat bagaikan ada pancaran kilat dari arah selatan dan secara perlahan-lahan tubuh lembaga terbelah dua. Tubuh bahagian kiri mengeluarkan api manakala sebelah kanan pecah berderai, macam kaca terhempas ke lantai. Seluruh badan datuk dibasahi peluh.
"Tanda-tanda kurang baik, Tamar," komen datuk setelah bebayang lembaga itu hilang entah ke mana dalam kabus nipis.
"Maksud datuk?"
Datuk terus membisu. Langkah pulang yang terhenti diteruskan. Saya terus mengekorinya dengan seribu persoalan.
Cahaya matahari mula bangkit dan mengembang dilangit, suasana sekitar mula cerah. Suara kicau burung mula terdengar, sinar matahari yang lembut mula menikam embun di hujung rumput lalu memantulkan cahaya bening yang menarik.
Perjalanan kian rancak, saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Saya berusaha menghapuskan peristiwa yang dialami dari bersarang dalam otak. Tidak mahu peristiwa aneh itu menjadi ingatan yang mengerikan dalam hidup.
SAMPAI
SEBAIK saja sampai di kakitangga, kami disambut oleh pembantu rumah dengan wajah yang riang. Tetapi, dia tidak berjaya menyembunyikan rasa terkejutnya kerana Harun Fadillah tidak pulang sama.
"Tunku Harun mana?" Pembantu rumah mengajukan pertanyaan.
"Sekejap lagi dia balik," balas datuk.
"Apa halnya?" Tanya pembantu rumah lagi. Ternyata dia tidak puas hati dengan jawapan yang dikemukan oleh datuk.
"Dia dengar kuliah subuh," jelas datuk.
"Hum "angguk pembantu rumah.
Datuk pun melangkah tenang masuk ke biliknya.
Beberapa minit kemudian, datuk keluar dari kamar menuju ke halaman rumah. Tanpa membuang masa datuk melakukan senaman silat untuk memanaskan badan dan menegangkan urat saraf. Kira-kira empat puluh lima minit kemudian Harun Fadillah pulang dari Masjid Raya. Dari jauh dia tersenyum ke arah datuk.
Kerana sarapan sudah tersedia, saya dan datuk dijemput oleh Harun Fadillah ke ruang makan.
"Maaf, kamu dengan Tamar saja makan pagi."
"Kenapa memanda?". Harun Fadillah terkejut.
'Tak apa, kamu berdua makanlah," balas datuk.
Terbukti yang Harun Fadillah tidak dapat menerima alasan itu. Dia terus mendesak, mahukan sebuah jawapan yang konkrit. Setelah didesak bertalu-talu, datuk terus mengalah.
"Run."
Seluruh pandangan Harun Fadillah tertumpu ke arah datuk, "sepatutnya, aku merahsiakan perkara ini tetapi, kerana kamu mendesak juga dan sebagai menghormati tuan rumah aku terpaksa mengalah, walaupun hati kecil aku berat," sambung datuk sambil mengaru pangkal dagu dengan jari kelingking. Sepasang anak matanya tertumpu ke arah saya dan Harun Fadillah, silih berganti.
"Haaa ", Harun Fadillah bersuara lemah patuh dengan tandatanya.
Dia nampak serba salah. Bagaikan tidak mampu untuk menyambung kata.
"Begini Run, hari ini dan esok aku terpaksa berpuasa untuk menyelesaikan masalah kakak kamu, menunaikan wasiat ayah kamu. Aku harap kamu faham. Jangan banyak tanya dan soal. Apa yang aku buat selepas ini adalah untuk tujuan memulihkan kakak kamu," datuk bagaikan memberi ceramah pendek, penuh perasaan bersama raut wajah mempamerkan kesungguhan untuk menyelesaikan masalah yang me I an da keluarga Harun Fadillah.
"Maafkan saya memanda," hiba benar wajah harun Fadillah, Bahu kanan datuk dipaut erat.
"Tak apalah, jangan ulang lagi."
"Saya minta maaf memanda," ulang Harun lagi.
Wajahnya nampak kesal sungguh. Saya menggigit hujung lidah, tanpa mahu memberi sebarang komen, apa lagi mahu turut campur dalam perkara tersebut.
Beberapa minit berikutnya, saya dan Harun Fadillah masuk ke ruang makan lalu memulakan sarapan pagi. Datuk meneruskan senaman atau latihan silat helang putih yang lebih banyak menekankan pada tumpuan gerak batin bersumberkan gerak nadi dan gerak mata.
Memang sekali pandang, gerakan yang datuk lakukan dihalaman rumah nampak lembut dan teratur, nampak mudah, lembut berirama boleh dilakukan oleh sesiapa. Tetapi, pada hakikatnya tidak semudah seperti apa yang dilihat. Datuk berhenti bersilat, apabila matahari tinggi segalah.
BACA
SELAMA dua hari datuk berpuasa sunat, dia kurang bercakap. Waktu siangnya dibabiskan dengan membaca Quran dan membaca kitab agama di Masjid Raya.
Pada sebelah petangnya, jika ada masa terluang. Datuk dengan ditemani Harun Fadillah mengunjungi beberapa buah rumah ulama atau kctua pasenteran sekitar Sumatera Utara.
Tujuan datuk berbuat demikian, sekadar berbincang dan bertukar-tukar pendapat tentang hal-hal yang ada hubungan dengan agama. Tidak dinafikan juga dalam pertemuan itu, ada ulama dan ketua pasentaran mencadangkan supaya persatuan ulama yang ahli-ahlinya terdiri daripada ulama Sumatera Utara dan Ulama Utara Semenanjung.
Matlamatnya, ahli-ahli ulama dua negara itu mesti bekerjasama menangani masalah akidah yang mulai terhakis di kedua-dua negara di samping masalah sosial yang dihadapi oleh anak-anak muda Islam, terpengaruh dengan budaya kuning di Sumatera Utara dan Semenanjung.
Turut juga ditekankan dalam persatuan itu ialah menentang para pemimpin Islam di kedua-dua negara yang bersikap lepas tangan dalam hal agama, contohnya menghalalkan yang haram untuk kepentingan diri dan kuasa serta membanteras penyelewengan. Saya tidak tahu, apakah perkara itu berhasil dilaksanakan atau tidak.
Pada sebelah malamnya, setelah berbuka puasa dan menunaikan suruhan Allah, Datuk menghabiskan separuh daripada waktu malamnya dengan melakukan sembahyang sunat, berzikir serta melakukan sembahyang sunat di samping membaca Quran.
Semasa datuk melakukan perkara yang saya sebutkan itu, tidur saya cukup aman dan tenteram. Tidak terdengar bunyi aneh atau ganjil dari bilik yang bermanggakan tembaga putih.
Saya sungguh beruntung. Dalam waktu datuk berpuasa, selama dua hari itu. Pergerakkan saya bebas, terlepas dari perhatian dan kawalan datuk. Saya boleh ke mana-mana dan kesempatan itu, saya manfaatkan dengan sebaik mungkin. Hampir separuh kotaraya Medan saya jajahi dengan berjalan kaki.
Saya menghabiskan masa dengan duduk di kepala tangga Istana Maimun, melihat pelancong turun naik istana. Kemudian berlegar-legardi depan istana sebelum bergerak ke pondnk kecil yang menempatkan meriam ganjil.
Kerana rajin datang ke situ, saya berhasil mengutip cerita tentang meriam puntung dari penjaganya. Begitu juga dengan beberapa gambar para Sultan Deli terdahulu yang tergantung di dinding istana, bagaikan terpaku dalam kepala.
Saya boleh menunjukkan gambar beberapa orang Sultan yang ada hubungannya dengan kesultanan Johor, Perak, Selangor, Pahang. Malah beberapa nama jalan di kotaraya tersebut terpahat dalam kepala. Beberapa orang penarik beca menjadi teman rapat. Sungai Deli yang mengalir kotor bukanlah sesuatu yang asing bagi saya.
Keseronokkan dan kebebasan yang diperolehi tidak dapat bertahan lama. Kepulangan si Nonong seperti memutuskan rantai kebebasan yang dimiliki. Saya tidak sebebas dulu. Datuk mahu saya berada di sampingnya selalu, terutama bila dia mahu melakukan sesuatu dalam usaha dan ikhtiamya membantu menyelesaikan masalah peribadi si Nonong.
Adakalanya, datuk memerlukan bantuan dari saya. Atas sebab-sebab tersebut hati kecil saya jadi marah atas kepulangan si Nonong. Bila saya berdepan dengannya, akan saya luahkan protes hati ini padanya. Itu azam yang berputik dalam hati.
Tetapi aneh, bila berdepan dengan Nonong azam yang menyala dalam dada terus padam. Terlihat wajahnya, jadi tergamam. Wajahnya tidak menggambarkan yang dirinya sudah berusia dalam empat puluhan. Mukanya bagaikan anak gadis awal dua puluhan. Kulitnya putih merah, senyumannya menawan. Sepasang mata galak yang dimilikinya boleh mendebarkan hati lelaki.
Tinggi lampai, leher jenjang tubuhnya sedap mata memandang dengan sepasang payudara yang tajam menongkat baju di samping daging punggung yang kejap dan padat. Itulah sebabnya, tidak ada siapa yang menduga atau menjangkakan yang si Nonong sudah berusia empat puluh lebih. Kulitnya masih tegang, muka masih berseri. Kalau saya ditawar untuk menjadi suaminya, terpaksa berfikir dua kali sebelum bertolak.
"Kak Nong, ini cucu memanda."
Nonong berhenti melangkah, merenung ke arah adiknya (Harun Fadillah) sejenak, kemudian Nonong merenung ke arah saya. Dalam perasaan yang serba salah ilu, saya anggukkan kepala.
'Tamar, inilah kakak aku yang tua," sambung Harun Fadillah. Macam tadi juga, saya anggukkan kepala tetapi, cuma kali ini di iringi dengan sebaris senyum yang dibalas oleh Nonong.
"Cucu memanda?" Tanya Nonong pada Datuk di sebelah saya.
"lya." terpamer senyum kepuasan di wajah datuk.
"Lawa juga orangnya, kulit putih. Matanya yang hitam menunjukkan dia cucu yang bijak," puji Nonong.
PUJI
SAYA tersenggih khayal, bila dipuji begitu. Sepasang mata nakal terus meratah seluruh wajah dan tubuh Nonong yang menawan. Sebagai orang muda, angan-angan dan khayalan yang memberahikan berkocak dalam kalbu. Mia bagaikan terbang dari ingatan. Seluruh minat dan perhatian tertumpah pada Nonong yang baru tiba dari Tanjung Pura. Masih tercegat di kaki tangga membibit beg.
'Tamar, beri laluan untuk Nonong, jangan tercegat di situ."
Saya tersipu-sipu dengan teguran datuk itu. Rupa-rupanya, saya berdiri di muka pintu menghalang perjalanan orang.
"Maafkan saya Nonong."
"Eh kamu Tamar, berbudi bahasalah pada orang yang lebih tua dari kamu, jangan pakai hentam keromo saja," Datuk menegur. Saya tersenggih. Malu lagi. Nonong tersenyum.
Hebat sungguh perhatian datuk pada Nonong. Tidak sampai satu jam dia tiba di rumah, sudah dua kali saya kena tegur. Tak mengapa, wajah dan senyumannya memberikan sebuah kepuasan yang tersendiri untuk saya. Kalaulah boleh, hari-hari seterusnya, mahu saya nikmati dan tatap kecantikan yang dianugerah oleh Tuhan pada Nonong.
Entah mengapa, semacam ada kelainan dalam diri, sejak akhir-akhir ini, bila melihat perempuan atau gadis cantik. Saya terkhayal dan perasan jadi tidak tentu arah.
Adakah ini membawa petanda yang diri ini sudah beransur dewasa. Sukar untuk mencari sebuah jawapan pasti. Sekiranya apa yang saya alami dapat dikesan oleh Datuk, betapa malunya fikir saya. Oleh sebab itu saya perlu berhati-hati dan teliti dalam setiap gerak-geri dan pertuturan.
Kepulangan Nonong nan manis ke rumah pusaka, bertepatan dengan tarikh dan hari Datuk menamatkan puasa sunatnya selama dua hari. Saya kira, perkara ni sudah di rancang dengan teliti oleh datuk. Dia mempunyai agenda tersendiri. Diatur dan disusun dengan rapi untuk dilakukan bagi mengatasi masalah yang selama ini membelanggu diri dan kehidupan Nonong.
Jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan, seiring dengan kepulangan Nonong, Datuk nampak sibuk semacam. Banyak perkara yang disoal dan ditanyakan kepada Harun Fadillah dan kakaknya (Nonong) secara berasingan dan adakalanya secara berdua-duaan. Perkara yang diajukan kepada mereka berdua, ada masanya agak terlalu peribadi dan tidak masuk di akal. Temyata mereka berdua memberikan kerjasama yang baik pada Datuk.
PELIK
PADA petang Rabu, sehari selepas Datuk menamatkan puasa sunat selama dua hari (Datuk berpuasa pada Hari Isnin dan Selasa), sepulangnya berjemaah Asar di Masjid Raya, Datuk terus memanggil Harun Fadillah dan Nonong ke ruang makan. Perkara begini memang tidak pernah dilakukan oleh Datuk. Saya merasa pelik dan curiga dengan tindakannya.
"Begini Harun," ujar datuk sebaik sahaja Harun Fadillah dan kakaknya duduk dibangku," aku fikir sudah sampai masanya masalah yang ditanggung oleh Nonong diusahakan," sambung Datuk sambil menatap wajah Harun dan Nonong. Dua bersaudara itu tidak bersuara, hanya biji mata saja yang bergerak ke arah datuk.
"Saya bersedia," terlompat kata dari mulut Nonong lalu disambut oleh Harun Fadillah dengan anggukkan kepala. Setuju dengan kata kakaknya.
"Minta dua gelas air dingin," pinta datuk.
Harun Fadillah mengarahkan pembantu rumah menyediakan barang yang diminta. Tidak lama berselang. Dua gelas air sudah berada di depan datuk.
"Kamu berdua minum air seteguk senafas, sebelum minum selawalkan nabi tiga kali dalam senafas. Bukan air penunduk, mengikut kata. Juga bukan untuk memukau, sekadar memberikan keyakinan dalam diri kamu berdua. Bercakaplah dengan jujur kerana aku juga berniat jujur dan ikhlas pada kamu. Setelah berusaha, selebihnya itu, kita serahkan kepada Allah pencipta alam semesta. Dia saja yang mengetahui segala-galanya," pendek Datuk memberi penjelasan.
Harun Fadillah dan Nonong anggukkan kepala, macam terkukur diagah tuannya. Persetujuan itu melancarkan aturcara yang sudah datuk rancang dalam kepala.
Saya yang duduk agak terpisah jauh dari Datuk, Harun Fadillah dan Nonong merenung ke luar. Melihat sinar mata petang yang kian redup jatuh di halaman rumah. Kicau burung sesekali kedengaran bersama deru kereta dan bunyi loceng beca yang lalu dijalan raya hadapan rumah Harun Fadillah.
"Nonong."
Nonong yang tunduk segera angkat kepala. Renung muka datuk.
"Cakap dengan jujur, jangan malu-malu. Berterus terang dengan memanda. Ingat, apa yang dilakukan ini sebagai memenuhi permintaan arwah orang tua kamu. Barangkali, Harun sudah terangkan kepada kamu," Datuk menyambung dengan penuh sopan.
"Sudah saya terangkan, kakak sudah faham," sambut Harun Fadillah.
"Iya, apa yang dikatakan adik saya tu memang benar," tingkah Nonong.
Datuk menegakkan dada sambil menarik nafas dalam-dalam. Duduknya dibetulkan, bersila bertindih paha dengan dengan kedua-dua telapak tangan berada di atas tempurung kepala kaki kiri dan kanan. Sekali pandang, datuk bagaikan pahlawan Melaka menyambut kedatangan pahlawan Majapahit.
"Harun."
"Iya memanda."
"Kamu tahu apa yang berada dalam bilik berkunci tembaga?" Harun Fadillah nampak terkejut dengan pertanyaan yang tidak diduganya. Begitu juga dengan Nonong.
